Thursday 26 January 2017

Halaqah mutazawwijat dan kelas masakan

انبسطنا كثيرا بدروس الطبخ يوم البارحة الحمدلله



Dapat hadiah kenangan sebelum pulang ke Malaysia:)




Tuesday 24 January 2017

Mendambakan kerehatan...

Jam 5.40 pagi semalam dah turun ke dapur membantu suami siapkan tempahan makanan untuk sebuah program di Amman. Tak banyak dalam 29 bungkus nasi dapatlah menambah duit poket suami  di sini...


Caj 1.50jd sebungkus bersama harga tausil ke wasat balad. Antara khibroh yang kami akan rindukan nanti.

Selesai tausil tempahan dalam jam 9.30 menuju ke jamiah saya pula untuk urusan baroah zimmah di qabul wa tasjil. Alhamdulillah berpeluang untuk meneruskan kehidupan di sini sehingga saat melahirkan. Penat bercakap dengan arab macam ayam dengan itik bila berlaku pertembungan dua bahasa arab pasar dan standard. Ya Allah capek sungguh belajar bahasa Arab.

Dekat jam 11 pagi pula k.shila mesej ajak ke Mafraq menghantar nuskhah tesis kepada prof dr Adib. Ya Allah penat belum habis. Jam 4 petang selepas selesai urusan kami sampai di rumah semula. Di rumah prof...



Bunga cinta dari suami buat hati terasa dibuai-buai. Terima kasih abang.

Apa yang saya mahu sekarang ialah sebuah kerehatan. Mahu berehat dari asakan urusan dunia. Walhal saya sedar tiada kerehatan abadi melainkan selepas tamatnya sebuah kehidupan dunia.



Monday 23 January 2017

إجراءات للتخرج

Penat sangat rasa.

Selepas viva rasa tak cukup nafas ke sana ke mari.

Pagi tadi ambil tesis siap dijiid di maktabah yaqzoh, jubeihah. Sy buat sepuluh nusakh berjumlah 61 dinar (6jd tiap sebuah). 

Singgah makan di mat'am malbari buat kali kedua...8.50jd


Balik dari makan terus ke jamiah untuk hantar empat tesis siap jilid dan ambil tauqi'at berkenaan utk baroah zimmah. Penatnye ya Allah dengan perut boyot turun naik bangunan. Ini pun belum selesai lagi urusannya. Esok lusa perlu ke jamiah lagi.

Belah kiri qorar taslim utruhah dan belah kanan baroah zimmah yang belum selesai lagi. Tinggal tauqi' dr alaqot ammah dan maliyah. Yang dua ni kena buat bila nak balik for good sebab kena hantar kad iqomah dan berambus dari Jordan dalam masa sepuluh hari kihkoh...


Peritnya PhD ni bukan pada penulisannya tapi pada proses mendapatkannya serta selepasnya. Orang tengok macam mudah je tulis 100, 200, 300 pages tapi orang tak nampak jerih payah di sebalik setiap helaian halaman yang terhasil. Berselang airmata dan keluh kesah.

Tesis dalam bentuk CD untuk dihantar ke jamiah...mujur suami celik teknologi tolong burnkan sume. Saya ni semenjak dah kawin buta IT terus sebab tahu suami boleh buatkan kih3...


Inilah natijahnya selama lebih kurang 15 bulan menulis alhamdulillah!


Ni kalau orang Malaysia tengok ni mesti terkejut sebab nipis sangat kalau dibandingkan dengan tesis-tesis dari Malaysia. Kui3. Kalau di sini ketebalan tesis tidak diutamakan kerana ia tidak mengambarkan kualiti tesis. Yang paling penting adalah isinya dan keasliannya adalah dari tangan pelajar sendiri (walaupun sebenarnya ada lagi point saya yang rongak-rongak dalam tu hua2).

Macam yang Dr.Othman Talib pernah sebut kalau di kebanyakan universiti terkemuka dunia tebal tesis PhD setakat 100++ adalah perkara biasa tetapi sesuatu yang  pelik kalau di Malaysia. Amalan tidak menilai kualiti tesis berdasarkan ketebalannya turut dipraktikkan di kebanyakan jamiah di Jordan walau jamiah di sini xde satu pun dalam kategori 200 top universities in the world.

