Saturday 27 November 2021

Cabut gigi geraham

Pada 9.11.2021 pergi tampal gigi di klinik Husna. Dan semalam mula sakit berdenyut bahagian tampalan kali kedua. Tak tahan sehingga mengganggu urusan. Kumur dengan listerin tak jadi, gigit cengkih tak jadi, kemam ubat bengkak tak jadi, Last sekali ambil panadol dua biji. Tapi masih sakit.

Dalam jam 8.30 suami ajak ke klinik sebab saya macam dah x keruan. Call klinik berdekatan dan akhirnya. Doktor cek gigi tampalan tu dah bergoyang sikit. Dan ada bengkak di gusi bawah. Bengkak ni saya perasan mula masa menunggu di klinik. 

Berdebar2. Rasa tak keruan bila ambil keputusan untuk cabut. Tapi tak tahan menanggung sakit jadi ambil keputusan untuk cabut terus geraham bawah. 

Proses pertama doktor sapu gel di bahagian gusi sebelum suntik bius. Sakit juga bila disuntik. Rasa jarum mencucuk dan menekan. Tak selesa. Kebas sebelah mulut tapi belum betul2 kebas.

Masa doktor nak goyang untuk lembutkan gigi rasa sakit ngilu. Masa ni rasa nak meletup dada sebab takut dan sakit. Mungkin sebab ada bengkak jadi proses menggoyangkan gigi jadi sakit walaupun telah dibius.

Doktor bius kali kedua tapi rasanya tidak berapa kuat. Jadi masa ni berzikir macam2 dalam hati. Teringat sakit bersalin dan cuba berfikir positif. Tapi dalam hati rasa stress. Dengan gegaran di kepala. Rasa Serik. Padahal pernah dua kali caut gigi geraham 16 tahun dulu. Kali ni lebih sakit. Serik dan trauma. Tapi lega sebab gigi yang sering bermasalah ini telah tiada. Berapa kali tampal pun selalu pecah tampalan ya dan kera ngilu dan sakit.

Alhamdulillah ala kulli hal, kos rawatan RM40 untuk consultation dan RM150 untuk cabut. Suami kata mahal. Nak buat macam mana sakit sangat dah tak kira berapa.

Update: hari pertama kedua gusi masih sakit. Berdenyut macam sakit gig. Terpaksa makan panadol. Hari ketiga dan seterusnya berkurangan. Hari kelima dah xsakit cuma rasa sengal sikit shj. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...