Tuesday 17 January 2017

Dua minggu selepas viva berlalu...

Macam-macam nak dikongsi cerita tapi penat sangat. Sejak minggu lepas bertungkus lumus menyiapkan pembetulan dan mendapatkan tauqi' para doktor terlibat dalam viva baru ni. Penat! Sejak dari menerima panggilan 'amid dirosah ulya selasa lepas dan terserempak dengan rois qism masing-masing bertanya perkembangan ta'dilat dan memerlukan saya menyiapkan dalam masa seminggu selepas viva jika ingin takharruj fasol ini. Huhuhu.

Wa akhiran alhamdulillah cukup 2 minggu selepas viva sume urusan selesai kecuali utruhah yang perlu ditajlidkan minggu ini inshaAllah. Penat masih bertahkta. Kepala masih pusing dengan beberapa perkara. 

Tolab dengan suami minta buatkan kek keju lagi ya Allah sedap betul...



Maktab musyrif saya di jamiah..Di sinilah tempat saya menunggu musyrif..

Sambung cerita...

Untuk mendapatkan tauqi' 4 panel munaqosyah sedikit perit terutama bahagian doktor Ayasiroh. 

Hari Rabu lepas saya mula bergerak ke jamiah bagi mendapatkan dakatoroh berkenaan. Mula-mula sekali saya berjaya terserempak dengan Dr.Toha di maktabnya alhamdulillah mudah kerja. Minta doktor sign semua sekali dengan borang pengakuan siap edit utruhah seperti diminta lajnah. Tunjuk pada doktor utruhah yang telah diedit tapi doktor tak mahu tengok hihi.

Lepas tu barulah berjumpa dengan musyrif sendiri ambil sign dan tunjuk beberapa bahagian pembetulan tesis yang agak berat. Pening kepala kami sebab ada beberapa titik kebuntuan pada ijraat tahlil data. Sukar betul bila melibatkan ujian SPSS yang hasilnya tidak signifikan. Rasa $#$%#%&(#@...

Keesokan harinya pula selepas membuat temujanji dengan Dr. Adib sehari sebelumnya melalui perbualan telefon, saya bersama suami dan anak menuju ke jamiah Al Bayt di Mafraq untuk mengambil sign doktor pada dokumen-dokumen berkenaan. Janji dengan doktor jam 10  pagi ke atas. Bila sampai qism ulum tarbawiyyah rupanya doktor masih di rumah dan akan sampai dalam masa 15 minit. Takpelah yang penting doktor sudi datang ke jamiah saat seluruh jamiah sedang menduduki imtihan dan kebanyakan staf akademik tak masuk pejabat termasuk Dr. Adib kui2. Alhamdulillah selesai. Doktor pun dah tak mahu tengok nuskhah pembetulan tesis saya.

Yang terakhir ialah mendapatkan sign Dr. Ayasiroh pada hari ahad berikutnya. Ya Allah susah betul nak contact doktor. Rois qism try call pun tak diangkatnya. Jadi saya try call sampai tiga kali tetap tak diangkat. Frust. Kesian suami dan anak menunggu dalam kereta lebih 30 minit. Mujur menunggu dalam kereta kalau di luar dengan kesejukan mencengkam alahai kesiannya. Bila tak dapat call tu rasa geram sangat dan terus decide nak balik. Dalam kereta rasa kecewa dan penat sangat lagi-lagi dengan membawa perut yang membuyut turun naik mabna dan berjalan kaki ke luar jamiah memandangkan suami parking kereta di luar jamiah. Terdetik dalam hati nak mesej doktor. Apa pun saya nak juga sisgn doktor hari ini juga kalu boleh. Selang 10 minit belum sampai rumah tiba-tiba doktor call semula. Ya Allah gembiranya bukan kepalang. Alhamdulillah. Dalam 30 minit doktor akan sampai ke jamiah inshaAllah. Jadi kami membeli syawarma mengalas perut makan dalam kereta dan berpatah balik ke jamiah. Alhamdulillah selesai juga walau ada sedikit kontroversi pada tahlil ihsoat saya :(. Doktor sudi juga untuk sign walau dia kurang setuju dengan beberapa perkara pada cara analisis saya memandangkan musyrif dan saya dah bersepakat untuk kekalkan cara tahlil seperti sediakala atas alasan-alasan yang munasabah.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Esok mahu mengikuti rombongan menyampaikan bantuan dan sumbangan ke Mafraq. Rasa penat sangat sejak dari minggu lepas lagi. Kandungan pula dah nak masuk 33 minggu. Asyik mengeras saje baby dalam perut. gerak sana sinun sampai dah tak lena ummi tidur kui2.

Oklah sambung nanti. Salam.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah