Thursday 18 August 2016

Mengemas rumah

Dah hampir dua minggu duduk di rumah sendiri di manir. Mengemas apa yang patut. Mengecat bilik lubna. Barang masih berterabur di ruang tamu dan ruang makan. Sambil mengemas sambil menyemak pre test dan post test sampel kajian. Jenuh juga perlu mendengar 200 rakaman pendek student. Walau pun beberapa minit je sorang tapi panas telinga nak berlama-lama mendengar.

Cat putih rak buku...


Hidangan simpe memandangkan xde mood nak memasak sejak hamil...


Ye memang malas sungguh nak masak sekarang. Kalau masak pun yang simple saje. Ayam goreng ayamas dan sup sayur zap siap sedia tuk dimakan. Baru sekarang dapat menyelami perasaan pompuan yang malas nak masak tapi nak makan. 

Semalam cek kehamilan di klinik dr.hafizah. Scan baby dah 10w 5d. Alhamdulillah. Membesar ank ummi & walid dgn sihat inshaAllah di sebalik kesibukan ummi mengurus duniawi harapnya kamu lahir sempurna sejahtera sihat wal afiah ameen. 

Ummi tak buka merah kali ni. Pergi ke klinik muslimah doktor sampai lewat langsung xjadi buka buku. Pergi ke klinik desa ramai pulak ibu hamil yang nak buka buku juga langsung ummi tawar hati. Bercakap dengan nurse ummi mahu lahirkan kamu di Jordan inshaAllah. Jadi nurse bagitahu kalau macam tu xapelah xbuka buku merah di sini. Check up seterusnya di Jordan nanti pula inshaAllah. 

Ok ilal liqo marroh qodimah inshaaAllah.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Servis expander

Servis expander utk 30000km. Harga lebih dari est cost. Patut orang cakap harga makin naik. Kos servis kali ni RM489.