Saturday 31 March 2018

Karnival Pengajian Tinggi Negara, Nilai

Baru ni jadi wakil fakulti untuk mempromosikan universiti bagi pelajar lepasan SPM, STPM, diploma dan asasi  bertempat di Nilai, N.Sembilan. Ada tujuh pensyarah terlibat dari tujuh fakulti berbeza.

Suasana di karnival...


Hotel sri enstek Nilai menjadi tempat penginapan saya sekeluarga untuk 4 hari 3 malam. Hotel paling dekat dengan Politeknik Nilai...


Yang tinggal superior king berharga RM 145 satu malam beli melalui agoda. 

Makan di restoran saba di Putrajaya. Buffet RM15 satu kepala. Puas hati sedap!


Buffet ini hanya ditawarkan pada hari Jumaat antara jam 12-3 pm sahaja khas untuk pelanggan di restoran saba Putrajaya. Ada satu lagi di Jelatek katanya buffet di sana dibuka pada hari Isnin.

Menu yang ada nasi mandi, tiga jenis masakan ayam, makaroni goreng dan buah-buahan. Makan bertambah-tambah.

Thursday 1 March 2018

Bonus dan komisen

Awal tahun ialah masa yang sentiasa ditunggu-tunggu.

Bonus RM1000 utk kakitangan kerajaan awal Januari.

Bonus TH dah masuk 8 Februari baru ni dengan kadar 4.5%+1.75%. Purata bonus yang saya dapat dalam RM3k++

Duit buku jualan mursyid RM250 seorang. Buku muin RM250. Royalti buku biasanya hujung tahun baru dapat.

Duit AHB Maybank bulan Mac biasa dapat dalam RM300++ untuk separuh tahun pertama. Bayaran kedua pada bulan September pula. Di AHB saya letak 5k dan suami 5k menjadikan jumlah dividen setahun sebanyak RM600++ yang kami akan terima.

Kenaikan gaji saya juga adalah pada setiap bulan satu. 😀

Seronok menyimpan. Hasilnya kita boleh guna untuk masa mendatang. Untuk saya kepuasan menyimpan lebih besar dari kepuasan membeli barang.

Masak lagi...

Masak lagi. Rasa seronok pulak aktiviti mik gambar masakan dan post di blog. Rindu zaman di Jordan dulu.

Sejak kena keracunan hari tu belum ada hati lagi nak beli makanan luar. Paling tidak pun beli ayam goreng kfc dan masak nasi putih. Tu yang terbaik setakat ni bila malas memasak melanda.

Tumis sardin botan hari ni lepas balik kerja. Sedap juga jenama ni. Cume prefer agromas lagi...


Bekal kuew teow goreng semalam...

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...