Saturday 28 February 2015

Nasi arab campak-campak

Nasi arab campak dalam pressure cooker...



Balik dari kelas tadi kami semua rasa lapar sangat. Pagi makan roti canai saje. Jadi bergegas ke dapur buat apa yg patut. Mujur suami dah siap rebus daging kambing dan ayam dalam pressure cooker smentara sy ke kelas ptg tadi. Jadi bila balik terus tumis bahan utk nasi shj. Alhamdulillah.

Hari ni rasa kemalasan utk study melanda. Kepala rasa berat. Nak balik malaysia pun ye. Isk2. Klulah balik msia tu 2-3 jam saje confirm dh lama kami ulang alik balik. Bila duk jauh ni macam2 perkara di sana yg kami terkenang-kenang. Rasa rindu nak makan ramai2 dgn ahli keluarga, rakan2. Rindu nak balik kampung di kelantan. Rindu nak gi bercuti. Lepas kawin xberkesempatan bercuti2 msia. Lepas bersalinkan lubna pun bertungkus-lumus utk ke jordan. Rindu nak "do nothing" di malaysia. Berbelas tahun bertungkus lumus mengejar ilmu dunia, kemudian bekerja dan sekarang kembali menuntut ilmu benar2 mengundang rasa penat. Dunia yg dikejar xkan pernah habis dan selesai.

Esok nak keluar antar laptop k.long, student phd di uni of jordan yg suami sy baiki. Lepass tu plan nk ke abdali beli buku kelas fasol ini then cari nasi arab di wasot balad inshaAllah. Suami ngidam nasi arab kt sana, boleh kata hari2 duk sebut. Kih3

Friday 27 February 2015

Jadual catatan bacaan harian

Catatan bacaan harian saya sebelum menghadapi imtihan kifayah ma'rifiyyah April ini:

FEBRUARI 2015




22
أساليب التددريس: التعبير الشفهي والكتابي
(كتاب: أساليب تدريس اللغة العربية)
التقويم اللغوي
(كتاب: أساليب تدريس اللغة العربية)


23
إعداد وتطبيق المناهج والتدريس
(الكتاب: فن التدريس، مستقبلك في مهنة التدريس)



24
إعداد وتطبيق المناهج والتدريس
(الكتاب: فن التدريس، مستقبلك في مهنة التدريس)



25
التدريس باستخدام الكمبيوتر
(الكتاب: فن التدريس، مستقبلك في مهنة التدريس)
تخطيط المناهج/الكتاب المدرسي
(استراتيجيات تنفيذ المنهاج)


26
دور الإدارات المركزية والوسطى والمدرسة في متابعة عملية تنفيذ المنهاج
((استراتيجيات تنفيذ المنهاج)



27
دور الإدارات المركزية والوسطى والمدرسة في متابعة عملية تنفيذ المنهاج
(استراتيجيات تنفيذ المنهاج)
تقويم تنفيذ المنهاج
(استراتيجيات تنفيذ المنهاج)


28




MAC 2015




1




2




3




4




5




6




7




APRIL 2015




















Bacaan secara rambang saja. Mana yg rs penting saya baca. Hahaha. 

Banyak hari2 yg berlalu dgn kotak yg kosong bermakna pembacaan sy masih sangat sedikit. Kalau dihitung2 hari yg tinggal kurang dari 60 hari imtihan kifayah akan berlangsung. Belum masuk lagi persediaan sy utk tiga mawad lain yg saya daftar untuk fasol ini.

Kelas saya fasol akhir ni pada hari rabu, khamis dan sabtu. Hari2 lain free alhamdulillah. Tapi macam biasa tiap kelas ada tugasan masing2. Presentation, masyru', bahas, munaqosyah, imtihan awal, imtihan nihaie, semua tu perkara wajib ada dalam setiap madah di sini sbgi mutatollabat an-najah fi al-masaq. Berharap tumuh fasol ini berjaya dgn cemerlangnya inshaAllah.

Makan malam ini...homemade roti canai...roti canai pisang dan biasa...




Tarik atas dulang shj dan bubuh hirisan pisang utk roti canai pisang...



Tinggal lagi 5 biji utk sarapan pagi esok.