Dulu buat master di Malaysia pun saya mempunyai tanggapan yang sama, lagi tebal tesis lagi hebat. Tapi bila berada di sini melihat cara musyrif menilai setiap fasol tesis, saya mendapat satu tanggapan baru iaitu ma qalla wa dalla itu yang terbaik untuk tesis PhD di sini. Buktinya doktor suka sangat potong dan pangkah ayat perenggan yang saya tulis berjela-jela. Tak penting kata doktor kihkoh. 

Masuk komen dari lajnah munaqosyah pun kena buang jugak dirosat sabiqoh yang tak penting. "Sitti, kalau kamu rasa lima dirosat saje yang paling bertepatan dengan tesis kamu pun sudah memadai untuk diletakkan dalam tesis, tak perlu dirosat yang sipi-sipi berkaitan", kata Dr.Toha. Waaaah. Berbeza kan kalau di Malaysia selagi tak cukup 20 dirosat selagi tu tak lepaslah nk masuk viva hik2. Itu pengalaman waktu buat master dulu-dulu. Jumlah sampel pulak ada yang cadang dari 10 buah sekolah. Hua3. Akhirnya tesis master yang terhasil duduk dalam gobok juga. Hehe.


الرحلة إلى بترا

Qissoh hari ini:) alhamdulillah...

Perjalanan dari Amman ke petra menaiki kereta selama 3 jam. Bertolak jam 5.45 pagi jalan masih lengang.

Odw ke khazanah yg jauhnya 2km berjalan kaki dalam sejam dari pintu utama...


Depan khazanah tak nampak pula gambar penuh...


Bersama rakan-rakan...




Letak suwar dulu citer kemudian. Ta'banah. 

Sunday 22 January 2017

Kem pelarian syria di Mafraq

مع اللاجئين السوريين :( الله يحفظهم وويخفف من آلامهم



Sedih tengok wajah mereka. Ada yang berdebu dan comot setelah bertahun-tahun duduk dalam khemah:(. Kalaulah kita berada di tempat mereka rasanya mungkin takkan lama bertahan atas muka bumi ini, dugaan maha hebat untuk hamba Allah yang hebat.

Kem pertama yang kami sampai punya 15 buah keluarga....


Kem yang kedua lebih tersusun dan kemas dengan binaan rumah kecil dari batu-bata menampung 19 buah keluarga...


Sekembalinya ke Malaysia nanti saya pasti teringatkan mereka. PatutLah ada sukarelawan yang datang saban tahun berkali-kali mengutip dan menyampaikan sumbangan orang ramai di sini. Bila berdepan dengan mata kepala sendiri melihat riak wajah mangsa peperangan ini, hati pasti akan tersentuh dan sentiasa mendoakan agar Allah memudahkan urusan mereka dan mencukupkan mereka segala keperluan di sebalik sejuta kekurangan.



Tuesday 17 January 2017

Dua minggu selepas viva berlalu...

Macam-macam nak dikongsi cerita tapi penat sangat. Sejak minggu lepas bertungkus lumus menyiapkan pembetulan dan mendapatkan tauqi' para doktor terlibat dalam viva baru ni. Penat! Sejak dari menerima panggilan 'amid dirosah ulya selasa lepas dan terserempak dengan rois qism masing-masing bertanya perkembangan ta'dilat dan memerlukan saya menyiapkan dalam masa seminggu selepas viva jika ingin takharruj fasol ini. Huhuhu.

Wa akhiran alhamdulillah cukup 2 minggu selepas viva sume urusan selesai kecuali utruhah yang perlu ditajlidkan minggu ini inshaAllah. Penat masih bertahkta. Kepala masih pusing dengan beberapa perkara. 

Tolab dengan suami minta buatkan kek keju lagi ya Allah sedap betul...



Maktab musyrif saya di jamiah..Di sinilah tempat saya menunggu musyrif..

Sambung cerita...

Untuk mendapatkan tauqi' 4 panel munaqosyah sedikit perit terutama bahagian doktor Ayasiroh. 

Hari Rabu lepas saya mula bergerak ke jamiah bagi mendapatkan dakatoroh berkenaan. Mula-mula sekali saya berjaya terserempak dengan Dr.Toha di maktabnya alhamdulillah mudah kerja. Minta doktor sign semua sekali dengan borang pengakuan siap edit utruhah seperti diminta lajnah. Tunjuk pada doktor utruhah yang telah diedit tapi doktor tak mahu tengok hihi.

Lepas tu barulah berjumpa dengan musyrif sendiri ambil sign dan tunjuk beberapa bahagian pembetulan tesis yang agak berat. Pening kepala kami sebab ada beberapa titik kebuntuan pada ijraat tahlil data. Sukar betul bila melibatkan ujian SPSS yang hasilnya tidak signifikan. Rasa $#$%#%&(#@...

