Wednesday 31 August 2022

Cutiii...1 Sept 2022

Ambil cuti hari ni rasa lapang macam2 rasa nak buat.

Semalam kemas di halaman luar rumah. Hari ni sambung kemas luar lagi.. 

Siap baring2 lagi.. Ummi punya idea😆



Alas kotak. Bawak bantal golek sekejap kat luar. Ummi pun golek sekejap😆. Esok sambung susun lebihan batu gajah ke tepi rumah. Duduk rumah berkurung je rasa lesu kepala dan badan. 

Pagi ni juga kemas dalam almari rumah.. 

Banyak laci2 dan kabinet kena kemas semula. Hari biasa banyak campak2 sahaja barang2. Rumah tak cantik takpe lagi tapi kalau bersepah tu hmm sakit mata dan hati.

Hari ni nilai PG RM268/1 gram. Nak beli tapi bajet tuk emas takde bulan ni. 😂. Sejak beli kereta kedua banyak bajet kena cut. Takpelah tahun depan naik pula gaji InshaAllah. Tahun ni berjimat cermat setelah berbelanja banyak.

Sekarang menyimpan target untuk travel ke Jordan pula. Bermula bulan lepas saya tambah antara 2-3 ratus  simpanan utk travel luar negara. Setahun dapat dalam RM3600 sahaja anggarannya sehingga bulan 8 tahun depan. Memang tak cukup untuk flight satu keluarga tp lepas untuk kos hotel sahaja. Kena gigih lagi menyimpan supaya tak perlu sentuh duit sedia ada. Begini cara saya berbelanja dan menyimpan. 

Konsisten dan disiplin. Kalau beli yang mahal atau terlebih belanja kena cut cost utk yang lain. Ini rahsia menyimpan tiap bulan sehingga mencapai 6 angka. Tapi sekarang xdpt simpan banyak di akaun sendiri seperti dulu2 sebab anak bertambah dan keperluan meningkat. Anak2 ada tabungan tiap bulan yang saya wajib masukkan. Konsisten menyimpan hasilnya InshaAllah membantu untuk kehidupan mendatang. 

Anak no 3 skipping.. Cerdik sungguh yg ketiga ni berbanding usianya...
Suami buat puding karamel atas permintaan isteri.. Ya Allah sedapnya.. Hari ni buat lagi maaih di atas.. 

Malam ni keluar ke pantai warisan.. Penuh orang dan gerai... 



31 Ogos 2022..

Banyak aktiviti yang tak sempat ambil gambar untuk diabadikan dalam blog ni. Pakaian merdeka anak ke sekolah pun lupa nak ambil gambar sejak beranak tiga. 😓

Petang Isnin ke ajess beli pakaian apa ada. Cari warna baju yang ada warna bendera melaysia. Hmm oklah sekurangnya boleh pakai hari2.

Baju kurung RM76.. Tudung RM17. Beli baju kurta biru untuk anak lelaki RM32.

Anak teruna balik dari Pasti kemain seronok cerita dia pergi berarak merdeka. Tapi sayang gambaenya xde. 😂. Cikgu hanya ambil gambar kanak2 yang pakai baju beragam merdeka. Oklah apa pun anak2 seronok dapat snek dan hadiah bekas sorang satu. Yang kakak pun seronok walaupun tak dapat apa2. Alhamdulillah pengalaman untuk anak2. 

Ok, ini jamu adik2 dan keluarga yang balik terengganu baru2 ni. Masak nasi beriani, sambal ayam, kari sayur...


Tak dapat ke rumah mak sebab ada barang2 komputer customer suami sampai. Risau hilang di luar pagar harga pulak ribu2. 


Anak sulung tolong masak. Sayang lubna... 

Beria kami amik video boleh buat kenangan. 

Makan tengahari tadi... 
Petang keluar jalan sekitar dataran austin beli pizza hut makan dalam kereta.  Macam ribut dah bila makan dalam kereta tumpah sana sini. Hua2. 

Yogulp lagi...sebekas RM7






Thursday 25 August 2022

Yang dikejar dalam hidup...

Yang dikejar dalam hidup adalah kematian. Semakin kita mengejar impian, semakin dekat dengan kematian. Kerana impian memerlukan masa. Dan masa adalah kematian. Ia akan berjalan selagi manusia tidak mati. 

Tuesday 23 August 2022

Anak2 kami...

Rutin kehidupan.. Nengok anak bergaduh, bermain, melukis,  menyepah..

Satu masa nanti ummi walid pasti sangat rindu saat ini.

Di sebalik tangis gaduh jerit cubit rotan, adoi geramnya bila diingat tapi bila dikenang semula pasti rindu.

Ya Allah, kurniakan kami kesabaran mendidik amanah2Mu ini.  Ummi sayang anak2 ummi.

Tadi anak sulung tanya ummi dah berapa tahun?

38 tahun...jawab ummi. 

Hermm dah dekat 40 tahun ummi (sedih) .. Kata anak.

Teringat saya masa kecil dulu tanya pada emak, berapa umur mak?  40 tahun jawab mak.. Sayu hati masa tu. Tak sanggup melihat mak tua. Mungkin begitu perasaan anak.

Begitulah hidup. Tidak ada muda sentiasa. Pasti tua satu masa nanti. 