Berita dari Jordan

Setelah beberapa hari tidak menulis rasa spt setahun ditinggalkan blog ini. Kui3. Kelas pun bermula minggu ini. Agak sibuk ke sana ke mari. Memohon dipinda mawied kelas dan sbgainya. Pengalaman demi pengalaman sy kutip di sini. Teringat selasa baru ni ofis Dr.Tahani ketua jbtn manahij wa tadris ketika memohon pindaan masa kelas beliau memarahi sy krn tidak alert dgn masa pindaan kelas tidak boleh sebelum jam tiga petang. Baru pertama kali bersua sudah dimarahin. Huwaa. Alhamdulillah mujur kelasnya semalam dia mesra, terlebih mesra pun iye. Arab mmg pelik. Moodnya berubah dan berbeza dari masa ke masa.

Esok kelas taqwimil manahij wa tadris pulak jam satu ptg. Dr.Ayasiroh juga baik orgnya. Satu2nya doktor yg sy perasan memulai kelas dgn ucapan yg mulia iaitu bismillah. Sejuk rasa hati bila melihat doktor yg mengamalkan islam dalam perbuatannya walau pun sekecil zarah. Satu perasaan lega dan manis. Qudwah hasanah utk para pelajar. Doktor menyebut bahasa Arab skrg semakin tidak diminati oleh penuturnya sendiri. Dalam dunia internet 95% bahan maklumat adlh dlm b.inggeris & hanya 5% dlm bahasa2 yg lain. Bayangkan bahasa Arab antara 5% bahasa yg ada sdgkn ia adalah bahasa agama dan umat Islam. Zaman sekarang org melihat mempelajari b.Inggeris bermakna kemajuan dan belajar b.Arab membawa kemunduran tambah doktor. Kali pertama mendengar pengakuan dari mulut orang Arab sendiri di sini.

Ok, makan tengahari hari ini. Sup ayam...


Malam tadi teringin makan bakar2 macam bbq. Ketung2 suami isteri di dapur maka terhasillah seni seperti di bawah...


Nasi impit tu masak macam biasa tapi lebihkan air, lenyek2 bila dah masak. Siap buh dalam bekasa kaca empat segi dan sejukkan dalam peti ais. Dua jam sudah cukuo utk dapat hasil nasi impit yg cantik dlm masa yg singkat. Ada sambal kelapa ikan juga suami buat utk dimakan dgn nasi impit. Oh sedap betul.


Lubna suka hati makan sate. Kesukaan lubna...


Ok tata.

Monday 23 February 2015

Kelas bermula

Kelas dgn dr.hamdan petang tadi berakhir dgn jayanya. Yg pasti sy nk drop madah ni sbb dh confirm madah istiqso' boleh diteruskan dgn 3 pelajar tambahan baru inshaAllah. Seronoknya alhamdulillah. Xperlu tahan nafas lg utk hadir kelas dr.hamdan. Hrpnya kelas tadi kelas terakhir sy dgn dr.hamdan. Huhu.

Ok, elaun sara hidup sy belum masuk lg. Dah 3 minggu lewat. Dh emel moe 4 kali satu pun xde yg reply. Entahlah xtau nk ckp apa dah. Nk marah pun xguna. Nmpk gy duit sewa umah dan belanja bulan tiga ni kn gn duit gaji lg. Bulan lepas pun mmg spenuhnya duit gaji. Brg belanja bulanan bnyk gn credit card. Dekat dua ribu lebih dah hutang credit card hsbc. Tunggu elaun masuk baru byr sume skligus. Xmau kacau duit gaji.

Smlm buat kek coklat...


Ok penat. Lubna asyik kacau. Nk kena antar sekolah nmpk gayanya.

الشواء عند الشتاء!

Buang tebiat smlm kami tiga keluarga buat bbq di rumah sy dlm kesejukan salji yg masih mencengkam tubuh. Dipendekkan citer akibat asap yg berkepul2 kuar dr ruang tamu kosong tmpt asal kami bt bbq maka ada jiran arab panggil bomba. Ha4. Baru 5 minit bakar arang kedengaran bunyi siren bomba yg amat kuat. Hi5. Amni keluar kejap menenangkan jiran2 di syaqqoh sblh yg keluar meninjau2 di beranda umah masing2. Kelakar plus cuak sungguh. Cakna sungguh jiran arab sini ye. Cakna xbertempat kot. xpelah skurangnya kami tahu betapa risaunya mereka dgn kami. Kihkoh.

Akhirnya kami bwk kluar dapur bbq bakar di pintu luar...








Nasi minyak pagi smlm teringin punya pasal sbb xdpt kluar hadir ke jamuan naik umah yana di sweileh akibat salji tebal...jadi ketung-ketang di dapur bt nasi minyak tganu style...


Ok, nk msk tghari. وداعا

Friday 20 February 2015

Sejuk yang amat

Malam ni hujan beserta guruh lagi. Tgh malam pasti salji turun lagi di tobarbour. Sejuknya xboleh dibayangkan klu kita di Malaysia. Sejuk xsenang duduk.

Gambar pagi tadi...



Anak jiran tumpang buat snowman sekaki...


Hari bayam sedunia. Bayam goreng ikan masin, bayam msk lemak menu utk hari ni. Masak cepat2 xtahan duk dapur lama2 xde sobah sejuk ke main lagi...mcm biasa makan dalam bilik tidur...


Adik sy telah selamat bertunang hari ini...alhamdulillah...

  

Ai gambar senget je yg ade. Adik sy pakai tudung merah selamat bertunang dgn jejaka pujaan. Kihkoh.





Thursday 19 February 2015

نزلت الثلوج مجددا!

Salji turun lagi hari ini. Tp di tobarbour tak selebat di tempat lain. Ramalnya malam ini ribut salji turun di beberapa manatiq mukhtalifah sehingga setinggi 5 meter. Kheir hrpnya inshaAllah. Yang pasti dgn suhu -2c sejuknya yang amat hingga ke tulang. Tak senang duduk, berdiri xkena, baring pun xkena. Sobah pun xcukup memanaskan bila dah suhu sejuk sebegini. Dalam kepala duk bayang camne lah org rusia boleh bertahan dgn suhu bawah -30c??

Adik pompuan sy nak bertunang dah esok. Sedihnya xdapat hadir. Isk3. Cakap pd suami nak abiskan cepat kelas dan tesis. Suami tanya kenapa? Sy jawab sbb banyak perkara di msia yg kita terlepas. Hahaha..gelak suami dan sy pun tergelak sekali. 

Ya memang betul. Banyak perkara kami terlepas sejak duduk di Jordan lebih kurang setahun empat bulan ni. Rasa sedih jugak. Mak cik kesayangan belah suami meninggal kami xde di sisi. Atok sy meninggal tanpa sempat sy bercakap dgn atok bertentang mata spt dulu. Atok meninggalkan kami tanpa sepatah bicara krn sudah nazak ketika sy sampai di msia tahun lepas. Ust kesayangan suami ust ABC pun meninggal saat kami berjuang hidup di sini begitu juga dgn kembalinya Tok guru Nik Aziz ke pangkuan Ilahi belum sempat menziarahi kuburnya. 

Banyak masa berharga bersama orang2 tersayang terlepas begitu shj. Sudah masanya mungkin sy x boleh terlalu pentingkan diri. Kalau sebelum ini sy berniat utk bersantai2 menyiapkan tesis tp skrg xboleh lagi. Mak abah makin tua. Selalu bimbang sekiranya tidak punya masa yg bnyk bersama mereka sekiranya sy lewat pulang ke msia. Sedih. Adik2 juga perlukan saya sekiranya sampai jodoh masing2 xkan sy masih nak bersantai2 di sini?? Sy akan kehilangan peluang paling berharga meraikan hari bahagia adik2. Walau hakikatnya sy mungkin tidak berpeluang hadir majlis kahwin satu2nya adik perempuan sy tahun ni. Sedih. Hanya mampu mendoakan dr jauh semuanya baik2 shj. 

Jadi kn study bersungguh2! Abiskan imtihan kafaah bulan empat ini juga. InshaAllah berjaya!

Bayam segar makan dgn AFC! (Arab fried chicken)

Lagi beberapa hari kelas akan bermula. Ikut perancangan cuti dua minggu ni harus baca apa yg patut terutamanya utk imtihan kafaah kalau betul nak ambil bulan april ni. Berdebar pulak. Xlama lagi akan mula masyghulah semula. Fighting!

Malam tadi tengok air di bhgian shower xkuat. Berdebar-debar takut air dh mula kehabisan. Tapi yg pelik air di paip sinki dan dapur masih kuat. Jd pagi tadi keluar beli air masak dan ayam goreng utk elakkan dr memasak. Takut xcukup air utk bersihkan diri susah jg. Klu masuk pun air mgkn tgh malam ni. Keluar tadi sempat singgah beli sayur bayam & brokoli. Ya Allah susah betul nk jumpa bayam segar sini. Seronok sgt.