Keesokan harinya pula selepas membuat temujanji dengan Dr. Adib sehari sebelumnya melalui perbualan telefon, saya bersama suami dan anak menuju ke jamiah Al Bayt di Mafraq untuk mengambil sign doktor pada dokumen-dokumen berkenaan. Janji dengan doktor jam 10  pagi ke atas. Bila sampai qism ulum tarbawiyyah rupanya doktor masih di rumah dan akan sampai dalam masa 15 minit. Takpelah yang penting doktor sudi datang ke jamiah saat seluruh jamiah sedang menduduki imtihan dan kebanyakan staf akademik tak masuk pejabat termasuk Dr. Adib kui2. Alhamdulillah selesai. Doktor pun dah tak mahu tengok nuskhah pembetulan tesis saya.

Yang terakhir ialah mendapatkan sign Dr. Ayasiroh pada hari ahad berikutnya. Ya Allah susah betul nak contact doktor. Rois qism try call pun tak diangkatnya. Jadi saya try call sampai tiga kali tetap tak diangkat. Frust. Kesian suami dan anak menunggu dalam kereta lebih 30 minit. Mujur menunggu dalam kereta kalau di luar dengan kesejukan mencengkam alahai kesiannya. Bila tak dapat call tu rasa geram sangat dan terus decide nak balik. Dalam kereta rasa kecewa dan penat sangat lagi-lagi dengan membawa perut yang membuyut turun naik mabna dan berjalan kaki ke luar jamiah memandangkan suami parking kereta di luar jamiah. Terdetik dalam hati nak mesej doktor. Apa pun saya nak juga sisgn doktor hari ini juga kalu boleh. Selang 10 minit belum sampai rumah tiba-tiba doktor call semula. Ya Allah gembiranya bukan kepalang. Alhamdulillah. Dalam 30 minit doktor akan sampai ke jamiah inshaAllah. Jadi kami membeli syawarma mengalas perut makan dalam kereta dan berpatah balik ke jamiah. Alhamdulillah selesai juga walau ada sedikit kontroversi pada tahlil ihsoat saya :(. Doktor sudi juga untuk sign walau dia kurang setuju dengan beberapa perkara pada cara analisis saya memandangkan musyrif dan saya dah bersepakat untuk kekalkan cara tahlil seperti sediakala atas alasan-alasan yang munasabah.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Esok mahu mengikuti rombongan menyampaikan bantuan dan sumbangan ke Mafraq. Rasa penat sangat sejak dari minggu lepas lagi. Kandungan pula dah nak masuk 33 minggu. Asyik mengeras saje baby dalam perut. gerak sana sinun sampai dah tak lena ummi tidur kui2.

Oklah sambung nanti. Salam.

Sunday 15 January 2017

Macam-macam ada...

Majlis wada' untuk pelajar-pelajar PhD yang tamat pengajian fasol ini, alhamdulillah dan terima kasih untuk pengajur. Kena bagi ucapan sikit gugup jugak termengah-mengah tak cukup nafas. Pembawaan ibu mengandung...



Bawak makan ke rumah maisarah makan sama-sama ayam popeye...


Ke jamiah Al Bayt lagi di Mafraq untuk kelai kedua berjumpa Prof Dr Adib untuk mengambil tandatangan bagi utruhah yang telah dibaiki dan salinan utruhah siap dijilid nanti...


Majlis akikah maulud jadid maisarah dan izwan di markaz aytam Sweileh...


Penat nak bercerita. Esok nak ke jamiah hantar borang qarar ta'dilat untuk urusan takharruj nanti. Moga Allah permudahkna lagi esok inshaAllah.


Saturday 7 January 2017

يوم التكاسل بعد المناقشة

Mood membaiki tesis masih lembab. Sikit-sikit je jenguk. Tak banyak tapi masih perlukan usaha yang gigih. 

Semakam ada da'wah makan malam di umah k.yah dan u.yusri. Rajin betul k.yah jamu makan sekali dengan beberapa syabab ijazah. Tomyam dan ikan tiga rasa....


Dua pinggan penuh saya makan. Dengan perut yang sarat dan padat rasa nak tumbang terlentang kih3.

Di bawah lauk ayam masak merah berkicap kelmarin letak jugaklah...


Nasi minyak hari ini..


Dua hari lepas rakan di Jordan selamat melahirkan anak lelaki di mustasyfa aqso di sini. Sempat melawat di hospital...