Saturday 20 August 2022

Hujung minggu..

Makan di luar rumah...


Simple saje tapi makan bertambah2 masing2. Sup tulang semalam saya tambah lagi supnya. Beli ayam goreng seringgit juga. 

Sedang makan tengok awan mendung. Tak lama angin kuat disertai hujan. Sejuknya macam ekon. Makin sedap makan walaupun ribut melanda. Lepas makan anak2 nak main kolam. Layan sajelah. Tiap minit adalah bermain. 

Samalah macam kita dulu2. Bezanya dulu main sampai tepi parit jauh dari umah. Tapi zaman sekarang tak boleh dah macam itu. Risau dengan manusia yang jahat tak boleh dihidu.  Semoga Allah melindungi kita semua dan anak2 dari mudarat manusia yang jahat. 

-----

Rindukan Jordan

Ye teramat rindu bumi Jordan. Angin salju di sana. Banyak kali hati sesak dihimpit kenangan. Tahun depan atau selepasnya yakin akan ke sana.  Mahu ditinggalkan dan pergi berdua dengan suami rasa tak sampai hati. Jadi perlu mengumpul dengan sebanyaknya untuk ke sana bersama semua. Ya Allah permudahkanlah road to Jordan. Murahkanlah rezeki kami ke sana. Amiin. 



Thursday 18 August 2022

Aktiviti bersama keluarga

A&w Batu Burok berwajah baru. Jadi excited nak pegi setelah sekian lama tak datang sini...

Ramainya orang tapi servisnya laju. Ayam sangat sedap sebab panas2 tapi fries keraa hmm.

Buat bihun sup tulang hari ni.. 

Asal nak makan dengan nasi tiba2 teringat bihun sup. Tukar menu.  Sedapnya makan panas2.

Ok nak kemas rumah. Seronoknya cuti hujung minggu. 

Sunday 14 August 2022

Sagu gula melaka..

Suami buat sagu gula melaka. Aduhh sedapnya ya Allah... 


Makan tengahari lauk semalam. Tambah goreng ayam dn masak nasi serta telur dadar sahaja. Saya cuti hari ni. Nak berehat dan berjalan ke mydin pagi tadi... 


Prog motor di Terengganu. Penuh motor semalam masa balik dari kenduri...

Tak lama dah kelas bersemuka bulan 10 ni. 16 oktober tarikh keramat buat warga unisza kuang2. Setelah sekian lama beronline. 


Saturday 13 August 2022

Sambut birthday Halaa 2 tahun..

Sambut lewat beberapa hari sebab terlalu sibuk dengan kerja. Hujung minggi lepas jumaat ajak mak dan kakak sekeluarga datang ke rumah. Ayah tak dapat datang sebab perlu jadi bilal di surau..
Masak nasi maqlubah, tempah roti jala,  kek choc indulgence harold dan suami buat bubur syura sehari sebelum. Kakak bawak kek batik dan tembikai. Alhamdulillah.

Bulan depan besday suami pula. Sekali dengan mak dan kakak. Nak kena rancang awal nak jamu apa. 

Kenduri kawin Dr Zurina..

Sekian lama tak pergi kenduri kawin kerana pkp.  Kali ni kenduri di sumai hotel jemputan dari staf bahasa Inggeris yang baru menamarkan zaman bujangnya. Janji dengan syikin dalam jam 11 lebih. Sekitar majlis..



Alhamdulillah. Tak sabar tunggu kendiri adik suami pula bulan 10 ini. 


Thursday 4 August 2022

Ralitnya dia..

Sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun anak ini. Macam2 karenah dan ragamnya. Tantrum boleh tahan hebat. Pandai berdikari dan kuat keinginannya. Suka melukis (mencoteng) dan main anak patung (baby)...

Plan nak sambut besdaynya jumaat depan InshaAllah. Nak ajak kakak sekeluarga dan emak abah datang ke rumah.


Sejak beberapa hari ni mengemas bilik komputer suami, bilik anak perempuan dan stor. Nak gabungkan bilik komputer dan stor dalam satu bilik yg lebih besar. Nak jadikan bilik stor sebagai bilik anak lelaki merangkap bilik tetamu bersolat juga. Tunggang langgang rumahnya. Nanti dah siap boleh up gambarnya. 

Lama tak menulis..

Takde yang menarik untuk dicerita dalam blog.

Anak ketiga nak masuk 2 tahun dah.

Sem pendek ni sibuk dengan mesyuarat dan bengkel. 

Nak siapkan geran Tsis yang lulus di peringkat saringan awal. Ahad ni wajib hantar full paper.

Nak siapkan buku yang terhenti lama. Baru 85 halaman dari aeal tahun😢.

Nak kurus tapi nak makan banyak.

Nak sihat tapi nk makan mcam2. 

Nak kemas dan cantikkan rumah.

Macam2lah nak. 

Nak cepat habis jawatan kpp.

Nak pergi Jordan.

Nak travel luar negara dengan keluarga. Puas dalam negara. Takde yang menarik kecuali makanan.

Yogulp kiwi sedapnyeee... 


Makan di bengkel tadi.. 


Keluarga ziarah nenek suami di kelantan yang terlantar selepas terjatuh di tandas.. 

Tengok gambar baru ada cerita.

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...