Monday 23 January 2017

إجراءات للتخرج

Penat sangat rasa.

Selepas viva rasa tak cukup nafas ke sana ke mari.

Pagi tadi ambil tesis siap dijiid di maktabah yaqzoh, jubeihah. Sy buat sepuluh nusakh berjumlah 61 dinar (6jd tiap sebuah). 

Singgah makan di mat'am malbari buat kali kedua...8.50jd


Balik dari makan terus ke jamiah untuk hantar empat tesis siap jilid dan ambil tauqi'at berkenaan utk baroah zimmah. Penatnye ya Allah dengan perut boyot turun naik bangunan. Ini pun belum selesai lagi urusannya. Esok lusa perlu ke jamiah lagi.

Belah kiri qorar taslim utruhah dan belah kanan baroah zimmah yang belum selesai lagi. Tinggal tauqi' dr alaqot ammah dan maliyah. Yang dua ni kena buat bila nak balik for good sebab kena hantar kad iqomah dan berambus dari Jordan dalam masa sepuluh hari kihkoh...


Peritnya PhD ni bukan pada penulisannya tapi pada proses mendapatkannya serta selepasnya. Orang tengok macam mudah je tulis 100, 200, 300 pages tapi orang tak nampak jerih payah di sebalik setiap helaian halaman yang terhasil. Berselang airmata dan keluh kesah.

Tesis dalam bentuk CD untuk dihantar ke jamiah...mujur suami celik teknologi tolong burnkan sume. Saya ni semenjak dah kawin buta IT terus sebab tahu suami boleh buatkan kih3...


Inilah natijahnya selama lebih kurang 15 bulan menulis alhamdulillah!


Ni kalau orang Malaysia tengok ni mesti terkejut sebab nipis sangat kalau dibandingkan dengan tesis-tesis dari Malaysia. Kui3. Kalau di sini ketebalan tesis tidak diutamakan kerana ia tidak mengambarkan kualiti tesis. Yang paling penting adalah isinya dan keasliannya adalah dari tangan pelajar sendiri (walaupun sebenarnya ada lagi point saya yang rongak-rongak dalam tu hua2).

Macam yang Dr.Othman Talib pernah sebut kalau di kebanyakan universiti terkemuka dunia tebal tesis PhD setakat 100++ adalah perkara biasa tetapi sesuatu yang  pelik kalau di Malaysia. Amalan tidak menilai kualiti tesis berdasarkan ketebalannya turut dipraktikkan di kebanyakan jamiah di Jordan walau jamiah di sini xde satu pun dalam kategori 200 top universities in the world.

Dulu buat master di Malaysia pun saya mempunyai tanggapan yang sama, lagi tebal tesis lagi hebat. Tapi bila berada di sini melihat cara musyrif menilai setiap fasol tesis, saya mendapat satu tanggapan baru iaitu ma qalla wa dalla itu yang terbaik untuk tesis PhD di sini. Buktinya doktor suka sangat potong dan pangkah ayat perenggan yang saya tulis berjela-jela. Tak penting kata doktor kihkoh. 

Masuk komen dari lajnah munaqosyah pun kena buang jugak dirosat sabiqoh yang tak penting. "Sitti, kalau kamu rasa lima dirosat saje yang paling bertepatan dengan tesis kamu pun sudah memadai untuk diletakkan dalam tesis, tak perlu dirosat yang sipi-sipi berkaitan", kata Dr.Toha. Waaaah. Berbeza kan kalau di Malaysia selagi tak cukup 20 dirosat selagi tu tak lepaslah nk masuk viva hik2. Itu pengalaman waktu buat master dulu-dulu. Jumlah sampel pulak ada yang cadang dari 10 buah sekolah. Hua3. Akhirnya tesis master yang terhasil duduk dalam gobok juga. Hehe.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...