Wednesday 31 March 2021

Catatan bonus TH

Tahun ini dividen TH diumumkan pada bulan Mac setelah puas berteka-teki. Alhamdulillah 3.10% peratus agihan dividen untuk simpanan tahun 2020. Dan jumlah ini adalah lebih baik lagi-lagi tahun covid pada tahun lepas.

Dalam RM2100++ bagi dividen yang diperolehi untuk tahun lepas. Alhamdulillah berkat menyimpan hasil seperti ini yang diharapkan. Nak menambah pendapatan dengan bisnes nasi arab tak dapat buat selalu sebab kekangan tugasan hakiki dan keluarga serta kesihatan diri.

Jumlah tertinggi dividen TH yang pernah saya perolehi lebih kurang hampir 4k. Masa tu dividen lebih kurang 6%. Dan dividen paling rendah saya terima ialah ketika PH memerintah dengan kadar 1.25% sahaja 😂 dan jumlah yang diperolehi ialah lebih kurang RM1100 Huhu. Walhal tahun itu jumlah simpanan adlh lebih besar berbanding tahun sebelum. Ini yang dikatakan rezeki dan takdir.

Walau pun ada yang kata dividen TH tak tinggi tapi sy masih konsiten menyimpan. Sekurangnya selepas 10 tahun membuka akaun TH jumlah bonus yang saya telah perolehi adalah belasan ribu ringgit. Dan dari situlah saya gunakan untuk renovate rumah pada tahun lepas hihi. Ditambah dengan simpanan yang sedia ada. 

Alhamdulillah walau tidak mewah tapi lebih dari cukup. Berkira-kira untuk menambah potongan bulanan untuk diri sendiri dan anak2. Perlu ke ofis bendahari nanti untuk ambil borang arahan potongan gaji bulanan. 




Buka order nasi Arab

Baru ni saje buka order nasi Arab mandy. Tapi tak ambil banyak pun. Cukup 2 talam sebab x larat nak masak banyak tapi rajin nak masak sikit haha...



Setalam untuk 4 orang makan RM38. Caj cod RM2 sahaja. 

Selit masakan tengahari sekali. Bukan selalu rajin nak masak macam ni. Kadang satu lauk sahaja haha... 

Monday 29 March 2021

Ganti puasa

Sehari je saya kena ganti puasa tahun lepas tapi liat sungguh nak dapar kekuatan mengganti. Dengan hamil lagi tahun lepas, menyusu badan dan semalam berjaya juga ganti alhamdulillah.

Juadah semalam. Beli di pasar malam Manir... 


Breakfast beberapa hari lepas suami masak... 


Sedap sangat bila sekali sekala makan masakan suami. 

Masakkan nasi mandy utk keluarga belah lelaki sepupu. Mak minta masakkan... 

Menu harus cuba. Tauge goreng kicap dan ditabur keropok binjai. Saya belajar dr rakan indonesia ketika di uiam dulu. Dah jadi fevret suami pulak sekarang... 


Rendang ayam... 










Sunday 21 March 2021

Dungun...

Hujung minggu dah jadi rutin ke rumah mak. Minggu ni kami ke rumah kakak pula di Dungun. Alih angin nak bercuti rentas negeri tak boleh. Bawa anak-anak main dengan sepupu.

Aduilah xbanyak gambar. Ini buffet sarapan di dapo aboh... 

RM10.90 dewasa, RM5.90 (5-12 tahun). Oklah rasa makanan.

Sunday 14 March 2021

Penat.. lesu... macam-macam

Penat dan stress dengan kerja dan kelas. Kerja yang ada due date tapi bila sampai tarikh akhir rupanya tangguh pula. Begitulah hambatan dunia. Tak kan selesai sehingga mati.

Malam ini dikejutkan dengan kematian seorang pensyarah tempat saya bekerja. Isterinya bekas pensyarah di fakulti saya juga. Rasa terkejut. Meninggalnya kerana heart attact. Usianya belum mencapai 50 tahun. 

Minggu ni saya rasa penat sangat. Penat otak berfikir tak sudah. Urusan rumah lagi. Burn out. Dengar kematian rakan pensyarah rasa dekat sangat dengan waktu sendiri. Stress dengan kerja punca pelbagai penyakit.

Nak ambil cuti tanpa gaji. Rasa nk lari dari urusan kerja. Nak merantau jauh atau sambung postdoc luar negara. Bagaimana untuk gembira ketika bekerja kalau momentumnya sudah semakin hilang.

Dunia ni bila dikejar dan dapat pun tetap rasa tak cukup dan terkejar2 lagi. Akhirnya rasa bahagia yang sebenar adalah berteleku atas tikar sejadah dan muhasabah diri depan Allah. Melihat wajah anak2 yang polos dan mencium mereka. Mempunyai pasangan yang menyamankan. Itulah sebenar2 rasa bahagia.

Bercakap tentang pasangan, rasa tidak puas hati pada pasangan kerap kali terjadi. Bila stress bekerja dan pasangan tidak memahami serta tidak tahu menyamankan hati, stress akan jadi berganda.

Entahlah. Penat mahu berfikir.

Menu hari ini. Sekali masak sahaja. Itu pun lewat petang. Pagi beli nasi minyak. Tengahari makan kopok lekor dan roti. 

Rasa malas memasak. Entahlah. Rasa tak seronok untuk hidup kadang2. Huhuhu. 

Kesian anak2 kebosanan tak ke mana. Lalu dekat playground berhenti sekejap bagi main 10 minit. 


Rasa tak tahu nak gi jalan mana dah. Pi mai tang tu jugak. 

Maqlubah ada rakan order setalam dan untuk 2 orang makan. Tak berapa jadi seperti sepatutnya hua2... 

Sape nak order boleh mesej. RM38 je setalam tuk 4 orang makan. Caj hantar RM2 sekitar K. Terengganu. Harga promosi. Tak lama lagi akan dinaikkan harga hehe. 


Oh ya, setelah 7 bulan melahirkan akhirnya period pun datang seperti sedia kala pada 11 Mac baru ni. 

Beli mini microfon RM18 harganya. Oklah. Beli di shopee. 






Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...