Tuesday 9 June 2015

Matlamat kewangan

Bila masa lapang selain dari membaca resepi sy sgt suka membaca blog kewangan berkenaan cara menggandakan kewangan melalui pelaburan dan penjimatan. Rasa fresh lepas baca blog2 sebegini. Ilmu yg sgt bermanfaat. Antara blog yg sy suka baca ialah:

http://www.mohdzulkifli.com/2011/07/langkah-pertama-menyimpan-rm1-juta.html
http://www.mohdsuhaimy.com/2007/04/25/masa-untuk-menikmati-kemewahan/
http://www.pakdi.net/

Ada banyak lagi blog yg berbicara ttg cara menjimatkan belanja dan menyimpan duit gaji supaya menjadi berganda2. Boleh google dan ada bnyk  pengalaman org yg suka menyimpan sehingga berjaya menjadi jutawan. Sedar xsedar sy juga menyimpan cita-cita seperti ini sejak kali pertama mendapat duit gaji tetap ketika berumur 26 tahun dulu (Skrg dh 31). Bezanya waktu tu sy belum berani memasang impian menyimpan sehingga kadar sejuta. Tapi sekarang selepas membaca pengalaman orang2 yg berjaya dalam kewangan rasanya perlu utk sasarkan matlamat spt ini. Kalau tidak mencapai sejuta pun sekurang-kurangnya menghampiri sejuta sudah cukup baik, inshaAllah.

Gaji pertama sy sbgi pensyarah dgn master kalau tidak silap berjumlah RM3000++ termasuk gaji hakiki dan elaun. Waktu tu rasa banyak sgt jumlah tu dan rs sgt teruja. Mujur masih ada iman dan kewarasan utk berjimat cermat. Saya mula merancang kewangan sy tapi dalam kepala belum meletakkan berapa target perlu disimpan. Yg pasti sy perlu menyimpan. Mak sy antara pendorong utama sy utk menyimpan berjimat cermat. Terima kasih mak.

Waktu tu perkara pertama sy fikir perlu dilakukan ialah bagi pada mak ayah setiap bulan selagi mampu dan belum berkahwin wkt tu. Gembiranya mak dan ayah menerima duit hasil dr gaji sy hanya Allah yg tahu. Hati rs sejuk dan lapang slps memberi. Oh ye, sebelum sy diserap menjadi pensyarah di universiti dgn gaji tersebut, sy sempat merasa gaji sbgi tutor dgn elaun sebanyak RM1800 sebulan. Ketika itu sy berumur 24 tahun dan masih sdg menyambung master di UIAM tahun kedua dan selepas itulah sy membeli kereta proton saga blm dgn ansuran bulanan RM425 shj. Setelah dilantik sbgi pensyarah sy mula membuat potongan bulanan utk dimasukkan ke TH RM1000 setiap bulan. Seterusnya menyertai pelan insuran takaful dgn medical card sebanyak RM100 sehinggalah sekarang. Ketika berumur 27 tahun sebelum berkahwin sy telah mengintai sebuah rumah banglo di bandar K.Terengganu dan alhamdulillah banglo berharga RM250k telah sy beli sebelum berkahwin dgn membuat pinjaman kerajaan. 

Hasil dr berjimat dan menyimpan sy mengaku banyak wang yg dpt sy simpan sehingga sekarang. Apabila gaji naik setiap tahun semakin bertambah simpanan. Maka sy mula memasang impian utk menambah aset. Cuti tahun lepas sy pulang ke Msia utk mencari tanah yg boleh dibeli sbgi pelaburan utk kemudian hari. Alhamdulillah 2 lot tanah telah sy beli atas sokongan dan bantuan suami. Sy membuat pinjaman peribadi BIMB dgn ansuran bulanan RM1022 sebulan. 

Sejak mula sambung bljr di sini bnyk wang gaji dpt disimpan di sebalik kesempitan yg dirasai akibat nilai matawang RM yang jauh lebih rendah dr dinar Jordan. Elaun belajar & keluarga yg diterima sedikit sebanyak membantu meringankan beban kos kewangan di sini. Sebolehnya sy akn elak dr menggunakan duit gaji tp kdg2 terguna jg.

Target sy skrg ialah:

  1. Bebas hutang yayasan terengganu-sy gatal mohon pinjaman ini utk master sy dulu sdgkn mak dh sedia bgtau sanggup tanggung pngjian sy. Sy xnk menyusahkan mak sbb ijazah dulu 100% mak biaya dan sy langsung xamik PTPTN,  tup2 pertengahan pngajian master sy dpt tawaran sbgi tutor universiti dgn elaun tetap rm1800 tiap bulan. Jd sy ada dua sumber duit wkt tu. Kayo kayo hehe. Hutang yay skrg RM6980 drpd RM16,000.
  2. Mempunyai cash sebanyak RM330,000 ketika berumur 40 tahun inshaAllah. Dan RM450,000 ketika mencapai 50 tahun. Jadi ketika bersara umur 58 tahun nanti sekurangnya sudah ada separuh juta cash inshaAllah. Yg pasti kn disiplin menyimpan di TH sebanyak RM1000 sebulan!
  3. Membeli rumah apartment sbgi homestay atau sewa bulanan @  menambah tanah (Sy lebih suka membeli tanah sbrnya).
Yang pasti pulang ke Malaysia setelah tamat belajar nanti sy akan menambah hutang baru iaitu:
  • Beli kereta baru. Kereta saga sy adik sy dh amik & bayar setiap bulan.
  • Renovasi dapur dan rumah.
Risau terbeli kereta mahal memandangkan suami sy pulak jenis yg agak high taste sikit. kui3. Sy pulak asal ada cukup dan xyah bazir beli mahal2. Haa tengok perbezaan yg Allah buat antara suami isteri. Sy sgt kedekut nk beli brg mahal suami pulak sebaliknya. Ada baik dan buruknya sebenarnya. Yang pasti lps kawin dgn suami sy lebih terbuka pasal beli barang yg sedikit mahal dan suami pula belajar utk mula menyimpan duit. Lepas kawin sy mmg terkejut suami langsung tidak membuat simpanan khas hasil dr keuntungan bisnes komputernya. Jadi mula dari itu sy mula buat tabung khas suami isteri utk dimasukkan setiap hari. Jangan terkejut selama beberapa bulan tabung kami telah berjaya mencecah hampir seribu ringgit. Tapi skrg dh lama xbuat sejak datang ke joden. Balik msia nnt kena buat semula inshaAllah.

Ok, nak berehat. Jom tengok menu kami beberapa hari ni...

















No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah