Thursday, 19 February 2015

Bayam segar makan dgn AFC! (Arab fried chicken)

Lagi beberapa hari kelas akan bermula. Ikut perancangan cuti dua minggu ni harus baca apa yg patut terutamanya utk imtihan kafaah kalau betul nak ambil bulan april ni. Berdebar pulak. Xlama lagi akan mula masyghulah semula. Fighting!

Malam tadi tengok air di bhgian shower xkuat. Berdebar-debar takut air dh mula kehabisan. Tapi yg pelik air di paip sinki dan dapur masih kuat. Jd pagi tadi keluar beli air masak dan ayam goreng utk elakkan dr memasak. Takut xcukup air utk bersihkan diri susah jg. Klu masuk pun air mgkn tgh malam ni. Keluar tadi sempat singgah beli sayur bayam & brokoli. Ya Allah susah betul nk jumpa bayam segar sini. Seronok sgt.

Balik umah tgk paip dapur masih kuat airnya. Jd plan masak bayam masak air. Makan tghari kami hari ini...


Arab fried chicken nama kedainya. JD 9 (RM 45) utk 8 ketul ayam, kentang goreng, air pepsi, roti 4 ketul, coleslaw, krim bwg putih. Sedap sgt! Mkn dgn nasi putih, sayur bayam & belacan!

Asalnya nak beli ayam di KFC tapi jam 11.15 kedai dh buka tp belum siap! Itupun kn tunggu lg 30 minit baru amik order. Teruk betul arab niaga. Lewat tghari baru buka. Kononnya kami kt nk tunggu dan dh siap bgtau nk 7 ketul ayam saje. Tp belum bayar lglah. Tup2 bila dh nunggu dlm keta rs lama pulak nk nunggu lg 30 minit utk order, belum nunggu utk ayam siap goreng kn nunggu lg. Kat sini fast food mcm kfc kn nunggu dimasak bukan dpt time order mcm di msia. Jd pas order kn tunggulah lg 15 minit biasanya baru dpt menu yg diorder. Klu tgh lapar mmg sakit hati jglah menunggu kadang2 lebih dr 15 minit. Harap pekerja Kfc tadi xdelah menunggu kami dtg utk mengorder sbb kami dh selamat pun makan ayam goreng arab di kedai lain Kui3.

Ni bayam yg kami beli tadi. Kt jordan ni bayam dijual seikat hampir 2kg! Xboleh beli sikit-sikit. Dah siap diikat kena amik sume sekaligus, tengok dlm gambar di bawah...


Itupun dh suku bayam dimasak dan masih ada banyak lagi. Kdg2 jadi buruk je belum sempat habis masak sbb xlarat nak makan bayam sampai tiga hari berturut2. Ni dh banyak macam ni nmpk gaya kn bagi orang sikit kot drpd buruk dan rosak. Petang lg masak bayam lagi ye, pagi esok pun. Petang esok pegi umah yana ada jamuan makan rs nak bawak jg bayam siap masak. Xpernah dibuat orang. Kihkoh.

1 comment:

  1. Do you drink Coca-Cola or Pepsi?
    ANSWER THE POLL and you could win a prepaid VISA gift card!

    ReplyDelete

شكرا على تعليقاتك