Thursday 27 December 2018

Rendang ayam pulut kuning

Buka sekolah tak lama lagi. Lubna akan masuk darjah satu. Sekolah di dar ehsan 7km dari rumah.
.....
Sambung menulis. Baru nak menulis macam2 dah anak buat. Tumpah makanan. Tumpah air. Menangis. Tak sempat nak menulis detail.  Lagi-lagi bila anak asyik nak berkepit 24 jam dengan ummi. Walid lagi seronok dapat me time berjam-jam.😂
Ummi dah macam apa. Tak sempat nak bercantik-cantik dah di rumah. Waktu kerja je dapat pakai elok sikit. Itu pun sebab anak tak berkepit pegi kerja.
Bukan nak buka pekung di dada. Tapi nilah nasib perempuan Melayu. Sebab perempuan Melayu terlebih rajin. Semua perkara nak cakna dan buat. Cari nafkah sama naik dengan lelaki.
Kena jadi pemalas & manja macam perempuan Arab barulah suami dan lelaki jadi lebih rajin. Tapi adat kita bukan begitu. Dari kecil anak perempuan terdidik begini, susah nak ubah sikap yang sudah menjadi adat.
Apapun masih bersyukur suami ada di sisi. Di sebalik kekurangan ada banyak kelebihan lain. Alhamdulillah.
Menu sarapan dan tengahari hari ini...

Pagi ni saya pasang sendiri rak yang dibeli kali kedua di cawangan ikea batu enam. Hehe. Lambat sangat nak tunggu suami pasang. Kebetulan dia ada laptop pelanggan perlu baiki. Siap pasang saya letak di bilik simpanan barang-barang. Rumah takde stor jadi terpaksa jadikan bilik sebagai stor...


Belum habis kemas sepenuhnya. Sakit badan angkat kotak-kotak yang agak berat. Mengemas tak pernah sudah. Ni belum sesi mengelap tingkap, siling dan segala yang di atas dinding. Memang tak terkejar 😂.

Wednesday 26 December 2018

Patin stim tempoyak

Meratah di malam hari...


Resepi citarasa sendiri cuba jaya mengikut rasa patin stim tempoyak yang pernah dimakan di restoran Azmy tempoyak Raub dulu-dulu...

Anak teruna pun tolong memasak. Walid kata dia pun ada tolong masak tapi ummi tak sebut pun. 🤣

Alyan tolong ummi 'masak' dari awal sampai akhir melekat kat dapur. Tulah maksudnya tolong masak 😂.

18 Disember baru ni hari gaji bersama bonus RM500 untuk penjawat awam. Boleh pulak nama saya tercicir dari kemasukan bonus. Telefon bendahari semalam dan hari ni selesai alhamdulillah dah dapat tadi cek dalam internet banking.

Patut tunggu punya tunggu tak masuk-masuk. Orang lain dah habis belanja hua2. Itu pun ringan mulut tanya rakan sepejabat. Ada yang kata dah masuk hari gaji hari tu. Ada yang kata saya tak perasan kot sebab mungkin bercampur-campur duit. Bab kewangan saya agak alert. Mustahil saya tak perasan jumlah RM500 lainlah kalau 50 sen.

Last sekali cek slip gaji online memang tak masuk! Kawan yang lain tertera dalam slip gaji bonus RM500. Jadi jelas lagi nyata bonus saya belum dapat. Lagi pula memang saya ada dua akaun. Baki duit akaun gaji saya akan transfer ke akaun kedua sebelum masuk gaji baru. Ini cara saya urus kewangan supaya tak terlebih belanja.

Staf di bendahari kata ada dua nama tercicir. Haha. Mujur saya call kalau tak memang senyaplah agaknya ye dah lebih seminggu pulak tu. Lepas ni kena lebih gigih cek. Sabar jelah.

Sunday 23 December 2018

Macam-macam lagi

Beli tudung jenama Atikah dengan midah di kiosk milik kakaknya di Kubang Lembek...

Beli 5 helai tudung sementara promosi ada. Tudung saya lebih banyak dari baju hihi.

Sambut hari kelahiran adik bongsu...


Hantar anak saudara ke pusat tahfiz quran...

Friday 21 December 2018

Kenduri rakan pensyarah

Akhirnya k.ti menamatkan zaman solonya dengan jejaka dari Kelantan...


Seronok makan kenduri sampai tak ingat dunia bila makan. Tu bahayanya bila pergi kenduri kendara. Memang makan sungguh-sungguh haha.


Thursday 20 December 2018

Macam-macam

Beli rak untuk kegunaan di dapur. Alhamdulillah puas hati. Dapur kecil sahaja 10 x 10 jadi kena menyimpan elok-elok untuk elak keserabutan...