Balik umah tgk paip dapur masih kuat airnya. Jd plan masak bayam masak air. Makan tghari kami hari ini...


Arab fried chicken nama kedainya. JD 9 (RM 45) utk 8 ketul ayam, kentang goreng, air pepsi, roti 4 ketul, coleslaw, krim bwg putih. Sedap sgt! Mkn dgn nasi putih, sayur bayam & belacan!

Asalnya nak beli ayam di KFC tapi jam 11.15 kedai dh buka tp belum siap! Itupun kn tunggu lg 30 minit baru amik order. Teruk betul arab niaga. Lewat tghari baru buka. Kononnya kami kt nk tunggu dan dh siap bgtau nk 7 ketul ayam saje. Tp belum bayar lglah. Tup2 bila dh nunggu dlm keta rs lama pulak nk nunggu lg 30 minit utk order, belum nunggu utk ayam siap goreng kn nunggu lg. Kat sini fast food mcm kfc kn nunggu dimasak bukan dpt time order mcm di msia. Jd pas order kn tunggulah lg 15 minit biasanya baru dpt menu yg diorder. Klu tgh lapar mmg sakit hati jglah menunggu kadang2 lebih dr 15 minit. Harap pekerja Kfc tadi xdelah menunggu kami dtg utk mengorder sbb kami dh selamat pun makan ayam goreng arab di kedai lain Kui3.

Ni bayam yg kami beli tadi. Kt jordan ni bayam dijual seikat hampir 2kg! Xboleh beli sikit-sikit. Dah siap diikat kena amik sume sekaligus, tengok dlm gambar di bawah...


Itupun dh suku bayam dimasak dan masih ada banyak lagi. Kdg2 jadi buruk je belum sempat habis masak sbb xlarat nak makan bayam sampai tiga hari berturut2. Ni dh banyak macam ni nmpk gaya kn bagi orang sikit kot drpd buruk dan rosak. Petang lg masak bayam lagi ye, pagi esok pun. Petang esok pegi umah yana ada jamuan makan rs nak bawak jg bayam siap masak. Xpernah dibuat orang. Kihkoh.

Wednesday 18 February 2015

Nasi beriani xbergam

Pagi tadi masuk gambar je, dah malam ni baru nak menulis. Hari ni sempena cuti ma bainal fasloin yg berbaki beberapa hari saje lagi sy buatkan nasi beriani utk suami dan anak tersayang. Setiap malam sy akan tanya suami esok nak makan apa sbb sy nak siap letak ikan ayam daging yg beku ke bahagian bawah peti ais. Mudah esoknya nak masak dah xberapa beku.

Kadang2 suami bagi idea nak masak apa dan kadang2 suami kata ikut sayalah nak makan apa. Suami memang xcerewet berbanding dgn saya lauk-pauk mesti ikut mood hari tu dan lagi bnyk lauk lagi sy suka. 

Ok, nasi beriani kami. Xde rempah beriani sy ganti dgn rempah kurma adabi...


Sambal ayam madu...


Kuah dalca rempah perempuan masak yg sgt popular di Kelantan...


Menu kami tenghari ini...


Tadi kami buat kek pisang. Nanti letak gambar bila dh masak. Skrg tgh duk membakar dalam oven. Beberapa hari ni mood nak membakar kek sj rasa.










Tuesday 17 February 2015

Sambal udang, pulut ayam goreng, kek coklat kukus

Macam biasalah aktiviti memasak tiap2 hari. Sy teringin makan sambal udang dan nasi, suami pulak mengidam pulut dan ayam goreng. Jd mkn tghari ni ada dua menu utama...


Udang segar dr aqabah yg besar lg manis. Sekilo JD 16 (RM 80). Buat sayur kobis bunga. Xlengkap hidangan nasi tanpa sayur...



Siap makan tghari terasa nak try buat kek coklat lembap resepi dr yana, ya Allah sedap betul dan sgt lembap. Aritu makan di rumah dia di sweileh rs sedap sgt tu yg smlm minta resepi kek kukus ini...


Sy buat adunan tepung, suami tolong buat topping coklat. Ya Allah sedap betul...makan dgn sudu terus xpayah potong2...