Selit kek keju suami buat...يم يم 





Wednesday 4 January 2017

Kisah viva PhD saya قصة يوم المناقشة

Untuk tatapan akan datang mahu bercerita sedikit proses viva PhD saya di sini:)

Alhamdulillah pada 3 Januari 2017 Allah telah merezekikan saya untuk viva pada jam 12 tengahari waktu Jordan bertempat di qoah 3, mabna riasah, WISE Uni. Alhamdulillah rezki yang maha hebat saya berjaya viva tiga bulan sebelum tamat cuti belajar rasmi.

Sehari sebelum viva saya perlu mengambil robe untuk empat panel lajnah munaqosyah (viva) dan sehelai robe untuk saya. Perlu ambil di qism lawazim iaitu menyerupai sebuah makhzan jamiah. Tinggalkan hawiyyah dan iqomah dan boleh membawa pulang robe dan perlu digosok semua sekali sebelum dibawa ke viva pada keesokan hari.

Malam sebelum viva saya tidur awal. Macam biasa tabiat saya bila ada imtihan sehari sebelum tarikh saya akan stop membaca dan bersantai-santai hik3. Entahlah mungkin sebab untuk mengelakkan stress dan waktu itulah perlukan persediaan mental sebelum menduduki sebarang imtihan. Jadi segala apa yang dibaca tidak akan lagi masuk dalam kepala saya. 

Hari kejadian kami keluar ke jamiah jam 11.20 lebih kurang. Sampai sahaja saya menghubungi Muhammad Rubaihat untuk mendapatkan nombor qoah memandangkan ada juga pelajar lain yang akan viva juga di qoah berdekatan. Oh melihatkan pelajar-pelajar arab lain terasa kerdilnya diri. Hebat juga persediaan diaorang untuk bilik viva masing-masing. Dengan robe panel siap diiron dan digantung dalam plastik. Saya pulak lepas iron robe lipat saja dan terus masuk dalam plastik kih3.

Sempat mengintai sebuah bilik viva lain siap dengan alas meja merah, bunga bungaan dan makanan huhuhu. Meriah betul arab menyambut hari viva. Saya pula? Pasti sungguh ringkas berbanding dengan arab. Takde banner yang ada ialah sejadah sebagai alas meja dan sedikit kudapan huhu. Ini persediaan sebelum viva bermula....


Terima kasih abang dan lubna kerana menolong hehe...


Siap tartibat bagai mengambil gambar kenangan. Dalam hati ini mimpi ke realiti?Jurufoto lubna ulya...



Sepanjang viva tiada orang luar yang boleh masuk. Jadi suami dan anak pulang sebentar ke rumah. Tinggal saya dan empat panel. Cuak juga rasa macam nak dihukum bersalah je hihi. Tak dapat ambil gambar ketika munaqosyah. Mahu doktor baling dengan kasut nanti.

SAAT MUNAQOSYAH

Munaqosyah dimulai dengan ucapan dari musyrif saya sendiri selaku rois lajnah atau chairman. Musyrif tidak akan menilai saya pada hari tersebut hanya mentadbir urusan kelancaran sesi viva. Kemudian saya diminta untuk menyampaikan sedikit ringkasan dalam masa 10 minit tentang utruhah saya. Yang ni memang saya dah bersedia siap dengan muqaddimah, ringkasan fusul dan mulakhos bi shaklin mujaz. Alhamdulillah masih bertenang di sebalik debaran. 

Sesi viva dimulai dengan komentar dari Prof Dr. Adeeb. Rasa lega dengan taujihat dari doktor ini. Siap dengan sisi positif dan negatif utruhah. Kadang-kadang doktor minta saya baca beberapa ayat dan minta penjelasan ringkas atau cari kesilapan ejaan. Dari satu sofhah ke sofhah doktor belek. Alhamdulillah tidak terlalu banyak komentar berat.

Seterusnya Prof Dr.Toha pula. Giliran doktor ni kami terus dibawa ke sisi negatif utruhah. Pung pang pung pang macam kena tembak di sebalik senyuman doktor selang seli dengan komentar. Takpe saya terima dengan qalbun munfatah walau dalam hati rasa tidak setuju dan sedikit bengkak kihkoh. Ada beberapa nuqtah yang perlu dirombak membuatkan dada saya berombak-ombak berdebar bimbang kalau-kalau perlu melakukan ta'dilat jauhariyyah.

