Friday 13 February 2015

Kembalinya Tuan Guru Nik Aziz ke pangkuan Ilahi...

Semalam menerima perkhabaran melalui whatsapp dan facebook bahawa TGNA telah menghembuskan nafasnya yg terakhir di rumah beliau di Pulau Melaka.

Rasa sayu tapi belum lagi menangis. Bila melangkah masuk ke bilik air bersama lubna tengok cermin tiba2 rasa sebak, terus menangis teresak-esak. Rasa kehilangan. Merembes-rembes air mata keluar. Lubna tengok terus kata nangis, nangis sambil menunjuk-nunjuk jarinya yg halus ke arah wajah saya. Ya ummi nangis, jawab saya. 

Dalam hati tidak putus berdoa semoga Allah mengampunkan segala dosanya, meletakkannya di kalangan hambanya yg solihin. Beliau bukan insan biasa tapi insan hebat terpilih dr kalangan hambaNya menyebarkan islam di atas muka bumi Allah. Semoga lahir lagi pejuang Islam yg lain seperti nya...

Dalam kenangan...




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...