Tuesday 30 June 2015

Apa yg kamu tidak tahu...

Hakikatnya hidup di luar negara, kalau kamu tidak pernah merasa:

  • kecerewetan membawa ahli keluarga masuk ke negara lain
  • kecerewetan merenew visa ahli2 keluarga
  • membuat rawatan susulan ibu mengandung
  • bersalin di hospital & rawatan susulan bayi
  • membuat rawatan sakit berat
  • membuat rawatan ahli keluarga yg sakit ke hospital & klinik
  • membuat urusan beli kereta, cari kafil, tukar lesen, turun naik wizaroh
  • renew lesen kereta setiap 6 bulan
  • drive kereta sendiri
  • bawa kereta pergi service & kdg2 ditipu
  • ditahan polis trafik
  • urus umah sewa sendiri & segala maintenancenya
  • berseorangan pergi & balik dr jamiah tanpa rakan senegara
  • menjadi satu2nya pelajar asing dalam kelas
  • menyewa rumah jauh dr komuniti msykt malaysia
  • berjiran dgn orang arab atas bawah kiri kanan
  • membuat urusan penyekolahan anak di sekolah
  • mencuba pelbagai jenis makanan tempatan dari segala jenis nasi, sup, roti, manisan buah dan air serta mcm2 lagi.
  • belajar memasak makanann tempatan dgn orang tempatan
  • menghadiri majlis2 keraian msykt tempatan
  • macam2 lagi 

Kalau kamu tidak merasa separuh drpd pengalaman di atas, maka jangan kata kamu sudah cukup banyak pengalaman berurusan dgn msykt tempatan ketika berada di luar negara.

Kalau setakat jadi pelajar yg bujang, pergi dan balik dari jamiah ramai2 dgn kawan2 semalaysia. Nak renew visa pun longgok ramai2 & wakil setiap mantiqoh yg buat. Pegi sana sini naik coaster @ teksi. Jalan2 umah kawan asing ramai2 dgn rakan melayu (cb pergi sendiri, mgkn hanya boleh sengih mcm kerang sorang2 duduk tgh2 orang asing). Duduk pulak di kawasan yg penuh dgn orang malaysia, kanan kiri mudah je terserempak dgn org msia. Maka jangan cakap kamu dah banyak pengalaman dgn masyarakat tempatan.

Pengalaman tidak cukup sekadar melihat tapi kena rasa! Ramai yg suka cakap itu ini tapi sebenarnya dia xpernah merasa sendiri. Hanya tahu bercakap tapi bercakap atas dasar pengalaman org lain atau sekadar melihat dari jauh @ berdasarkan pengalaman sediri yg terbatas.

Alhamdulillah atas setiap pengalaman yg pernah dirasa. Walau pun pada awalnya rasa susah, lama2 mula biasa. Sekurangnya sy pernah mencuba & mencabar diri. Bukan utk berbangga tapi utk menutup pemikiran dan mulut manusia yg suka melihat kesusahan yg kita luahkan sebagai batu loncatan utk dia menunjukkan kebagusan dirinya dlm menangani kesusahan. Walhal dia xpernah merasa pun pengalaman2 spt di atas, tapi bercakap mcm dia lebih tahu.

Monday 29 June 2015

28 Jun 2015

Semalam merupakan tarikh yg menggenapkan umur sy menjadi 31 tahun. Sudah separuh usia rata2 umur manusia hidup. Rs cukup tua & tidak punya banyak masa lg utk bermain2.

Umur 31 anak masih satu, orang lain yg seusia mungkin sudah 2-3 orang anak. Kui2. Alhamdulillah ala kulli hal. Sangat bahagia dgn nikmat yg ada wlupun bahagia itu kdg2 pasang & kdg2 surut. Klu dulu memasang angan umur 31 sudah siap PhD dan punyai dua anak. Nampaknya belum lagi termakbul. Yg pasti umur 31 sy sudah berkahwin. Kihkoh.

Pagi semalam sy ke jamiah menghantar khuttoh risalah ke qism. Mau jumpa dgn roisah qism tapi xde sbb cuti. Akhirnya berjumpa dgn dekan manahij wa tadris Dr. Ahmad Kilani. Tunjukkan khuttoh sy & dia bersetuju utk menjadi musyrif! Ya Allah seronok dan lega. Cuma kena buat sedikit pembaikan pd khuttoh mengikut cadangannya, xmengapalah yg penting variable yg sy mahu masih kekal ada: taqwim badil- tahadduth-faaliyyah zatiah masih kekal bahan utama kajian nanti inshaAllah. Hari ini kena mula membaiki khuttoh semula inshaAllah. Saat yg sy nantikan stlh beberapa lama bergelumang dgn kelas. Akhirnyaaa...

Siap jumpa dekan di jamiah, sy, suami & lubna menuju ke sweile sbb dh janji dgn amni nak pegi baqoah pasar yg menjual ayam hidup & segala jenis sayuran. Sy beli dua ekor ayam yg disembelih dan disiang di situ juga. Xsempat amik gmbr sbb tgn sy erat memaut tangan lubna. 

Petang smlm kebetulan amni & midah nak tengok umah sewa jadi kami jemput iftor bersama. Suami cdg beli kek utk meraikan hari tua sy & makan ketika iftor nnt. Kesian plk midah & amni, tn umah yg berjanji nk tunjuk umah sewa petang smlm membatalkan janji atas alasan madam umah xde di umah. 


Midah bawakan tiramisu dan kuih ketayap hasil tangan sepupunya yg turut hadir semalam...


Midah bagi hadiah tudung..hihi..syukran kathir ye midah...pakaikn utk lubna skjp nk suh dia benti nangis sbb aisyah dah balik...



Terima kasih semua!


Friday 26 June 2015

Iftor di rumah kawan Arab

Biar gambar berbicara...hehe..



Donut k.kyn yg bawak...



Xteramik gambar dgn tn umah muhammad & ummu siwar. Ok nak berehat, penat sepagian menyiapkan khuttoh yg xsiap2. Ahad ni hajat nk jumpa raisah qism & hantar apa yg siap inshaAllah.

Thursday 25 June 2015

Iftor di rumah k.shila, sweileh

Semalam plan buka di umah k.shila...


Meriah betul dgn makanan. Masing2 yg dtg bw potluck. Tn umah masak nasi lemak. Sedap sungguh. Sy bawa murtabak (suami bt intinya, perut kambing air asam (suami buat resepi kelantan), sardin roll & seri muka. Midah bw dua jenis mee goreng, kopok & cocktail. K.long bw ikan talapia sambal. Banyak betul makan 11 org je termasuk anak2 kecil. Kihkoh. Ada dua buah kluarga xjd dtg last minit. Xpelah yg penting hjt sy nk mkn ramai2 tcapai. Boring iftor bertiga je di rumah. Rumah plk jauh dr komuniti melayu yg lain. Isk2.


Lps iftor, solat magrib dan sambung borak2 sampai kul 11 mlm! Hajat nk solat isyak & terawikh berjemaah tp xkesampaian. Hahaha. Xpelah sekali sekala bertemu di bulan ramadhan. Balik umaj kami solat jg terawikh dekat kul 1 pagi baru siap.

Gambar di bawah suasana pekan tobarbour jam 12 malam tadi. Meriah! Ramai org termasuk wanita & anak kecil. Arab ni rsnya smpi ke subuh x tidur lagi. Kedai2 hampir sume masih dibuka kcuali kedai hardware. 

Kedai roti antara yg biasa kami pergi...




Natijah semester terakhir kelas. Alhamdulillah, berjaya mmengekalkan darajah imtiyaz (84.2%) bagi CGPA keseluruhan subjek. Kalau di WISE Uni peratus utk mencapai mumtaz ialah 84% ke atas. Sipi2 je keh3.

