Monday 2 February 2015

ESH belum masuk

Hari ni masih belum menerima emel EFT dr KPM (JPT) mengenai kemasukan ESH bagi bulan Februari - April 2015. Tanpa membuang masa terus emel pegawai bernama Cik Fazlin bertanyakan ttg ESH yg belum kunjung tiba. Pernah berurusan dgn Cik Fazlin tahun lepas gara-gara kelewatan saya menerima ESH selama tiga bulan! Nampak  gayanya bulan dua nanti perlu dahulukan duit gaji bulanan utk bayaran sewa rumah dan lain-lain. 

Dalam duk belek-belek emel, terjumpa satu emel dari moe juga tentang keperluan pendaftaran semua staf akademik pengajian tinggi di portal 1Nation Prospects. Try masuk letak no ic. Daftar kata kunci dll. Tup2 terpampang maklumat seperti di bawah...



Kui3, bila pulak sy pegi  seminar: International Conference On Computational Intelligence And Vehicular System?? seminar WSEAS International Conference On Applications Of Computer Engineering pun xpernah pergi. kih3. Confirmlah salah maklumat. 

Malas pulak nak membaiki segala maklumat. Memang bukan dilahirkan bekerja sbgi setiausaha. Malah rasanya saya yg perlukan setiausaha!

Baru ni di Aqobah kami beli oven baru. JD 30 harganya (32 L). Try masak seeokor ayam panggang semalam. Seronoknyee...


Letak sblh microwave...


Dah macam dapur restoran pulak. Kihkoh, impian sy balik msia nnt nak renovate dapur bagi luas sikit & letak sgla mcm perkakas masak yg disukai. Hari-hari boleh masak klu ade dapur yg lengkap dan best. InshaAllah.

Hasil dajaj mashwiyy smlm...


Makan nasi berlauk hari ni. Guna kan aye putih beli di aqobah baru ni...


Ok, mula membaca semula. Bukroh imtihan!

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah