Thursday, 30 July 2026

Ziarah k.Zan bersama ahli jabatan

Dah lama nak melawat k. Zan akhirnya bersama rakan2 jabatan..

Jamuan dari tuan rumah juga. Jabatan beli kuih muih. Sedapnya.

Semoga lekas sembuh k. Zan.

Friday, 24 July 2026

22 Julai 2026 suami berjalan tanpa tongkat..

Setelah 3 bulan selepas tarikh operation pasang skru dan plat akhirnya suami boleh berjalan tanpa tongkat. Walaupun agak slow tapi pencapaian yang sangat baik. Sakit makin kurang kata suami. Alhamdulillah. Tak sabar nak buat jamuan kesyukuran jemput rakan2 suami yang membantu dan sudi menziarahi memberi sokongan sepanjang tempoh penyembuhan. 

Gambar Rabu baru ni kali pertama keluar makan setelah 4 bulan kejadian jatuh. Masa ni masih bertongkat. Ajaibnya lepas keluar makan ni esoknya terus boleh berjalan tanpa tongkat sepenuhnya. MashaAllah. 

Ini sebagai pemeriksa luar viva pelajar PhD UIA.. Gugup rasa bertemu dengan mantan pensyarah walaupun secara maya..

Ini pagi tadi beli di pasar Haji Harun dan Manir.. Suami tolong siangkan.. 

Udang kasar RM38 geram betul tengok. 

Halaa latihan nasyid mewakili Pastinya.. 

Semoga berjaya sekiranya ada telah direzekikan. 

Rambut Einstein.. 
Makan di Hidangan dibelanja Dekan Alhamdulillah.. 
Hadiah dari pelajar yang baru grad.. 
Renew road tax dan insurans vios pula dengan harga RM793+-. Online sahaja suami buat. Road tax buat untuk 6 bulan shj. Kami mungkin akan jual kereta vios nanti. 

Saturday, 18 July 2026

Macam-macam Julai..

Hectic juga Julai ini. Kemas bilik anak dan susun atur jadual kerja diri. Masak pun dah jarang boleh kira berapa kali. Gas pun dah 4 bulan bertahan sejak April huhu.

Rajin buat kek batik ganache sejak tengok resipi tiktok Khairul Aming. Memang menjadi.. 
Dalam peti.. 

Buat pizza dan spageti juga semalam.. 
Anak ketiga duk kacau kawan kakak yang datang ke rumah semalam untuk siapkan tugasan sejarah. Macam2lah anak ummi ni.. 

Ini gambar minggu lepas bawa anak dua orang ke ofis sekejap.. 
K. Shila dan suami datang Terengganu dan ziarah kami di rumah emak. Kebetulan kami nak ke Marang.. Comel je k. Shila.. 

Saturday, 11 July 2026

Peti ais siap baiki

Akhirnya baiki dengan kedai Melayu kos RM580. Sedut air dari paip gas dan isi gas baru. Hampir sebulan tersadai di rumah.

Agen Hitachi pula menipu. Meng nama kedainya ambil deposit RM50 tapi sampai ke sudah tak datang ambil baiki. Nak kena buat bad reviem untuk kedainya. 

Siap pasang rak dalam. 

Ini pula almari drawer ikea bilik lubna baru sampai petang semalam. Suami pasang malam tadi dan sambung pula pagi tadi.. 

Siap pasang.. 


RM510 termasuk shipping. 

Thursday, 2 July 2026

Temu murni sekolah anak

Ambil cuti semalam dan hadir ke temu murni Alyan dan Lubna.

Alyan.. 

Result esok nak exam, malamnya baru nak baca. 

Sempat singgah kedai perabot cari katil untuk bilik Lubna.. 
Singgah toyota tengok toyota yaris cross memang cantik.. 

Pasang tv baru sampai dua hari lepas. Beli di shopee RM1600. Tv sebelum ni baru 2 tahu pakai skrinnya dah rosak anak jatuhkan botol air. Sedihnya.