Tuesday 17 February 2015

Sambal udang, pulut ayam goreng, kek coklat kukus

Macam biasalah aktiviti memasak tiap2 hari. Sy teringin makan sambal udang dan nasi, suami pulak mengidam pulut dan ayam goreng. Jd mkn tghari ni ada dua menu utama...


Udang segar dr aqabah yg besar lg manis. Sekilo JD 16 (RM 80). Buat sayur kobis bunga. Xlengkap hidangan nasi tanpa sayur...



Siap makan tghari terasa nak try buat kek coklat lembap resepi dr yana, ya Allah sedap betul dan sgt lembap. Aritu makan di rumah dia di sweileh rs sedap sgt tu yg smlm minta resepi kek kukus ini...


Sy buat adunan tepung, suami tolong buat topping coklat. Ya Allah sedap betul...makan dgn sudu terus xpayah potong2...


Buat dua biji kecil. Sebijik nk bg pd abu muhammad tuan umah sewa kami inshaAllah.

Resepi kek coklat lempap kukus ...suka sgt resepi ni!


Sy suka sangat baca blog kehidupan orang. Baca tentang kisah suka dan duka. Rasa macam baca buku cerita pada alam waqie. Lagi suka kalau baca blog2 yg ada masak-memasak juga. Rasa seronok baca ragam manusia yg berbeza menghadapi kehidupan harian dgn jayanya di sebalik jerih payah yg dilalui. Mana ada manusia yg kehidupannya sempurna. Kalau ada hanya pura-pura di sebalik skrin komputer. Tulis yg baik2 dan bagus saje kerana takut dianggap lemah dan bodoh. Sedangkan Allah dah kata mmg manusia itu diciptakan lemah dan pelupa. Hebat macam mana pun seseorang, sisi yg buruk pasti ada pada manusia sbb dia bukan malaikat apatah lagi bukan Tuhan.

Mengaku tentang kelemahan adalah perbuatan paling sukar dilakukan kebanyakan manusia. Siapa mahu mengaku bodoh walau pun dia memang bodoh. Siapa mahu mengaku hodoh walau sebenarnya dia buruk. Tapi sekali sekala kena juga mengaku supaya tiada ego, merasa kita yg paling terbaik. Tidak ujub pada diri. Sentiasa tahu ada orang lain lebih baik dan bertuah dari kita. Dari situ timbul rasa rendah diri dan sedar kita tidak punya apa2. Sume yg ada adalah pinjaman dari Allah shj. Kalau Dia mahu tarik pada bila-bila masa shj. Alhamdulillah ala kulli hal.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah