Thursday 5 February 2015

الحمدلله تخلصت من الامتحانات

Segala puji bagi Allah atas segala kekuatan yg diberi untuk menghabiskan semester ini. Imtihan تعليم ذوي الاحتياجات الخاصة melabuhkan tirainya petang tadi sekaligus menjadi penutup semester pengajian saya utk sementara waktu.

Alhamdulillah ya Allah.

Alamat imtihan sebenarnya dah keluar utk dua madah semalam. Hehe. Itu pun tahu selepas menerima mesej whatsapp dari rakan sekelas khaulah...

"طلعت علامات لصعوبات"

"شفتيها?'

Berderau darah baca mesej khaulah semalam. Eh cepatnye natijah imtihan keluar, getus hati saya. Kebetulan saya, suami dan anak baru saje nak menjamu selera makan malam bersama. Xboleh jadi kena tengok juga portal universiti walupun takut menerima kenyataan sekiranya pahit.

Klik pada بوابة الطالب. Tadaaa terus terpapar jadual alamat subjek yg sudah diduduki iaitu طرائق التعليم والتعلم dan صعوبات التعلم. Berdebar-debar! Biji mata melilau cari subjek صعوبات التعلم dulu sbb subjek tu antara yg saya khuatir gagal (bawah 70). 

Eh, eh macam xpercaya je tengok alamat yg terpapar. Alhamdulillah! Sy lulus! Tengok madah طرائق pulak, hmm lebih rendah dr jangkaan saya. Perasaan bercampur baur antara suka dan duka. 

Berapa saya dapat? Tunggu alamat subjek تعليم ذوي الاحتياجات الخاصة keluar pula esok lusa baru iklan natijah kat blog. Selagi xdapat natijah utk imtihan petang tadi selagi tu belum boleh menaraik nafas lega. Subjek yg ini pun antara yg saya risau. Doktor plk mcm xberapa suka ke saya. Kadang2 kena sindir dlm kelas gara2 pd awal kelas dulu sy mengutarakan pendapat tidak bersetuju dgn pendapat bahawa الدمج/ inclusion (meletakkan kanak-kanak khas belajar bersama kanak-kanak biasa di dalam satu kelas) dalam pendidikan am itu bagus. Pelik betul, xcakap salah cakap pun salah kat sini.

"سيتي كأنها تعرف كل شيء..."

" سيتي أنت خبيرة في المجال أكيد تعرفين الجواب وكل شيء فيما يتعلق بالتربية الخاصة في ماليزيا مش هيك يا سيتي..."

"لا تثق ...كما قالت سيتي" Ayat doktor yg ni benar2 menaikkan darah saya. Tapi hanya mampu tersenyum. Sy kan sopan. Samer sempat pusing ke belakang tengok saya sambil tersenyum kasihan agaknya. Ahmad yg duduk selang dua kerusi dari saya pun berpaling tengok saya. 

Nampak macam ok je kata2 doktor tu tapi berada dalam situasi yg sebenar adalah sebaliknya. 

Walau apa pun sangat berharap doktor memberi markah yg sewajarnya. Tidak bersikap bias dlm memberi markah. Walaupun sy tahu xlayak mendapat A utk subjek tersebut tp jauh dr sudut hati mengharapkan markah yg baik, inshaAllah.

Tengok rakan2 PhD di UK bergelumang dgn tesis dan kajian masing. Saya di sini masih bergelumang dgn imtihan spt ijazah dan master dulu2. Sedang yg paling utama adalah tesis. Ya Allah mudahkanlah penulisan tesisku dan sahabat2ku.

---------

Bercerita ttg ketakutan akan kegagalan dalam imtihan teringat kisah beberapa bulan sebelum sy melanjutkan pelajaran di Jordan tahun 2013 yg lepas. Saya mengajar kelas pelajar kontemporari islam B.Arab agama tapi xberapa ingat takhassus pelajar. Ada dua orang pelajar Thailand perempuan dlm kelas saya. 

Macam biasa sepanjang 7 minggu awal semester ajar apa yg patut berdasarkan muqorrar. Sy teringat salah seorang pelajar thailand ini bertemu dgn sy secara sendirian ketika di akhir kelas. Bercakap dgn sy dgn suara yg agak perlahan.

"Ustazah, sy lemah b.arab harap ustazah boleh bantu deh...". Lebih kurang macam tu ayatnya dgn loghat siam yg agak pekat lebih kurang loghat kelantan bunyinya.

Tergamam saya. 

"Kalau enti ada apa2 masalah belajar atau rasa perlu kelas khas utk enti shj datanglah bilik ustzh. Ustzh sedia bantu...". Jawab saya dgn penuh yakin padahal dlm hati eh rajin ke nak buat kelas khas salwa??

Tunggu punya tunggu pelajar tu xpernah datang utk menimba ilmu scara persendirian dgn saya. Malu barangkali teka saya.

