Saturday 27 August 2016

Menghampiri akhir oghostos...

Pejam celik pejam celik...odw ke rumah nenek ada majlis kesyukuran jiran terdekat...kari kambing ya Allah sedapnyee termaqbul keinginan...


Siap cat bilik lubna hasil usaha walid dan ummi...


Guna tilam lama dulu. Tahun depan balik for good baru beli katil baru ye lubna.

Nasi goreng pagi tadi...


Data hampir selesai dikey in ke dalam perisian SPSS. Di sebalik kesukaran sana sinun malas nak citer panjang sini harapnya data ini valid dan maqbul inshaAllah taala. Bulan 9 berhajat nk menulis fasol 4 inshaAllah bantulah hambaMu ini. Tiada yang lebih menggembirakan melainkan dapat menyiapkan tesis secepat yang mungkin dan melahirkan anak dengan sejahtera di samping suami dan anak tercinta.


Thursday 18 August 2016

Mengemas rumah

Dah hampir dua minggu duduk di rumah sendiri di manir. Mengemas apa yang patut. Mengecat bilik lubna. Barang masih berterabur di ruang tamu dan ruang makan. Sambil mengemas sambil menyemak pre test dan post test sampel kajian. Jenuh juga perlu mendengar 200 rakaman pendek student. Walau pun beberapa minit je sorang tapi panas telinga nak berlama-lama mendengar.

Cat putih rak buku...


Hidangan simpe memandangkan xde mood nak memasak sejak hamil...


Ye memang malas sungguh nak masak sekarang. Kalau masak pun yang simple saje. Ayam goreng ayamas dan sup sayur zap siap sedia tuk dimakan. Baru sekarang dapat menyelami perasaan pompuan yang malas nak masak tapi nak makan. 

Semalam cek kehamilan di klinik dr.hafizah. Scan baby dah 10w 5d. Alhamdulillah. Membesar ank ummi & walid dgn sihat inshaAllah di sebalik kesibukan ummi mengurus duniawi harapnya kamu lahir sempurna sejahtera sihat wal afiah ameen. 

Ummi tak buka merah kali ni. Pergi ke klinik muslimah doktor sampai lewat langsung xjadi buka buku. Pergi ke klinik desa ramai pulak ibu hamil yang nak buka buku juga langsung ummi tawar hati. Bercakap dengan nurse ummi mahu lahirkan kamu di Jordan inshaAllah. Jadi nurse bagitahu kalau macam tu xapelah xbuka buku merah di sini. Check up seterusnya di Jordan nanti pula inshaAllah. 

Ok ilal liqo marroh qodimah inshaaAllah.


Friday 5 August 2016

وأخيرا وليس آخرا انتهت عملية جمع البيانات

Alhamdulillah syukur pada Allah atas inayahNya berjaya mengharungi fasa yang benar-benar menggusarkan saya sejak dari mula mendaftar belajar di peringkat ini. Ada tiga perkara yang paling saya risau apabila mula menulis iaitu fasa penyediaan proposal, fasa pengumpulan data dan fasa viva. 

Namun fasa ketika belajar ulang alik ke kelas dulu lebih hebat ujiannya dari fasa menulis. Susah yang terasa ketika menulis, susah lagi fasa ketika ke kelas dahulu. Itu yang menjadikan saya semakin kuat untuk menghabiskan sisa baki yang ada. Untuk sampai ke tahap ini bergelen rasa resah, down dan air mata yang tumpah. Harap kekal bersemangat sehingga akhirnya. Ameen.

Kelas terakhir mengumpul data dan post-test...


Petang khamis bergegas bersama ahli keluarga ke whitesand resort yang terletak 30 meter dafi rumah mak abah di Marang...





Seronoknya berenang sampai sakit-sakit badan. Satu malam di sini berharga RM 150 untuk sume jenis bilik yang boleh memuatkan penghuni lebih dari tiga orang dan ke atas. Empat buah chalet kami tempah dan memandangkan takde pengunjung lain maka kami telah menconquer kolam yang ada. Tak besar tapi bolehlah melepaskan hawa.





Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...