Gitu gini tiba pula giliran Dr. Ayasiroh. Tengok muka doktor sepatutnya saya rasa tenang tapi bila doktor buka mulut lain pula jadinya kih3. Dengan doktor Ayasiroh saya pernah belajar dengannya beberapa kali dan mendapat markah yang sangat baik dan komen yang memberangsangkan. Tapi kali ini dalam sesi viva doktor lebih banyak menyebut sesi negatif yang ada. Bertambah bengkak pula rasa hati huhu. Lebih-lebih lagi bila doktor persoalkan kenapa markah qabli dan ba'diy untuk ikhtibar tahaddus lebih kurang. Saya cuba menjawab tapi dipotong pula oleh doktor. Walaupun viva merupakan sesi defend tesis kita tapi kadang-kadang ada panel yang tidak mahu mendengar jawapan kita jadi angguk setuju sajelah kihkoh. Sempat saya kerling musyrif memberi isyarat supaya cool dan tidak memberi sebarang respon suara kihkoh. Dan beberapa soalan yang saya rasa bernas dari doktor  yang perlu saya sertakan jawapannya dalam utruhah nanti.

Pendek kata, ada beberapa point yang disebut panel untuk ditambah sebenarnya saya dah letakkan sebelum ni tapi musyrif minta saya buang. Alhamdulillah nasib baik saya tak buang lagi file-file untuk setiap fusul yang lama. Takut jadi case macam nilah perlu ambil semula hehe.

Dalam jam 1.30 siap viva saya diminta keluar dari bilik munaqosyah supaya para dakatiroh dapat berbincang natijah viva saya. Cuak dan berdebar rasa down sangat waktu ni. Rasa macam tak lulus sahaja. Buka pintu keluar eh nampak muka kak shila dan u.ghazali menunggu di luar. Rasa suka tapi  berdebar pula bila tak nampak kelibat suami. Memandangkan sesi viva kononnya bermula jam 12-3pm jadi saya dan suami assume akn habis dalam masa dua jam. Kononnya suami akan datang semula dengan anak dalam jam 1.45. Tup-tup,1.30 dah siap berhuhuhulah saya sekejap risau kalau suami tak sempat hadir mendengar natijah (padahal tak tentu lulus ke tak kihkoh). Saya call suami bagitau cepaaaat. Boleh pulak suami cakap takpe kalau tak sempat minta k.shila ambilkan gambar. Ish kita nak dia ada sekali bergambar kihkoh.

Seperti yang dijangka perbincangan doktor untuk natijah viva saya dalam masa kurang dari 10 minit saje. Dengan hati yang bengkak dan cuak suami belum sampai saya masuk semula dalam qoah bersama k.shila dan u.ghazali yang dah bersedia dengan henpon masing-masing untuk merakam video dan gambar kihkoh. Mujurlah ada diorg kalau tidak mesti saya lagi sedih. Cuak sangat masuk qoah semula tengok para dakatiroh muka masing-masing tiada senyum. Rasa mahu menangis dan terlintas dalam kepala gagalkah saya????

Musyrif membaca detail pada kertas di tangannya satu persatu. Sampai pada bahagian i'lan natijah dalam hati saya kuat berdoa ya Allah bantulah aku untuk lulus! Bla bla yang saya dengar najihah bi ta'dilat tofifah.....ya Allah alhamdulillah. Doktor pun tepuk tangan manakala Dr.Toha pun terus ucap mubarak! Rasa terkejut pandai betul para doktor berlakon. Kihkih. 

Mujur k.shila dan u.ghazali ada merakam sesi i'lan natijah. Terkilan suami belum sampai. Bila musyrif panggil bergambar haaaa baru suami sampai. Ya Allah leeeega sangat tengok muka lubna berlari masuk dan muka suami yang tercungap-cungap kihkih. Para doktor pun tanya min had min had confuse diorg. Hai binti wa hai zauji, mumkin nusuwwir ma'an kata saya. Yalla tafaddol! Tergelak Dr.Toha dan musyrif tengok lubna over ceria.

Alhamdulillah 'ala kulli hal..





سأكمل القصة مرة قادمة إن شاء الله.


Monday 2 January 2017

يوم المناقشة...

Tinggal lagi beberapa jam untuk viva...

Debaran tidak begitu terasa...

Rasa mahu habiskan segera...

Penat sudah menunggu sebulan lamanya...

Dari tahun lepas lagi kihkoh...

Semalam siap gosok lima pasang robe. Empat untuk dakatiroh dan satu untuk saya.

Ok, malas mahu menaip.

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...