Sampailah selesai imtihan nisf fasal, pelajar tadi mendapat markah yg paling rendah malah jauh lebih rendah dari markah lulus. Mula risaukan pelajar ini. Bila ada rakan sekelasnya datang ke bilik sy terus sy tanyakan tentang dia dan prestasinya dlm pelajaran yg lain. Kata rakannya dia memang lemah dalam semua bahasa. Bahasa Inggeris pun mendapat markah yg agak teruk. 

Hmm nampaknya dia memang mengalami masalah pembelajaran bahasa bukan sebab malas tapi memang Allah ciptakan manusia dalam kepelbagaian sifat dan ragam spt ada orang yg sukar rmempelajari bahasa apatah lagi bahasa asing.

Saya panggil pelajar ini ke bilik dan bercakap secara face-to-face. Tapi xbanyak membantu nampaknya. Dia sangat pemalu dan kelihatan takut-takut. Tapi masih menunjukkan sifat hormat dan merendah diri. Pada akhir pertemuan pelajar ini menyebut lagi harap ustazah dpt bantu saya, saya takut gagal.

Dalam hati saya berkata-kata sendiri macam mana nak bantu sedangkan sy mmg rasa dia akan gagal pada juga imtihan akhir. Saya hanya jawab inshaAllah tapi enti kena juga berusaha lebih sbb ustzh akan bantu kalau markah enti dekat dgn markah lulus. Kalau terlalu jauh ustzh pun xdpt nak bantu. Jawab sy terus-terang.

Seperti yg dijangkakan pelajar ini mendapat markah yg paling rendah utk imtihan nihaie. Aduh macam mana ni pening kepala saya memikirkan cara utk membantu. Selepas ditambah sana sinun mana yg patut markah yg diperolehi adalah 37/100 shj. Lagi tiga markah utk lulus! Mana mungkin menambah sesuka hati. Paling banyak pun satu markah sahaja kebiasaannya sy tambah utk megubah gred pelajar kepada yg lebih elok.

Ijtihad demi ijtihad. Bertanya rakan sejabatan, ada yg memberi jawapan membantu ada juga memberi jawapan yg menambah buntu. Akhirnya saya tekad utk meluluskan pelajar ini. Melihat kepada kesan sekiranya dia gagal adalah lebih buruk. Maka sy berhujjah atas alasan dia berkelakuan baik di dalam kelas dia patut lulus di sebalik kelemahannya. Pelajar yg sedia lemah sekiranya mendapati dirinya gagal akan membunuh potensi dirinya. Saya tak kiralah kalau ada orang di luar sana mempersoalkan natijahnya. Yang pasti saya tidak mahu membunuh semangat pelajar yg bersusah payah menghadirkan diri ke kelas, memohon dibantu agar lulus, bersedia menghormati guru-gurunya walaupun prestasinya sgt buruk dan menjengkelkan. 

Sy melihat dia sebagai lain dari biasa. Tingkah lakunya tidak seperti pelajar lain. Seperti ada satu kekurangan pada tingkah lakunya. Mungkin mengalami learning disabilities juga, yg dia sendiri mungkin tidak tahu.

Yang pasti saya mahu pelajar ini tahu faktor lulusnya bukan atas usaha dia sendiri semata2 tapi atas tolak ansur gurunya. Dan saya yakin dia pun tahu. Tolak ansur ini bukan bererti menipu kejayaan yg tertulis pd slip keputusan peperiksaannya tapi sebagai momentum utk dia lebih berusaha. Itu yg saya harapkan ketika memberi markah lulus pada dia.

Sebulan selepas sy dan keluarga terbang ke Jordan, sy menerima mesej daripada pelajar ini yg lebih kurang berbunyi begini.."Salam ustazah, ada di mana? saya nak bagi sesuatu...". Tersenyum sendirian membaca mesejnya dan beberapa pelajar yg lain bertanyakan di mana sy berada dh lama xnmpk di ofis. Sy membalas ustzh skrg dh smbung belajar di Jordan, doakan ustzh ye...". Dalam hati sgt berkehendakkan doa mereka dan sesiapa yg sudi mendoakan kejayaan saya di sini.

Bila kini saya menjadi pelajar semula, sy mendalami perasaan benar-benar ingin lulus pada subjek yg saya rasa tiada harapan padanya. Satu perasaan lemah mengharapkan simpati para dakatir tapi xmampu sy luahkan dengan kata-kata. Saya tidak pandai membodek dan tidak suka dibodek. Hanya mampu tersenyum pada doktor sambil mengucapkan terima kasih tatkala menyerahkan kertas jawapan setiap imtihan dan dalam hati mengharapkan doktor mempertimbangkan kertas saya dgn sebaiknya.

"يعطيك العافية" Ujar saya pada doktor Farouq seraya melangkah keluar ke pintu kelas. Dalam hati mengharapkan kejayaan yg sgt baik pada subjek ini walau pun hakikatnya seperti mengharapkan salji yg turun di gurun yg gersang.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...