RM140 pasang sendiri. Mudah saja pasangnya sebab suami yang pasang haha. Beli di kedai cawangan ikea & patchwork batu enam...


Kek karamel pelangi air tangan suami! Abang memang hebat!


Kelas semester ni dah selesai alhamdulillah😀


Saturday 15 December 2018

Macam-macam cerita

Adik saya yang duduk di UK pulang ke Malaysia kerana alahan mengandung yang agak teruk. Balik dengan anak kecil 1 tahun 4 bulan.  Rutin harian kami berubah. Kakak yang sulung banyak membantu menjaga anak sedara yang masih sangat memerlukan perhatian ibu.
Saya hanya mampu bantu bila hujung minggu. Kadang-kadang balik dari kerja terus bergegas ke rumah emak tolong tengokkan anak saudara. Tapi kadang saya sendiri pun letih memandangkan saya pun ada anak kecil berusia 1 tahun 9 bulan yang masih menyusu badan.
Masak oden di rumah mak...

Kenduri akikah di rumah u.firdaus. Cerita minggu lepas. Kerabu nangka muda memang rare dan sedap...


NR cafe...

Mandi hujan depan rumah nenek...

Wednesday 5 December 2018

Saturday 1 December 2018

Membeli di kedai kecil

Saya ada sebut dalam entri lepas tentang membeli-belah dengan skala yang kecil. Ya sekarang saya lebih suka membeli barang rumah secara sedikit. Sebab apa? Sebab beberapa sebab (berapa kali sebab kena sebut) antaranya ialah:
  1. Saya suka melepaskan tekanan perasaan melalui aktiviti membeli barang dapur atau barang peralatan rumah. Bila saya dapat keluar membeli 2-3 kali seminggu saya rasa cukup bahagia  dan tenang. Bayangkan kalau 3 kali pegi membeli-belah di pasaraya besar yang ada macam-macam produk menarik nafsu 3 kali tiap minggu. Sekali belanja konpem atas RM120, kalau 3 kali pergi seminggu darablah RM120x3=RM360! Tak berbaloi. Tu belum masuk pergi kedai kecik-kecik lagi. Kebanyakan barang yang dibeli pulak lebih kepada kehendak bukan keperluan. Saya rasa dah berbulan jugak tak pergi ke mydin mall. Giant mall ada sekali dua. Selebihnya saya membeli di kedai berdekatan rumah atau di sabasun yang tidak ada perkhidmatan kad kredit.
  2. Saya nak elak guna kad kredit di pasaraya. Sebabnya kalau guna kad kredit saya jadi tak kisah nak belanja sampai RM150 pun yang mana sangat merbahaya. Jadi sekarang saya akan lebihkan penggunaan kad kredit untuk tempahan online sahaja atau untuk tiket kapal terbang (Rasa dah lama tak terbang sejak habis belajar).
  3. Saya perasan dapat jimat banyak duit dan makan dengan lebih sihat bila tak membeli di pasaraya. Ada extra beberapa ratus yang boleh disimpan akhir bulan. Biasanya saya akan masuk ke akaun kedua untuk apa-apa peruntukan seperti servis kereta @ membeli barang kehendak. Dapat elak beli junk food jugak. Kat pasaraya macam-macam jenis junk food yang baru dan diupgrade. Memang kadang-kadang tergoda. Bila tak pergi memang tak belilah sume tu. Kalau di kedai kecil junk food memang tak menggoda langsung. Haha.
  4. Bila beli di kedai kecil, saya mengajar diri untuk fokus. Fokus oada barang keperluan sahaja. Dapat kawal nafsu walaupun kadang terbabas juga. Tapi ahsan dari membeli di pasaraya besar. 
  5. Saya malas nak berjalan jauh dengan anak-anak semata-mata nak beli 3-5 jenis barang sahaja. Tak berbaloi pergi pasaraya besar. Kang tak pasal belanja pun besar. Malas nak berpusing-pusing cari barang. Lain yang dicari lain yang dibeli. Dalam kereta frust sebab habis banyak dah belanja tapi barang yang dicari tak jumpa-jumpa. Hihi. Terpaksa pulak singgah kedai lain. Haa duit lagi.
Saya bukan boikot pasaraya besar tapi saya elakkan pergi setiap minggu atau setiap bulan. Kalau pergi pun sebab barang yang nak beli takde di kedai kecil. Dan nasihat saya kalau gaji besar belas ribu takpelah kalau nak gi berbelanja di pasaraya besar pun. Tapi yang rasa cukup-cukup makan saja tak perlulah kerap membeli di pasaraya besar. Kadang di kedai kecil harga barang lebih mahal dari di pasaraya tapi bagi saya itu lebih selamat dari saya pergi ke pasaraya barang murah seposen dua tapi saya borong semua. Haha.

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...