Tuesday 30 November 2021

Catatan belanja

Kos bulan ini

Angkut bahan buangan reno rumah RM280 - 1 lori 1 jengkaut 2 kali trip

Servis kereta RM594 - Rasanya tahun ni, jumlah kos servis kereta paling tinggi berbanding tahun yang lepas. Rasa macam lepas Covid ni pusat servis pau betul2 customer. Mujur tahun depan cukup 5 tahun tak perlu sudah ke pusat servis semata-mata nak secure jaminan. 

Paip salur hujan RM322 +


Saturday 27 November 2021

Cabut gigi geraham

Pada 9.11.2021 pergi tampal gigi di klinik Husna. Dan semalam mula sakit berdenyut bahagian tampalan kali kedua. Tak tahan sehingga mengganggu urusan. Kumur dengan listerin tak jadi, gigit cengkih tak jadi, kemam ubat bengkak tak jadi, Last sekali ambil panadol dua biji. Tapi masih sakit.

Dalam jam 8.30 suami ajak ke klinik sebab saya macam dah x keruan. Call klinik berdekatan dan akhirnya. Doktor cek gigi tampalan tu dah bergoyang sikit. Dan ada bengkak di gusi bawah. Bengkak ni saya perasan mula masa menunggu di klinik. 

Berdebar2. Rasa tak keruan bila ambil keputusan untuk cabut. Tapi tak tahan menanggung sakit jadi ambil keputusan untuk cabut terus geraham bawah. 

Proses pertama doktor sapu gel di bahagian gusi sebelum suntik bius. Sakit juga bila disuntik. Rasa jarum mencucuk dan menekan. Tak selesa. Kebas sebelah mulut tapi belum betul2 kebas.

Masa doktor nak goyang untuk lembutkan gigi rasa sakit ngilu. Masa ni rasa nak meletup dada sebab takut dan sakit. Mungkin sebab ada bengkak jadi proses menggoyangkan gigi jadi sakit walaupun telah dibius.

Doktor bius kali kedua tapi rasanya tidak berapa kuat. Jadi masa ni berzikir macam2 dalam hati. Teringat sakit bersalin dan cuba berfikir positif. Tapi dalam hati rasa stress. Dengan gegaran di kepala. Rasa Serik. Padahal pernah dua kali caut gigi geraham 16 tahun dulu. Kali ni lebih sakit. Serik dan trauma. Tapi lega sebab gigi yang sering bermasalah ini telah tiada. Berapa kali tampal pun selalu pecah tampalan ya dan kera ngilu dan sakit.

Alhamdulillah ala kulli hal, kos rawatan RM40 untuk consultation dan RM150 untuk cabut. Suami kata mahal. Nak buat macam mana sakit sangat dah tak kira berapa.

Update: hari pertama kedua gusi masih sakit. Berdenyut macam sakit gig. Terpaksa makan panadol. Hari ketiga dan seterusnya berkurangan. Hari kelima dah xsakit cuma rasa sengal sikit shj. 

Monday 22 November 2021

Siap pasang batu gajah dalam 3 hari




Kos batu gajah RM2010 (RM1.10 x 1800 biji) 
Kos upah pasang dan hack RM1700. 

Alhamdulillah settle juga halaman batu. Kena piki deco hijauan pulak supaya naik seri.


Friday 19 November 2021

Sambut birthday Lubna 9 tahun

Sambuat hari lahir Lubna awal beberapa hari sebab nak sambut dengan sepupu-sepupunya. Sambut di rumah nenek.Semoga membesar menjadi anak dan hamba Allah yang solehah..




Thursday 11 November 2021

Siap baiki rumah

Bermula 28 Oktober mula kerja dengan konkrit di luar. Kemudian datang on off. Dan 5 kali datang maka siaplah semua bahagian yang hendak dimakeover. Alhamdulillah. Gambar nnt lepas kemas sy tunjuk

Ini bahagian yang awalnya ragu2 nak pecahkan tapi akhirnya memandangkan rs rugi tak amik peluang ni alang2 rumah dah berdebu dan kotor jadi kami decide utk pecah tembok di tengah2 rumah ini. Kos pecah dinding ni sekali plaster tepi RM500... 


Operasi kemas dapur dari pagi... 


Kos semua sekali RM7800. Tak termasuk 2 sink yang kami beli sendiri dan peralatan kecil lain. Sink kecil RM80 (Bonjui) , sink nano black RM329 (Shopee). Peralatan tandas pun lebih kurang RM150 semua sekali. 


Dapur kedua/basah kami. Tambah sikit table top dan back backsplash.

Ada lagi bahagian lain belum siap kemas lagi. Buat sikit2. 

Hari ni tukang batu gajah pulak datang untuk cuci tapak dan pasang tapak gajah hari berikutnya. Kos tapak gajah RM2010 untuk 1800 keping. RM1.10 sekeping. Kos upah pasang lain pula harganya dalam seribu. Nanti tengok hasilnya macam mana.

Update: Tanah 1 lori kecil (RM130)

Rasanya untuk semua reno dan batu gajah lebih kurang RM13K sudah dibelanjakan. Nanti untuk awning pula mungkin hujung bulan ni.








Thursday 4 November 2021

Makeover rumah 2021

Kos dah bayar RM4000
Paip RM300 + RM70
Sinki RM88 (Boljui) + RM330 (Shopee)
Sinki luar RM130
Lubang tandas RM15 + RM14

Dalam progress lagi... 



Tandas luar yang dah siap... 


Konkrit dan pemasangan tiles luar... 


Tinggal tandas bilik utama belum habis dipecah tiles dan dinding tengah yang perlu dipecah juga. Nak lapangkan rumah. 

Jual barang tak digunakan di marletplace setelah proses mengemas utk makeover rumah. Laku juga ye. Meja mickey mouse RM30, meja konsol RM50, stroller RM100. 

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...