Buat dua biji kecil. Sebijik nk bg pd abu muhammad tuan umah sewa kami inshaAllah.

Resepi kek coklat lempap kukus ...suka sgt resepi ni!


Sy suka sangat baca blog kehidupan orang. Baca tentang kisah suka dan duka. Rasa macam baca buku cerita pada alam waqie. Lagi suka kalau baca blog2 yg ada masak-memasak juga. Rasa seronok baca ragam manusia yg berbeza menghadapi kehidupan harian dgn jayanya di sebalik jerih payah yg dilalui. Mana ada manusia yg kehidupannya sempurna. Kalau ada hanya pura-pura di sebalik skrin komputer. Tulis yg baik2 dan bagus saje kerana takut dianggap lemah dan bodoh. Sedangkan Allah dah kata mmg manusia itu diciptakan lemah dan pelupa. Hebat macam mana pun seseorang, sisi yg buruk pasti ada pada manusia sbb dia bukan malaikat apatah lagi bukan Tuhan.

Mengaku tentang kelemahan adalah perbuatan paling sukar dilakukan kebanyakan manusia. Siapa mahu mengaku bodoh walau pun dia memang bodoh. Siapa mahu mengaku hodoh walau sebenarnya dia buruk. Tapi sekali sekala kena juga mengaku supaya tiada ego, merasa kita yg paling terbaik. Tidak ujub pada diri. Sentiasa tahu ada orang lain lebih baik dan bertuah dari kita. Dari situ timbul rasa rendah diri dan sedar kita tidak punya apa2. Sume yg ada adalah pinjaman dari Allah shj. Kalau Dia mahu tarik pada bila-bila masa shj. Alhamdulillah ala kulli hal.

Sunday 15 February 2015

Gentar...

Dalam hati rasa gentar kelas minggu depan bermula dgn kelas Dr.Hamdan. Kecut perut setiap kali masuk kelas doktor ini. Sy nak cuba masuk dulu kelasnya, sekiranya kelas dgn Dr.Ayasiroh dapat dikekalkan walau pun hanya seorang pelajar mendaftar iaitu sy shj maka sy akan drop madah dgn Dr.Hamdan. 

Siapa yg xtakut dgn Dr.Hamdan, sebutlah namanya di klgn pelajar phd tarbiyyah sume kenal dgn ilmunya dan juga kegarangannya. Beliau mmg sangat bagus dlm bidangnya tapi sayang berada dlm kelasnya terasa spt nafas tersekat2 di hujung tanduk. Tidak murtah. Kecut perut. Bersedia klu2 disoal. Xboleh lalai sesaat. Setiap detik menunggu masa dimarahi xkiralah pelajar tua atau muda. Kalau kn herdik tu ya Allah sakitnya hanya Allah yg tahu. Klu xdpt menjawab soalan2 sedialah menadah telinga dihiris2 di bawah pedang yg tajam.

Adakah sy masih boleh menghadapinya?? Teringat kenangan dimarahi ketika semester pertama dulu2. Tersiat2 perasaan. Tapi luka yg ada mjadi sedikit sembuh apabila berjaya lulus dgn 82 markah. Alhamdulillah. Kawan2 arab ckp bukan mudah nak lulus dgn Dr.Hamdan apatah lg utk mendapat markah atas 80. Kamu mmg bertuah.

Mungkin itu kebaikannya bila tok guru garang. Pelajar jd bersungguh2. Tapi sy kurang gemar begitu. Klu tok guru xgarang pun pelajar masih boleh berjaya. Yg penting kn betul dgn cara. Melihat kepelbagaian sikap dan syahsiah doktor2 di sini sedikit sebanyak memberi gambaran pd sy bagaimana menjadi pendidik yg baik pada masa akan datang. Tiga tahun mengajar di UNiSZA belum cukup utk memahami dunia pendidikan. Alhamdulillah atas khibroh ini walau pun pd awalnya adalah pahit. Sekarang sudah mula mengutip manisnya inshaAllah.

Smlm beli carpet kecil di ikea utk kegunaan dlm bilik tidur. Suka sgt sbb sedap dan cantik...


Cantik kan. Kami suka sgt brg ikea. Suami siap cium2 bau dia waktu duk belek2 tagging carpet atas lantai sambil ckp abg suka bau ikea. Amboi!

Dlm kepala berangan2 balik msia nnt nk hias rumah dgn barangan dr ikea. Simple, kemas, moden dan cantik. Suami pun suka.

-------

Petang tadi kami teringin sgt makan syuqof lahm.  Lebih kurang mcm daging bakar mcm di msia. Jadi keluarlah kami mencari daging kambing utk dibakar. Balik rumah cari resepinya. Hasilnya...



Makan dgn kacang panggang dan roti...


Subhanallah sedapnya. Best sungguh puji mskn sndiri.

Beli khoruf baladi JD 6 (RM 30) utk stgh kilo. Bahan2 perap sy tgk di slh satu website arab: minyak zaitun, cuka, serbuk lada hitam, kicap, garam, gula perang, serbuk bwg putih, serbuk jintan putih. Harum mewangi bau rempah2.

Hantar sahabat pulang ke Malaysia

Hari ni seorang lagi pelajar PhD pulang meninggalkan Jordan setelah tamat pengajian dgn jayanya. Ustaz Rozaimi dan isteri serta anak2 berangkat pulang hari ini.

Di mator queen alia jordan...



Selesai urusan di sana kami singgah makan di matam turki berdekatan...




Boleh tahan sedap. Perut pulak mmg dah lapar. Alhamdulillah.

Balik dr makan singgah pulak di ikea dgn yana dan idan sekali.

Ok, mau istirohah.

Saturday 14 February 2015

Jemput makan nasi lemak

Hari ni kami jemput yana dan suaminya idan datang makan tengahari di rumah. Buat nasi lemak, sambal ikan aye, sambal sotong, begedil, kuih apam balik suami buat...






Sonoklah pulak wat makan2 ni. Sambil makan sambil berkenal-kenalan dgn lebih dekat. 

Yana kerja di sumai hotel di terengganu. Idan pula amik master di msia tp tgh hold sekejap. Diorg dtg sini semata-mata nak belajar b.arab di sini. Amik kursus b.arab di kuliyyah mujtama' selama setahun inshaAllah. Semangat betul diorg dtg Jordan demi nak belajar b.arab dgn belanja sendiri semuanya. Semoga berjaya mencapai impian.

Baliknya kami offer nak hantar. Lagipun boleh jalan2 tengok rumah diorg yg baru pindah di sweileh. Mentang2 cuti sem asyik juga berjalan. 

Di rumah yana dan idan, syaqqah mafrusyah..comel juga...


Tak sabar nak dtg lagi kot2 tuan umah nak bt majlis naik umah, kui3.

Oklah, hari ni sy uzur setelah lewat 3 hari dari tarikh bulan lepas. Ingatkan dah lekat rupanya belum ada rezeki. Ai kecewa juga setelah bersiap sedia mental dan fizikal menunggu rezeki anak kedua. Lagipun target sy bulan enam ni kelas sume akan habis. Memang cantik betul klu dpt bersalin mana2 bulan selepas bulan 7 iaitu selepas raya. Pasti ada hikmahnya kata suami. Dalam hati masih rasa terkilan sbb belum pernah uzur sy lewat dr tarikh sebelum ini. Kebiasaannya akan lebih awal dan kekal tarikh itu utk beberapa bulan. Itu yg jadi yakin benih kedua sudah mula bertapak tapi rupa2nya tidak.

Tahun 2016 sy dah plan utk bertungkus lumus dgn respondan kajian tesis. Kalau boleh tidak mahu bersalin pada tahun itu. Tapi kalau itu yg terbaik terima dgn penuh redha dan syukur. Pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kami tidak nampak. Alhamdulillah dgn kurniaan Lubna Ulya buat kami. Sekurangnya hari2 kami penuh ceria walaupun ada masa geram dgn kenakalan dia. Kihkoh. Sabar ye lubna, ada rezeki lubna akan dapat adik jg nnt, inshaAllah. 

Kalau sebelum ni sy fobia nak fikir dan bercakap psl nak anak dan bersalin. Terbayang2 sakitnya kontraksi yg xtertanggung jasad. Terbayang susahnya ke kelas dgn keadaan pantang dan anak kecil. Jauh dr keluarga beribu2 batu. Sekarang semangat sy telah pulih semula alhamdulillah. Malah bersedia dgn kehadiran zuriat yg seterusnya. Tambah lagi kelas akan tamat tidak lama lagi inshaAllah:).

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...