الفصل الثاني للعام الجامعي 2015/2014
عدد الساعات الفصلي    9المعدل الفصلي    90.5 %
عدد الساعات الكلي    36المعدل التراكمي    84.2 %
رقم المادةاسم المادةالساعات المعتمدةالعلامةالعلامة بالرموزملاحظات
0702640تخطيط المناهج385ناجح
0702780تقويم المناهج والتدريس390ناجح
0702776الاستقصاء في المناهج والتدريس391ناجح
0702798امتحان الكفاءة المعرفية0ناجح

Proses  seterusnya ialah menyiapkan tesis. Dapat imtiyaz macam mana pun klu tesis xsiap memang x ke manalah. Semoga berjaya Salwa! Semoga rajin juga!

Ok, nk sambung siapkan khuttoh. Hari ni ade iftor PPMA. Tp xtau nk pg ke x. Rs nak siapkan scpt mgkn khuttoh ni. Esok pun ada jemputan iftor di umah kawan arab.

Monday 22 June 2015

Biskut raya 2015

Semalam sesi buat biskut raya, dah laaaama sgt xbuat. Rindu zaman kecik dulu kami adik beradik buat biskut raya dgn mak. Betullah org cakap hargailah masa2 yg ada bersama yg tersayang, sbb masa itu akan berlalu pergi mjadi kenangan shj.

Sy buat biskut tat nenas dan bunga dahlia. Dibantu oleh pembantu chef amatur. Suami skjp je nolongnya sbb maleh. Lubna mula2 tengok lama2 tangan duk tgh2 dulang. Sampai 2 kali ummi vacum dapur sbb dia main tepung bersepah2...



Tat nenas campur jem buah tin sikit...


Resepi biskut tat nenas

Butter 100gm
Gula 1 sudu besar
Telur kuning 1 biji
Tepung gandum1 1/4 cawan
Tepung jagung 1/4 cawan

Pukul butter pada suhu bilik bersama gula hingga berkrim. Bubuh telur dan pukul lagi hingga kembang. Siap putar bubuh tepung dan uli hingga jadi doh. Tekap dgn acuan dan bakar selama 25 minit pada suhu 170°c.

Jem nenas: masak parutan nenas bersama gula sehingga kering. Bubuh bunga cengkih sedikit.

Resepi bunga dahlia

Butter 100gm
Gula 1/2 cawan
Susu pekat manis 1 sudu besar
Telur 1 biji
Tepung gandum 1 cawan
Tepung jagung 1 cawan
Tepung ubi 1 cawan

Cara sama macam buat biskut tat kat atas.

Ok, sbb sy dah buat biskut raya jadi suami pulak yg masak utk iftor kami...


Ya Allah sedap sungguh. Xpayah makan kt kedai. Talapia kukus dan telur bungkus tapi xbungkus. Kih2.

Iftor kami hari yg ke 4...


Hujung minggu ni nak buat biskut keju pulak inshaAllah.

Sunday 21 June 2015

Natijah sudah keluar...

Natijah imtihan baru ni sume dah keluar sejak khamis lepas. Gembira. Cuma menunggu muaddal tarakumi bagi keseluruhan semester. Kalau dicongak2 dalam kepala sudah melepasi darajah imtiyaz tapi sangat sipi. Tunggu kasyf alamat yg rasmi baru boleh menarik nafas lega dan gembira.


العلامة من 100رقم الشعبةاسم المادةرقم المادة
901تقويم المناهج والتدريس0702780
911الاستقصاء في المناهج والتدريس0702776
851تخطيط المناهج0702640

Dalam beberapa hari ni sy membaiki khuttoh yg dulu. Tapi xberapa laju sbb masih mood nak bersantai. Jumpa banyak bahan tapi belum diolah dan disusun. Penulisan tesis memang memerlukan kemahiran tanzim maklumat. Mirip kepada aras kemahiran Bloom Taxanomy yg ke lima iaitu Tarkib. Menghasilkan dan mencipta sesuatu kelainan yg baru dari yg sebelumnya. Setakat cari maklumat dan faham belum cukup. Kena ekstrak isi dari sumber bacaan, susun isi, karang ayat ilmiah itulah baru tugas sebenar pelajar lanjut usia ijazah lanjutan. Nampak menyeronokkan tapi kalau malas sume benda xjadi.

Iftor kami 3 hari yg sudah...

Puasa ke-3...


Puasa ke-2...


Puasa ke-1...


Cincai2 je masaknya terutama hari pertama puasa. Kih3. Makan pulak berdua. Lubna makan main2. Makan reramai baru seronok.

Wednesday 17 June 2015

Kargo barang kami sudah sampai!

Petang semalam barang yg kami beli dari msia telah pun sampai je Jordan. Alhamdulillah! Sebulan lebih menunggu dgn kerisauan akhirnya sampai ke tangan...


Kami guna perkhidmatan middle east cargo yg membawa segala kargo dari msia melalui jalan air iaitu kapal. Sebab itulah tempoh yg diambil utk sampai ke sini sebulan lebih termasuk kastam di msia dan di jordan. Yg pasti caj yg dikenakan sangat murah berbanding kargo melalui udara yg mengenakan caj RM35 utk setiap kilo brg. Kalau melalui kargo kapal yg kami ambil harga caj sekotak ialah RM200 dan boleh mengisi hampir 30kg barang tidak termasuk kos barang. Kebetulan makcik suami menetap di shah alam jadi kami minta makcik belikan dan transfer duit melalui internet banking. Ini yg kami beli  dari msia...


Sementara menunggu barang sampai kami singgah sekejap di rumah midah & amni. Tuan umah jemput naik ke umah dan jamu makan nasi & sup ayam yg sgt sedap bersama sambal belacan & telur dadar...sedap sangat2 tau..hihi


Sedap sungguh makan sambil berborak sehingga terlewat masa sy berjanji dgn jiran sebelah rumah yg ingin melawat lubna. Tp xpe sbb jiran bgtau bila sampai di rumah baru sy call semula. Tup2 bila dh dekat umah call jiran kata klu xdpt jumpa hari ni jumpa hari lain pun xpe. Kalau dia lalu depan umah malam ni dia akan singgah. 

Akhirnya xsinggah pun. Penat je terkejar2 balik umah. Kalau tau berlama2 sikit duk umah midah amni sambil minum syai. Hmm belum lg sbb tergesa2 terlepas pandang lubna hampir berlari ke tgh jalan sblm masuk keta. Mujur keta arab tu sempat berenti sambil menghamburkan kata nista. Typical arab. Kita salah pun dia sumpah seranah kita, klu kita xsalah pun kena seranah jg. Yg pasti dia saje yg betul.

Oklah, memandangkan hari ni hari pertama puasa, jadi kena jimat tenaga dan kawal emosi. Yg pasti jam 1-3 ptg nanti sy akan mengalami proses ketar2 akibat lapar sehingga rs tidak berdaya & putus harapan. Teruk betul bunyinya. Mmg mcm tulah lagi2 minggu pertama puasa. Sahur tadi sy makan kurma sebijik & air masak. Harap dpt bertahan sehingga maghrib. Dah lama sy amalkan mkn kurma ketika sahur. Badan lebih bertenaga di siang hari & kurang haus. Tapi bdn xkurus2 jugak. kih3.

Sedikit tazkirah utk peringatan bersama:

"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, adalah baginya pahala seumpama pahala orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi walaupun sedikit daripada pahala orang yang berpuasa itu.”

(Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Khzaimah dan Ibnu Hibban)

Sy suka jamu orang makan terutama orang yg xcerewet dan mmg makan apa saja dan suka makan. Jemput datang ke rumah sesiapa yg sudi, boleh iftor sama2 ramadhan ini inshaAllah.

Tuesday 16 June 2015

Selesai imtihan & segala mawad:))))

Alhamdulillah akmaltul imtihan. Tersenyum lebar sorang2 sejak dari semalam. :)))

Hari ini nak berehat sahaja sambil mengemas rumah. Esok akan mula berpuasa Ramadhan.

Rasa teruja & berdebar. 16 jam puasa di Jordan. Siang hari lebih panjang dari malam. 

Esok juga adalah tarikh sy akan mula membaiki khuttoh. Berdebar menanti cabaran menulis tesis.

Berdebar jg menanti natijah imtihan keluar. Dua madah dah dapat alamatnya. Senyum lagi. :))

Alhamdulillah selepas ujian dan dugaan, ada nikmat yg menanti di sebaliknya. Sabar kunci tenang.

Menu kami beberapa hari ini...


Kerabu telur masin air tangan suami...


Sosej ayam suami buat...kukus dlm plastik aiskrim & goreng...


Cold potato chinese cuisine suami jg yg buat...sedap!



Monday 15 June 2015

Meraikan Dr.Asim dari UIAM

Pagi tadi hanilah call bagitau Dr.asim nak datang ke sweileh. Dlm tengahari sy, suami & anak bertolak ke sweileh utk berkumpul di rumah k.shila. Dr.asim merupakan pensyarah kami ketika belajar ijazah & master di UIAM dulu. Orangnya sgt baik & disukai ramap pelajar msia...





K.shila masak nasi majbus. Sy bawa karipap & sambal cili. Sambung makan kt dapur nasi lemak pulak. Kihkoh.

Seronok berborak & mdgr cerita Dr.Asim. Rasa rindu pd msia & UIAM. Doktor mmg dh lama menetap di msia. Berkahwin dgn wanita melayu & dikurniakan 4 anak yg segak & cantik. Kali ni doktor balik bercuti utk melawat ahli kluarga & tanah kelahirannya yg lama ditinggalkan. Pulang ke msia akhir bulan ini inshaAllah.

Lps doktor balik kami sambung plk berborak. Sonok sekali sekala bertemu. Ilang rs tension & kebosanan. Oklah, esok imtihan terakhir. Mau smbung menengok buku. Gn istilah menengok sbb bila baca xmasuk pun dlm kepala! Tengok je huruf2 tu tp otak melayang ke tempat lain. Teruk betul. Camnilah study bila dh tua. 

Sunday 14 June 2015

Perasaan bercampur baur...

Lusa adalah kertas terakhir sy bg madah takhtit manahij. Teruja berdebar semua ada memandangkan kertas ini merupakan penutup kepada segala mawad yg telah sy ambil sejak 2013. Berdebar sebab lepas ini sy perlu bertungkus lumus seorang diri menyiapkan proposal & tesis. Tiada lagi ke kelas menerima arahan drpd para dakatir. Tiada lagi kebergantungan kepada orang lain dalam proses pembelajaran melainkan diri sendiri. Berdebar dan teruja.

Takut sekiranya tidak mampu mendisiplinkan diri. Hampir dua tahun hanya mengikut khuttoh dirosah yg telah disediakan universiti & dakatir, bila kena plan sendiri lepas ni rasa sedikit gelisah. Mujur ada secebis pengalaman ketika menulis zaman master dulu sedikit sebanyak memberi harapan bahawa sy boleh berjaya lagi. Benar, penulisan tesis ketika master benar2 membantu kita di peringkat PhD. Yg perlu sekarang adalah kerajinan dan azam yg kuat.

Paling utama, solat sunat, solat hajat mohon pada Allah sentiasa agar dimudahkan jalan ini. Doa & tawakkal kunci utama untuk berjaya & rasa tenang dari segala dugaan dan ujian. 


Mohon juga dijauhkan dari orang yg sentiasa membawa aura negatif kepada kita. Lupakan mereka & fokus pada impian kita. Semoga berjaya.

Renew lesen kereta (tajdid rukhsoh sayyaroh)

Seawal jam 7.30 pagi kami keluar menuju ke jumruk amman utk urusan renew lesen kereta. Kena tulis ijroaat di sana supaya x lupa.

Urusan hari ni melibatkan beberapa dokumen spt trip tack, isbat tolib, lesen kereta, passport & rukshoh kereta untuk kaunter pertama. Selesai isi borang, amik nombor, bila dipanggil serah sume dokumen yg disebut tadi & bawa borang tadi utk disign oleh ketua pengarah kastam yg duduk xberapa jauh dari kaunter.

Di bahagian ta'min (insuran) sy bayar JD 121 utk setahun serta JD 10 utk kesalahan parking yg xtau bila mukholafahahnya. 

Selesai byr insuran terus ke kaunter muhasabah dan bayar lagi JD 45 utk urusan cop setem dan dapatkan rukhsoh yg baru, tengok tarikh tamat sampai 11/10/015 shj! Terkejut. Tanya semula kaunter diorang kata sbb ruksoh keta layak ikut semester by semester shj sbb su pelajar asing. Jd semester akan dtg pendek sj fasol soifiy jadilp layak utk renew sehingga 4 bulan sj. Hmmm mula2 nak marah jugak tp lepas paham sistemnya mcm tu barulah boleh terima.

Kos sume sekali termasuk trip tack ialah JD 291. Boleh tahan mahal jg tp sbnrnya lebih baik dr pegi naik teksi ke hulur hilir. Kos naik teksi utk setahun hampir menyamai nilai suku harga keta kami kalau dicongak2.

Selesai urusan dlm jam 9.10 pagi kami pun balik. Singgah beli susu unta kebetulan lalu odw balik...




Saturday 13 June 2015

Persatuan pelajar ijazah Amman melawat lubna

Semalam kami menerima kunjungan ziarah dr exco pelajar ijazah di sini. Sy jamu sedikit nasi minyak dan kurma ayam..





Terharu & terkejut di atas sumbangan yg diberi. Rs macam serba salah nk amik atau tidak wang sumbangan berjumlah JD41 tu memandangkan kami akan cuba claim dgn unisza kos rawatan lubna berjumlah RM1400 tu. Sy janji nk buat iftor utk diorg ramadhan ini @ mungkin derma semula pada tabung mereka.








Thursday 11 June 2015

Irbid lagi amik fawatir ilajiyah

Semalam kami keluar lagi. Ada 3 destinasi dgn 3 tujuan. Mula-mula ke jamiah amik isbat tolib kemudian ke sweifeiyeh utk dptkn trip tack kereta (JD 120 kos bayaran utk setahun) bg tujuan renew lesen ahad ini & terus ke irbid utk dapatkan bil rawatan kubna baru ni utk tujuan claim. Camne tah boleh terlepas pandang, balik umah tgk resit bayaran rawatan baru ni xde, diorang amik semula waktu nak refund deposit. Jadi stail sini kena minta semula di kaunter. Entahlah, lama2 dh biasa dgn sistem arab ni.

Dlm pjlnn pulang dr irbid ke aman...


Singgah sebentar di sbuah kwsn yg saujana mata memandang. Gurun yg mula dipenuhi tumbuhan hijau.

Angin kuat abis sume rs nak terbang.

Ok, imtihan last selasa ni. Lps tu bebas alhamdulilah! Ramadhan ini sy bhajat nk baiki proposal tesis inshaAllah. Rindu pd suasana Ramadhan. Semoga Allah mudahkan Ramadhan kami di sini. Kali pertama berpuasa di Jordan. Tahun lps balik msia. Tahun ni nk merasa puasa & raya di sini pula.



Tuesday 9 June 2015

Matlamat kewangan

Bila masa lapang selain dari membaca resepi sy sgt suka membaca blog kewangan berkenaan cara menggandakan kewangan melalui pelaburan dan penjimatan. Rasa fresh lepas baca blog2 sebegini. Ilmu yg sgt bermanfaat. Antara blog yg sy suka baca ialah:

http://www.mohdzulkifli.com/2011/07/langkah-pertama-menyimpan-rm1-juta.html
http://www.mohdsuhaimy.com/2007/04/25/masa-untuk-menikmati-kemewahan/
http://www.pakdi.net/

Ada banyak lagi blog yg berbicara ttg cara menjimatkan belanja dan menyimpan duit gaji supaya menjadi berganda2. Boleh google dan ada bnyk  pengalaman org yg suka menyimpan sehingga berjaya menjadi jutawan. Sedar xsedar sy juga menyimpan cita-cita seperti ini sejak kali pertama mendapat duit gaji tetap ketika berumur 26 tahun dulu (Skrg dh 31). Bezanya waktu tu sy belum berani memasang impian menyimpan sehingga kadar sejuta. Tapi sekarang selepas membaca pengalaman orang2 yg berjaya dalam kewangan rasanya perlu utk sasarkan matlamat spt ini. Kalau tidak mencapai sejuta pun sekurang-kurangnya menghampiri sejuta sudah cukup baik, inshaAllah.

Gaji pertama sy sbgi pensyarah dgn master kalau tidak silap berjumlah RM3000++ termasuk gaji hakiki dan elaun. Waktu tu rasa banyak sgt jumlah tu dan rs sgt teruja. Mujur masih ada iman dan kewarasan utk berjimat cermat. Saya mula merancang kewangan sy tapi dalam kepala belum meletakkan berapa target perlu disimpan. Yg pasti sy perlu menyimpan. Mak sy antara pendorong utama sy utk menyimpan berjimat cermat. Terima kasih mak.

Waktu tu perkara pertama sy fikir perlu dilakukan ialah bagi pada mak ayah setiap bulan selagi mampu dan belum berkahwin wkt tu. Gembiranya mak dan ayah menerima duit hasil dr gaji sy hanya Allah yg tahu. Hati rs sejuk dan lapang slps memberi. Oh ye, sebelum sy diserap menjadi pensyarah di universiti dgn gaji tersebut, sy sempat merasa gaji sbgi tutor dgn elaun sebanyak RM1800 sebulan. Ketika itu sy berumur 24 tahun dan masih sdg menyambung master di UIAM tahun kedua dan selepas itulah sy membeli kereta proton saga blm dgn ansuran bulanan RM425 shj. Setelah dilantik sbgi pensyarah sy mula membuat potongan bulanan utk dimasukkan ke TH RM1000 setiap bulan. Seterusnya menyertai pelan insuran takaful dgn medical card sebanyak RM100 sehinggalah sekarang. Ketika berumur 27 tahun sebelum berkahwin sy telah mengintai sebuah rumah banglo di bandar K.Terengganu dan alhamdulillah banglo berharga RM250k telah sy beli sebelum berkahwin dgn membuat pinjaman kerajaan. 

Hasil dr berjimat dan menyimpan sy mengaku banyak wang yg dpt sy simpan sehingga sekarang. Apabila gaji naik setiap tahun semakin bertambah simpanan. Maka sy mula memasang impian utk menambah aset. Cuti tahun lepas sy pulang ke Msia utk mencari tanah yg boleh dibeli sbgi pelaburan utk kemudian hari. Alhamdulillah 2 lot tanah telah sy beli atas sokongan dan bantuan suami. Sy membuat pinjaman peribadi BIMB dgn ansuran bulanan RM1022 sebulan. 

Sejak mula sambung bljr di sini bnyk wang gaji dpt disimpan di sebalik kesempitan yg dirasai akibat nilai matawang RM yang jauh lebih rendah dr dinar Jordan. Elaun belajar & keluarga yg diterima sedikit sebanyak membantu meringankan beban kos kewangan di sini. Sebolehnya sy akn elak dr menggunakan duit gaji tp kdg2 terguna jg.

Target sy skrg ialah:

  1. Bebas hutang yayasan terengganu-sy gatal mohon pinjaman ini utk master sy dulu sdgkn mak dh sedia bgtau sanggup tanggung pngjian sy. Sy xnk menyusahkan mak sbb ijazah dulu 100% mak biaya dan sy langsung xamik PTPTN,  tup2 pertengahan pngajian master sy dpt tawaran sbgi tutor universiti dgn elaun tetap rm1800 tiap bulan. Jd sy ada dua sumber duit wkt tu. Kayo kayo hehe. Hutang yay skrg RM6980 drpd RM16,000.
  2. Mempunyai cash sebanyak RM330,000 ketika berumur 40 tahun inshaAllah. Dan RM450,000 ketika mencapai 50 tahun. Jadi ketika bersara umur 58 tahun nanti sekurangnya sudah ada separuh juta cash inshaAllah. Yg pasti kn disiplin menyimpan di TH sebanyak RM1000 sebulan!
  3. Membeli rumah apartment sbgi homestay atau sewa bulanan @  menambah tanah (Sy lebih suka membeli tanah sbrnya).
Yang pasti pulang ke Malaysia setelah tamat belajar nanti sy akan menambah hutang baru iaitu:
  • Beli kereta baru. Kereta saga sy adik sy dh amik & bayar setiap bulan.
  • Renovasi dapur dan rumah.
Risau terbeli kereta mahal memandangkan suami sy pulak jenis yg agak high taste sikit. kui3. Sy pulak asal ada cukup dan xyah bazir beli mahal2. Haa tengok perbezaan yg Allah buat antara suami isteri. Sy sgt kedekut nk beli brg mahal suami pulak sebaliknya. Ada baik dan buruknya sebenarnya. Yang pasti lps kawin dgn suami sy lebih terbuka pasal beli barang yg sedikit mahal dan suami pula belajar utk mula menyimpan duit. Lepas kawin sy mmg terkejut suami langsung tidak membuat simpanan khas hasil dr keuntungan bisnes komputernya. Jadi mula dari itu sy mula buat tabung khas suami isteri utk dimasukkan setiap hari. Jangan terkejut selama beberapa bulan tabung kami telah berjaya mencecah hampir seribu ringgit. Tapi skrg dh lama xbuat sejak datang ke joden. Balik msia nnt kena buat semula inshaAllah.

Ok, nak berehat. Jom tengok menu kami beberapa hari ni...

















Friday 5 June 2015

Jalan2 ke irbid (cerita 1/6/2015)

Kjadian yg berlaku pd lubna adalah ketika kami berada di irbid. Sebuah mantiqoh luar amman lebih kurang 90km pjlnn menaiki kereta. Hajat kami ke irbid utk sy membeli tudung yg dijual pljr msia di sini, makan2 di restoran melayu & singgah ziarah di rumah shbt.

Antara gambar kenangan yg smpt diambil spnjg berada di sana...


Restoran nur muhammad...


Di butik yam keladi..rambang mata..6 helai tudung sy beli..


Suami & kenalan ketika kecil...


Bersama k.tasnim pensyarah di unisza juga tapi lain fakulti...


Laksa thai di slatan restoran...


Roti canai di nur muhammad restoran...


Ini bukan di malaysia tapi di Irbid, Jordan. Di sinilah hampir 3000++ pelajar msia berada, komuniti msia paling besar di Jordan.

Smlm sy try pulak bt nasi daging merah yg kami mkn di sltan restoran...


Tabiat sy lps makan di mn2 sy akn try pula masak di rumah spy sy xlupa rasanya & dpt meneroka bahan yg mgkn digunakan dlm masakan. Klu dpt buat lebih sedap lagi baik.

Ok, nk baca sikit. Esok imtihan. Bnyk urusan minggu ni, nak cashkn cek di bank, amik isbat tolib, bt trip tack keta, renew road tax, imtihan nihaei, jaga lubna, beli brg persiapan tuk ramadhan. Xsabar nk habis & pulang ke msia. Capek duk di negara org sbg org asing. Belum citer urusan di spital baru ni wkt nk admit lubna di bhgian towari' (kecemasan). Duk sini kn tukar pepatah mjadi " hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri..."

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...