Sunday 11 August 2019

Korban kambing 2019

Alhamdulillah!

Allahuakbar!

Berjaya juga misi korban tahun ni. Asalnya ragu-ragu nak buat ke tidak korbannya memandangkan duit nk kena simpan untuk renovation rumah tak lama lagi. Hajatnya tak mahu buat loan. Guna simpanan yang ada di samping gaji bulanan.

Tapi lepas berborak dengan k.ti rakan sepejabat yang saban tahun buat korban tak pernah miss, rasanya rugi kalau saya tak ambil peluang buat korban juga tahun ini. Ye duit nampak susut tapi rasa puas hati hanya Allah yang tahu bila berjaya laksanakan sebuah pengorbanan kerana Allah.

Dalam hati rasa khuatir andai misi menyimpan 2k sebulan untuk renovasi rumah akan tersasar. Tapi itulah namanya eidul adha, hari perayaan pengorbanan. Duit yang paling kita sayang itulah yang terbaik untuk dikorbankan. InshaAllah harapnya misi masih boleh dijayakan dengan sempurna. Cuma perlu lebih gigih ikat nafsu sebelum tiba hari gaji😂.

Jadi kerana korban tahun ni adhoc, suami tolong tanyakan dengan saudara di Kelantan. Alhamdulillah ada sedara yang ternak dan tahu sembelih kambing. Beberapa hari sebelum raya pertama, kami booking seekor kambing untuk dikorbankan.

Harga RM650. Besar juga dari kambing korban tahun lepas...


Ahad petang raya pertama dalam jam 3.25 ia disembelihkan. Alhamdulillah.

Masak nasi maqlubah untuk keluarga suami di Kelantan...


Masak dengan kakak jumaat baru ni. Kakak dan keluarganya singgah ke rumah...







Wednesday 7 August 2019

Sampai satu tahap...

Sampai satu tahap, benda suka jadi benci. Benda benci jadi suka.

Sekarang sedang membenci beberapa sikap individu. Benci ni tak datang adhoc tapi berlakunya rentetan dari peristiwa demi peristiwa. Adegan demi adegan. Susah nak benci orang, tapi sekali dah benci dengar nama pun boleh panas hati.

Kalau diikut tak perlu layan, tapi bila kerap sangat rasa eh ini sudah lebih.

Kerana iman yang masih ada dalam hati ni, menahan dari mulut jadi jahat. Sampai satu tahap dari suka jadi benci. Benci yang dulunya dibendung dan ditahan. Ingatkan boleh pulih dan dirawat dengan cara kebaikan. Tapi rupanya ehhh makin membesar kepala rupanya. Ingat kamu sorang je boleh tunjuk bongkak? Orang lain pun boleh tunjuk bongkak. Orang bongkak hanya boleh diajar dengan bongkak.

Bila dah benci dengan sikap seseorang, takde jalan lain melainkan memutuskan semua perkaitan selagi boleh. Tapi bukan memutuskan silaturrahim tapi tidak menjalinkan apa-apa hubungan maknawi dengan sengaja. Bercakap bila ditanya, sebab diam dengan orang begini lebih baik. Lagi banyak bicara, lagi bercambah benci.






Monday 5 August 2019

Bateri kereta kong

Setelah 2 tahun 3 bulan, bateri kereta vios kami pun kong. Alhamdulillah kereta tak dapat nak start di rumah masa nak hantar lubna ke sekolah.  Jadinya buntu juga mula-mula sebab mak dan abah pun masih di UK.

Akhirnya suami telefon rakannya yang bekerja sendiri. Mujurlah orang bekerja sendiri tak tertakluk kepada masa pejabat. Boleh keluar masuk bila-bila masa.

Siap jumper kami pun ke bengkel cina atas nasihat kenalan yang punya bengkel kereta. Katanya kedai cina ada alat untuk tukar bateri baru tanpa mematikan enjin. Itu lebih baik bagi kereta yang kematian bateri semasa mula2 start enjin. RM210 cajnya. Lebih murah dari pusat toyota service RM290.

Jadi masa suami hidupkan bateri kereta dgn rakannya, saya bertukang kat dapur. Keh3. Nasi maqlubah selepas menggelabah kereta tak hidup...


Tak cukup, makan malam masak lagi naisi maqlubah. Hik3...


Makan di kedai pozi catering semalam...sedap


Nasi arab mudah dan kaki kambing stew dan kuskus...


Ok, kami dalam perancangan nak tambah rumah bahagian dapur. InshaAllah kalau xde aral lepas raya haji ni mula. Kos dalam RM 34k. Over bajet sikit. Hua34.

Takpelah asalkan selesa anak beranak. Rumah sekarang xde tempat laundry, stor dan ruang mainan. InshaAllah lepas tambah nanti lega sikit.


Friday 2 August 2019

Rusila

Semalam bawa anak-anak ke kuliah di Rusila.  Hampar tikar sambil menikmati makanan yang dibeli dan nasi minyak sempena makan sambil menderma.


Alhamdulillah terisi juga masa anak-anak dengan aktviti ringkas macam ni. 

Petangnya saya masak dengan kakak. Macam-macam perkara kami bualkan. Mau 5 jam juga berborak dari dalam bilik sampai ke dapur😂

Ini hasilnya. Pompuan kalau berborak tangan mesti gerak juga. Kalau tak kebuluran semua. 😆


Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...