Tuesday 30 June 2015

Apa yg kamu tidak tahu...

Hakikatnya hidup di luar negara, kalau kamu tidak pernah merasa:

  • kecerewetan membawa ahli keluarga masuk ke negara lain
  • kecerewetan merenew visa ahli2 keluarga
  • membuat rawatan susulan ibu mengandung
  • bersalin di hospital & rawatan susulan bayi
  • membuat rawatan sakit berat
  • membuat rawatan ahli keluarga yg sakit ke hospital & klinik
  • membuat urusan beli kereta, cari kafil, tukar lesen, turun naik wizaroh
  • renew lesen kereta setiap 6 bulan
  • drive kereta sendiri
  • bawa kereta pergi service & kdg2 ditipu
  • ditahan polis trafik
  • urus umah sewa sendiri & segala maintenancenya
  • berseorangan pergi & balik dr jamiah tanpa rakan senegara
  • menjadi satu2nya pelajar asing dalam kelas
  • menyewa rumah jauh dr komuniti msykt malaysia
  • berjiran dgn orang arab atas bawah kiri kanan
  • membuat urusan penyekolahan anak di sekolah
  • mencuba pelbagai jenis makanan tempatan dari segala jenis nasi, sup, roti, manisan buah dan air serta mcm2 lagi.
  • belajar memasak makanann tempatan dgn orang tempatan
  • menghadiri majlis2 keraian msykt tempatan
  • macam2 lagi 

Kalau kamu tidak merasa separuh drpd pengalaman di atas, maka jangan kata kamu sudah cukup banyak pengalaman berurusan dgn msykt tempatan ketika berada di luar negara.

Kalau setakat jadi pelajar yg bujang, pergi dan balik dari jamiah ramai2 dgn kawan2 semalaysia. Nak renew visa pun longgok ramai2 & wakil setiap mantiqoh yg buat. Pegi sana sini naik coaster @ teksi. Jalan2 umah kawan asing ramai2 dgn rakan melayu (cb pergi sendiri, mgkn hanya boleh sengih mcm kerang sorang2 duduk tgh2 orang asing). Duduk pulak di kawasan yg penuh dgn orang malaysia, kanan kiri mudah je terserempak dgn org msia. Maka jangan cakap kamu dah banyak pengalaman dgn masyarakat tempatan.

Pengalaman tidak cukup sekadar melihat tapi kena rasa! Ramai yg suka cakap itu ini tapi sebenarnya dia xpernah merasa sendiri. Hanya tahu bercakap tapi bercakap atas dasar pengalaman org lain atau sekadar melihat dari jauh @ berdasarkan pengalaman sediri yg terbatas.

Alhamdulillah atas setiap pengalaman yg pernah dirasa. Walau pun pada awalnya rasa susah, lama2 mula biasa. Sekurangnya sy pernah mencuba & mencabar diri. Bukan utk berbangga tapi utk menutup pemikiran dan mulut manusia yg suka melihat kesusahan yg kita luahkan sebagai batu loncatan utk dia menunjukkan kebagusan dirinya dlm menangani kesusahan. Walhal dia xpernah merasa pun pengalaman2 spt di atas, tapi bercakap mcm dia lebih tahu.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Servis expander

Servis expander utk 30000km. Harga lebih dari est cost. Patut orang cakap harga makin naik. Kos servis kali ni RM489.