Saturday 30 May 2020

Kenapa saya benci Facebook?

Beberapa bulan saya tak ambil endah FB. Sebab utama saya benci dengan orang yang menyuruh berbuat kebaikan tapi di sebaliknya dialah yang melanggarnya.

Hari ini saya buka FB lagi dan jumpa dua orang bukan friends yang beberapa hari sebelum status viral negatif mereka ada memuat naik status yang menyeru ke arah kebaikan tetapi selepas beberapa hari kecundang sengan status yang mengundang persepsi negatif. Ini yang dinamakan cakap tak serupa bikin. 

Dalam FB berlambak orang begini
Di dalam manis menulis, di luar masam mencuka. Di dalam pandai menasihat, di luar baru nampak perangai sebenar. Hipokrit.

Tuesday 19 May 2020

Perbelanjaan musim PKP

Seperti yang dijanjikan saya mula mencatat perbelanjaan harian bermula pada 19 April 2020 sehingga 19 Mei 2020. Catatan saya lakukan di excel. Perit jugalah sebab tak pernah sedisplin ini mencatat perbelanjaan.๐Ÿ˜‚. Tapi kerana nak tahu juga jumlah lebih tepat perbelanjaan harus juga merajinkan diri.

Jumlah perbelanjaan harian sepanjang 30 hari ini ialah RM3596. Mungkin ada terlebih terkurang beberapa ringgit. Sejumlah RM1106 dari perbelanjaan tersebut adalah bayaran insurans kereta. Maknanya lebih kurang RM2500 belanja harian merangkumi makanan, minyak kereta dan barang rumah. Jimat sikit je berbanding sebelum PKP๐Ÿ˜‚.

Lebihan wang akan dimasukkan ke TH. Walau pun sudah ada potongan automatik tetapi kerap juga melazimkan diri untuk transfer sendiri bila ada lebihan wang gaji. Rasa lega bila dapat simpan lebih. Menyimpan adalah satu kepuasan buat saya, kemudian baru rasa senang hati untuk berbelanja.

Oklah aktiviti Ramadhan seperti biasa. Berbuka di rumah mak. Saya masak sambal sotong dan cendawan...

Kepingin kek secret recipe...choc indulgance, xmau slice nak sebiji terus...

Nak masuk akhir ramadhan makin malas memasak. Beli di kampung...

Kek lagi, victoria sandwich cake..sebiji jugak puas hati. Nak bawa rumah mak. Beli di payak cafe depan ILP..sedap sangat harga RM100 untuk 1.6kg...
Nasi geprek gong badak. Set family...Rm54...dapat 2 botol air twister...

Kari ikan gerong...

Siakap sambal tiga rasa air tangan suami saat saya bad mood dan malas ke dapur hari ini hihi...


Tuesday 12 May 2020

Iftar bersama mak abah setelah PKPB

Bila kerajaan umumkan PKP bersyarat dan kerajaan Terengganu terima, kami pun pakat balik ke rumah mak abah di Marang untuk iftor kali pertama bersama tahun ini. Sederhana sahaja juadah kami. Yang seronok dapat solat berjemaah dan tadarus sama-sama.


Dua malam saja bermalam. Minggu ni inshaAllah kalau suami sihat kami balik lagi. Sejak Jumaat lepas tiba-tiba suami diserang batu karang. Hari ni sakit semula setelah beberapa hari reda. Demam sekali semalam. Bila pasangan tak sihat mood jadi tak best sebab risau kalau semakin teruk sakitnya. Penat pun ye sebab terpaksa menjaga pasangan dan anak berseorangan. Mujur jumaat baru ni ada di rumah abah jadi abah drive suami ke bahagian kecemasan HSNZ.

Saya pulak sekarang dah makin sarat. Hujung Mei ni cukup 7 bulan inshaAllah. Baby pun banyak bergerak. Puasa masih penuh di sebalik beberapa hari yang terasa sangat lemah dan haus yang teramat. Betullah orang cakap bila puasa tengok botol sabun pun rasa terliur sebab dahaga. Tak pelik kalau di negara bergolak rakyat sanggup makan rumput dan daun serta bangkai sebab terlalu lapar๐Ÿ˜”.

Anakanda Lubna sempat berpuasa empat hari sahaja. Beberapa hari lepas akibat terlalu lapar walau pun dah bersahur dia muntah lewat tengahari. Jadi saya dan suami rasa cukuplah latihan puasa tuk anak kecil ini. Tahun depan pula darjah tiga tambah lagi jumlah hari puasa inshaAllah. Risau kalau gastrik.






Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...