Saturday 30 April 2022

Penghujung Ramadhan 2022...

Kelik kelate metar bagi mencukupkan 2 juta kereta masuk Kelantan musim perayaan ini. Bertolak jam 5.30 pm Jumaat maka iftarnya dalam kereta. Sampai Kb dalam jam 8 lebih. Kereta banyak atas jalan tapi tak jem... 


Beli air kathira di bazar Besut... 


Colek kelate. Bukti balik kelate di bulan puasa... 


Menu beberapa hari lepas. Rasa dah lama x makan ayam mcd spicy sedapnya bila sekali sekala... 


Iftar seorang. Suami berbuka di masjid. Anak2 tak puasa dan sibuk bermain. Panaskan lauk daging suami tapau masa iftar sebelum ini di MTT.. 

Sedap sungguh cerita bab makanan. 



Tuesday 26 April 2022

Ramadhan dan macam2

Berbuka di rumah mak hari ni. Saya bawa gulai lemak ayam, kakak bawa daging asam... 

Lebihan iftar di masjid semalam suami bawa balik gulai lembu ya Allah sedapnye... 

Malam semalam dalam sejarah berjaga sehingga jam 2 pagi teman suami pasang almari ikea yang baru sampai petang semalam... 

Beli dengan personal shopper ikea luqfiz. Harga RM1589 + RM10 (caj hantar). Harga asal di ikea RM1499. Setakat ni banyak juga barang yang kami pernah order dengannya. Memuaskan. 

 
Rumit juga😂. Mujur suami pakar bab2 ni. Siap pasang.. Alhamdulillah.. 

Friday 22 April 2022

Iftar jamaie masjid rusila



Ini antara acara yang ditunggu saban tahun. Iftor jamaie di masjid Rusila. Gulai dagingnya sedap dan terasa air tangan orang lama.

Masak nasi beriani dua hari berturut untuk Iftor beberapa hari lepas.. 



Suami kata kalau dia ceo hotel lima bintang dia akan hire terus jadi chef 😆. 

Gambar preraya fakulti. Tak berapa berseri pakaian ustazah2. Tunggu raya baru berseri.. 

Wednesday 20 April 2022

Bubur lambuk masjid putih...

Balik dari pejabat ajak suami ke masjid putih lagi untuk ambil bubur lambuk selepas solat asar. Ini kali kedua kami datang ambil...


Bahagian lelaki beratur panjang... 


Iftor semalam sejenis lauk sahaja iaitu siakap bakar rempah adeqsue... 

Sejak beberapa hari ni iftor kami sederhana sahaja. Sejenis makanan sudah mencukupi rupanya. Kalau tidak macam2 makanan letak atas meja dan tak habis pun. Peti ais pun penuh dengan baki makanan yang tak habis. Sejak beberapa hari makanan simple peti ais pun mula lapang hati pun senang. 

Tuesday 19 April 2022

Iftar jamaie alumni UMT

Program suami tapi boleh bawa keluarga. Alhamdulillah kenyang... 


Nasi putih, ayam lemak kuning, sambal daging, belacan, tembikai dll..

Sunday 17 April 2022

Ramadhan 2022





Menu berbuka di rumah mak... 


Antara menu berbuka tahun 2022..anak sulung dah berjaya puasa 12 hari tapi solat masih belum konsisten sepenuhnya. 😓

Catatan:
Insurans kereta tanpa cermin RM666. 


Saturday 9 April 2022

Cat tembok pagar...

Cat tembok pagar sementara tak puasa kerana uzur..


Cat kansai weathercoat 5L RM137 beli di Shopee. Warna macaroni. 

Beli katil anak sulung di Shopee juga. Asalnya katil single tapi kurang selesa jadi tukar kepada Queen pula... 


Frame katil shj RM249 + RM80 shipping. Tilam dah beli lama di Shopee juga dalam RM300++


Friday 8 April 2022

iftor di rumah mak...

Adik saya dan anaknya dari UK pulang ke Malaysia 2 April baru ni. Jadi pesta rumah nenek bila ramai2 berbuka...

Sambut besday Aisyah 10 tahun... 


Besday adik lelaki awal seminggu sambut sebab dah nak balik ke KL. Adik saya ini kerja di bank islam bahagian apa tah... 


 Buah tangan dari UK.. Seronoknya... 
Demam teruk kerana tonsil pada Ramadhan kedua. 3 hari saya menderita sakit tekak dan demam panas serta sakit urat. Pergi klinik doktor bagi ubat panadol, antibiotik dan lorenzos serta MC. Rasa. Sedih sebab kalau berulang doktor kata perlu bedah buang tonsil. Saya senyap sebab tak sanggup. Teringat pengalaman pahit cabut gigi tahun lepas. 







Kurniakan ketabahan...

Saban hari berdoa agar diberikan ketabahan untuk tidak merenovate rumah lagi. Mahu simpan duit untuk keperluan rumah kedua di Besut andai ada rezeki. Sekarang rasa meronta2 pula nak buat stor di belakang rumah. Huhu. 

Susahkan bila dalam dilema. Nak bersenang dalam rumah tapi rumah tak sempurna. Nak beli barang, buat kabinet dan mendeko pun takut dan risau menghabiskan duit untuk sesuatu yang akan ditinggalkan. Susah nak angkut naik lori kalau banyak sangat perabot dan barang. 

Rasa sedih belum dapat rumah idaman gara2 berita perpindahan fakulti ke Besut. Tahun demi tahun sehingga hari ni hanya dimaklumkan tunggu sahaja arahan dan pindah itu sudah pasti.

Ruang penyimpanan rumah sangat terhad. Nak buat built in cabinet makan ribu. Kalau kekal duduk di sini tak pening memikir perlu buat atau tidak. Tapi kerana besut banyak keinginan tertangguh dan terpadam. Duit ada pun tak boleh buat apa. Kelakar dan kesian. 

Teringin nak beli meja makan 8 orang yg besar. Nak tukar sofa ruang tv.  Suami kata tunggu pindah besut dululah. Kesian. Bila keluarga datang bersesak makan dgn meja 6 orang. Rasa tak seronok nak ajak orang datang. 

Entahlah. Pergi kerja sekarang pun x seronok. Tandas ofis berkongsi dengan ramai staf hospital. Tandas dan ofis pula jauhnya. Perlu lalui 4 pintu untuk sampai ke tandas. Rasa tak seronok dan tak sama seperti di blok lama dulu. Parking pulak jauh. Bila ada event di dewan sebelah terpaksa suami drop saya dr tempat yang jauh. Kalau parking pun jauh. 

Entahlah. Rasa mahu berhenti kerja... 




Sunday 3 April 2022

رمضان ‏مبارك ‏كل ‏عام ‏وأنتم ‏بألف ‏خير ‏

Ramadhan pertama tahun ini dengan anak2 yang semakin lasak mencabar keimanan dan kesabaran...




Lemak kuning kepala ikan salmon air tangan suami. Resepi ori kelate. 

Letih dan lesu kadang2. Rasa sarat kepala dengan urusan rumahtangga dan kerja. Lagi 5 bulan ya Allah permudahkanlah. Ingin bebas dan berfikir tentang diri sendiri sahaja. 



Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...