Friday 13 February 2015

UPDATE STUDY PLAN PHD 2015

Sekarang tgh cuti semester ma bainal faslain. Mawad utk sem dua dah pun ditasjilkan beberapa bulan yg lepas. Natijah bagi sem lepas pun dah dapat. Walau pun tidak mumtaz tapi najih. Alhamdulillah. Yang pasti muaddal tarakumi saya jatuh berbanding sem yg sudah. Menandakan natijah sem lepas paling terburuk dari semester sebelumnya. 

المعدل الفصلي (GPA)
Sem I  : 83.5
Sem II : 86
Sem I  : 79
Sem II : ?

المعدل التراكمي (CGPA)
Sem I  : 83.5
Sem II : 84.6
Sem I  : 82.9
Sem II : ?

Walau pun natijah ini tidak ada sebarang kesan pada penulisan tesis kerana yg penting adalah LULUS sahaja (bg postgraduate level) tapi ia adalah penanda aras (benchmark) seorang pelajar tidak kiralah pada level mana pun dia berada. Umpama sebuah penilaian kendiri terhadap prestasi kita. Adakah kita semakin jauh dgn objektif atau semakin dekat  dengannya.

Tidak ada siapa pun yg mahu berjaya setakat cukup2 makan. Sume orang ingin berjaya dgn cemerlang. Tidak kiralah dlm pembelajaran, kerjaya mahupun dalam bisnes dan kehidupan rumahtangga sehinggalah kehidupan abadi di akhirat sana. Kalau ditanya kalau boleh semua org mahukan syurga Firdaus.

Berbalik kepada study plan terbaru berikut adalah aturannya:

Sem II : KELAS (Bulan Februari - Jun 2015)
  1.  تقويم التدريس والمناهج
  2.  تخطيط المناهج
  3.  الاستقصاء في المناهج والتدريس
Imtihan kafaah (21 - 22 April 2015): Melibatkan empat mawad:
  1. تقويم التدريس والمناهج
  2. طرائق التعليم والتعلم
  3. حلقة البحث في المناهج والتدريس
  4. أسس استراتيجيات المناهج والتدريس
Sekiranya berjaya lulus dalam imtihan kafaah ini maka dalam bulan Julai - Ogos 2015 cadangnya nak hantar khuttoh bahas. Itu pun bergantung kepada mesyuarat qism. Kalau di sini ada tarikh yg ditentukan utk menghantar khuttoh, tarikh munaqasyah dan sebagainya. 

Kalau dikira-kira kurang dari 70 hari tarikh imtihan kafaah akan berlangsung . Dalam hati belum ada keyakinan pada ilmu yg ada sepanjang tiga sem kelas dihadiri. Tapi saya nak cuba juga inshaAllah. Sekiranya betul2 tidak yakin maka tarikh imtihan kafaah sy mungkin akan ditangguhkan kepada bulan Disember pula. Sebenarnya melewatkan imtihan kafaah akan membazirkan waktu melainkan sy berjaya menyiapkan satu bab sepanjang menunggu imtihan kafaah pada akhir tahun ini.

Kita merancang Allah jua yg menentukan. Yang penting ada usaha untuk merancang sebaik mungkin. Sekiranya masih belum berjaya mencapai target yg dirancang maka sebenarnya itulah plan paling terbaik yg Allah sediakan untuk  kita. Yang itu saya pegang setiap kali merasa goyah tatkala rancangan dan harapan yg diatur tidak menjadi seperti yg diingini.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...