Sunday 27 June 2021

Vaksin sinovac Dos 1

Alhamdulillah selesai dos 1 dengan tidak semena-mena. PPV UniSZA call dalam jam 4pm masa tu tengah menggoreng jemput2. Kelam kabut bersiap dan suami seperti biasa gigih drive menemani bersama anak2. Saya dah lama tak drive bila kelam kabut macam ni lagilah rasa tak sonok nak drive. Kui2. Drive keta perkara paling saya tak suka haha. Walaupun dulu masa bujang hari-hari drive pegi keja dari Marang ke Gong Badak. Sekarang boleh kira dengan jari berapa kali drive.

Ok, ini gambar dalam dewan. Ada dalam 6 kaunter/checkpoint semua sekali. Kena isi borang berkenaan. Jenuh menulis tangan dah lama tak menulis. 


Tak ambil gambar photo booth lepas vaksin rasa segan. Nanti dos 2 amik gambar semula. kuang2. 

Lepas vaksin ada kaunter untuk update mysejahtera. Kemudian ke kaunter terakhir serah borang dan tunggu untuk dapatkan tarikh baru dos 2. 

Durian ioi RM50 3 biji... 


Dua hari berturut khidmat komuniti secara google meet. Sabtu bersama pelajar tingkatan lima untuk teknik penulisan b. Arab dan Ahad kelas tilawah dan tajwid bersama warga kg Butut khususnya. Alhamdulillah berjalan lancar. 

Jarang sy update pasal kerja. Rasa tak bes nak citer walaupun ok je bekerja. kihkoh. Untuk urusan kerja yang pasti cv harus sentiasa cantik dan ada benda baru. 






Monday 21 June 2021

Rutin kehidupan..

PKP masih lagi berjalan. Antara aktiviti di rumah. Makan besar petang tadi. Ummi tak masak langsung har ini... 





Selesai sesi google meet wada' dgn pelajar batch sem akhir... 





Friday 18 June 2021

Saya tidak berada dalam kasut mereka...

Bila PKP banyak orang terkesan terutama pekerja swasta dan orang bisnes kecil atau besar. Suami saya tidak terkecuali kerana dia adalah seorang freelancer membaik pulih komputer dan menjual.
Saya tidak merasa apa yang mereka rasa kerana saya menerima gaji bulanan tetap. Tapi saya sudah membiasakan diri untuk menyimpan lebih walaupun gaji naik tiap tahun dan boleh membeli dengan berhutang samada kad kredit atau pinjaman peribadi. 

Awal kahwin saya sudah berfikir kerana kewangan suami tidak bersifat tetap maka saya perlu lebih bijak mengurus ekonomi keluarga. Saya tidak mahu bersusah hati kerana duit sedangkan kami berpeluang untuk bahagia dan gembira. 

Antara perkara pertama perlu buat ialah membina kesedaran dengan pasangan tentang situasi kewangan dan apa akan jadi kalau boros dan suka meminjam kredit. 

Saya tidak suka membuat pembelian secara hutang kredit menggunakan kaedah 0 installment iaitu membayar hutang ansuran secara bulanan dgn kadar minimum tanpa sebarang caj tambahan. Saya tak suka beli barang menggunakan duit simpanan dari tabung haji sebagai contoh walaupun mudah keluar masuk duit hanya di hujung jari. Duit simpanan adalah untuk perkara besar seperti renovate rumah. Untuk pembelian bawah 2k saya akan guna dari gaji bulanan dan menangguh kehendak dan berbelanja mengikut baki gaji yang ada setelah ditolak perbelanjaan lain.

Sekiranya menggunakan kad kredit untuk pembelian 4k ke atas (cth beli peti ais tahun lepas) saya akan pastikan transaksi dan pembayaran semula berlaku dalam masa 20 hari. Saya akan beli di tengah bulan gaji dan dekat dengan tarikh gaji baru akan masuk supaya saya boleh bayar menggunakan gaji lama dan baru. Settle walaupun perit kerana perbelanjaan 2 bulan akan jadi sedikit ketat. Tapi ini lebih baik dari mengeluarkan duit simpanan atau membuat 0 installment. 

Sebab utama saya tak gunakan duit simpanan kerana tak nak biasakan diri ambil sesuka hati untuk beli barang kehendak, nanti akan terbiasa dan sukar nk konsisten menyimpan. Manakala 0 installment saya rasa seperti menipu diri sendiri kerana kita rasa beli sikit je dan peluang untuk berhutang lagi adalah sangat tinggi. Tak mahu sedap berhutang dalam keadaan hutang rumah, tanah masih ada tiap bulan. Kalau tak cukup duit bulan tu saya akan tangguh kehendak dan bersabar dan tidak akan sentuh simpanan. 

Wabak covid mengajar manusia untuk sentiasa beringat. Lihat bagaimana manusia yang tidak mahu beringat akhirnya lelah saat pandemik seperti ini. Saya sentiasa mengingatkan suami, kita tak tahu masa akan datang ujian kewangan bagaimana. Jadi bila membeli kena berwaspada bukan ikut orang atau suka. Pasang misi simpanan sebelum umur 40 dan jangan tunggu hari tua. 













Thursday 17 June 2021

Alhamdulillah...Baby saya dah boleh berjalanlah..

Sudah boleh menapak berjalan dalam 5 langkah anak kecil kami. Usia sudah 10 bulan lebih alhamdulillah. 





Sambal goreng jawa..feveret anak2 tapi makan suhun sahaja..kui2


Unboxing hadiah dari kakak kepada anak saudara. Kerana PKP kami terpisah antara daerah...







Tuesday 15 June 2021

Minggu terakhir sem II 2020/2021

Minggu terakhir sem ini alhamdulillah. Minggu ni adalah minggu taqdim iklan oleh pelajar. Tugasan wajib bagi kursus literasi bahasa. Dah berapa tahun saya memegang tanggungjawab mengajar madah ini. Sukar tapi seronok. Madah kemahiran yang saya selalu pegang. Pidato dan debat sem akan datang.

Oklah antara aktiviti minggu ini...

Feeling makan di kedai setelah sekian lama covid melanda...



Beli pes gulai ikan nasi dagang atas tol. Terbaik! Harga 500gm RM33. Kalau 250gm RM20. Better amik yang banyak jauh lebih menjimatkan. 

Gelagat anak bongsu (ye ke huhu) yang suka dengan peti ais dan tandas...

Sambal goreng jawa.. Ya Allah sedapnyaa... 


Kemas dapur lagi... 




Thursday 10 June 2021

PKP.. PKPD kemas dapur 2021

Dah setahun lebih negara dan dunia bergelut dengan corona virus. Dan setahun lebih juga tugasan kerja dilaksanakan dari rumah. Penat tapi ini yang terbaik. Seronok walau kadang stress. Seronok sebab dapat tengok anak depan mata sambil bekerja walaupun kebanyakan masa menjerit-jerit nak suruh diam ummi ada kelas dan mesyuarat.

Oklah aktiviti beberapa hari ini. Antaranya kemas dapur besar2an. Dapur 2021 saya. Banyak lagi nak kena kemas dan susun memandangkan ruang menyimpan adalah terhad. Anda ada rezki membina rumah baru saya akan pastikan ruang penyimpanan adalah mencukupi dan berlebihan...



Cat almari pintu rumah...grey suit nippon glossy for wood and metal....


Masak-masak... 


Beli dari marketplace Rm10/12 biji.. Cod RM3... 

Pizza air tangan suami... 

Saturday 5 June 2021

Cat pintu kayu

PKP 3.0 ni sambung cat pintu pula. Hampir 2 jam nak boleh siap untuk 1 pintu😅. Beli cat nippon wood gloss warna Grey suit 1L RM24.

Ada 5 pintu lagi aduilah rasa tak mampu. Mungkin cukup dua pintu jelah dulu saya cat. Next nak tukar cat ruang tamu dan bilik utama pula. Lelah kerja mengecat ni walau mudah. Tak hairan upah mengecat salah seganda harga modal.

Menu petang semalam. Budu dah lama x makan. Sedapnye ya Allah... 


Beli di marketplace FB 3 papan Rm15...cod RM2


RM5 sekilo beli dengan jiran setaman (saudaranya jual)... 



Wednesday 2 June 2021

Bila rajin berasaplah dapur...

Ala-ala high tea makan petang kami...


Handmade pizza..doh suami yang buat..


Tomyam campur...



Rendang tak cukup bahan jadi macam gulai...



Tempahan dari rakan suami... 

Udang saiz separuh tapak tangan. RM48 untuk 26 ekor. Beli dengan rakan suami yang bekerja di bahagian perikanan di UMT...

Marketplace FB

Dah macam shopee pulak marketplace ni. Huhu. Asyik. Membeli je aduilah kuang3.

Antara yang dibeli di marketplace... 

Kek mamasab red velvet nutella.. RM39.90, caj hantar RM5... 

Ya Allah sedap sangat. Selalu tengok produk mamasab hari ni baru merasa alhamdulillah. 

Ketupat palas Rm8 untuk 10 biji. Caj hantar RM3. Ulang beli dua kali.. Kali pertama 20 biji. Kali kedua 40 biji... 


Lada besar 2kg haha..kelakar pulak rasa beli kot FB tapi yang suami amik sendiri sebab dekat sahaja. Rm6 sekilo... 


Uni madu RM9 sekilo. Beli 2kg. Manis sangat dan sedap... 


Durian tembaga dan kunyit. Caj hantar ikut suka antara RM3-Rm5... 
Seronok sungguh dan puas hati. 





Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...