Friday 27 May 2022

Picnic pulau Warisan

Picnic adhoc kebetulan asyik baring petanga jumaat. Goreng nasi dan bawa bekal ke sana...

Hajat nak beli di stall yang banyak dibuka tapi sebab ramai sangat orang tak jadi pergi. Mujur dah siap bawa nasi goreng. Saya ni bab beratur dan berebut memang lemah. 

Hujung minggu sekarang saya dah tak buka laptop dan komputer. Saya nak bebas dari fikir pasal kerja atau kenaikan pangkat. Rasa cukuplah apa yang ada. Ada rezeki InshaAllah saya akan mula semula lepas habis jawatan. Sekarang ni slow sahaja. Lambat pun tak mengapalah. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada sekarang. Bila diimbas semula, dapat selesai PhD awal dan on time pun satu kesyukuran yang tidak terhingga.

Impian saya sekarang nak berjalan ke luar negara, nak belajar di luar negara, dan buat rumah baru, nak didik anak sehingga berjaya. Amiin ya Rabb..

Thursday 26 May 2022

Majlis raya FBK 2022 dan anak kena 2022 demam campak

Anak kedua kena demam campak sudah hampir 4 hari. Sekarang berjangkit ke anak ketiga pula.


Dah kering dan mengecut. Kalai ikut kuarantin di rumah sehingga esok. Semakik pulih dan tak bertambah alhamdulillah. Doktor bagi ubat  makan dan krim kulit. Susah nak makan ubat jadi krim jelah rawatan hari2. Sekarang adiknya pula berjangkit. Kesian pula dengan exzema lagi. Sedih tengok anak bila sakit dan tak sihat. 

Ini pula jamuan raya fakulti semalam. Adhoc juga dengan jemputan semua pelajar juga. Makanan banyak alhamdulillah. PPBA menyumbang sate, nasi impit, kuih kacang, ketupat palas, rendang ayam dan tapai. 



Seronok alhamdulillahm. Macam2 menu ada antaranya nasi dagang atas tol, nasi gulai kawah dan kari ayam (sedap kari ayam), nasi beriani, nasi tomato, laksa penang, laksa merah, makaroni goreng, roti jala dll. 



Sunday 22 May 2022

Balik kelantan..

Balik kelantan kali ini lebih kepada program alumni maahad sempena raya aidilfitri suami. Tapi keluarga tak dijemput hanya bekas pelajar MML sahaja kui2.

Dah plan balik kali ini nak makan ikan bakar air asam. Berharap jumpalah kedai yang lokasinya tela berpindah ke tempat baru. Alhamdulillah jumpa juga. Kedai ni dalam jam 8 malam baru dibuka. Kedai nasi ulam dan sambalnya yang sangatlah sedap... 



Untuk semua ini termasuk air teh o peng tiga gelas dan bingsu ialah RM57. 


Meleleh air liur masa menulis blog ni. Antara menu baru yang ada meliputi masakan panas7.. 


Balik kali juga kami duduk di hotel sahaja memandangkan rumah nenek/sepupu suami ada tetamu lain tak cukup bilik pula. Jadi booking hotel murah dan sangat memuaskan... W hotel..



Selesa. Harga RM76 sahaja satu malam! Katil pula ada satu king dan satu single. Tekanan air kuat. Cuma tandas agak lama dan tak berapa dicuci bersih. Geram rasa nak sental lumut yang ada. Huhu. 

Makan2 di hotel hidang atas katil.. 



Anak2 paling seronok macam biasa. Yang paling kecik dah andai menikmati cuti2 hotel. Melompat2 suka atas katil. Suka hati tengok bila anak gembira. Walau pun hotel biasa2 sahaja, xde kolam xde breakfast. 


Beraya di rumah kawan baik suami... 
Dijamu nasi hujan panas. Alhamdulillah. Cantik rumahnya happening dan penuh dekorasi. 

Suami dapat hadiah cabutan bertuah sempena programnya di hotel perdana. Prog berlangsung waktu malam selepas maghrib... 




Monday 16 May 2022

Jamu raya kawan suami

Suami sebut nak jamu kawan usrahnya nasi arab. Kalau diikut muak juga nak masak nasi arab tapi terpaksa jugalah demi suami tercinta ciiwah. Tak jemput ramai sebab takut penat nak masak banyak. Kawan2 saya sendiri memang saya xjemput sebab rasa penatnya nak melayan. Kuang2. Kecuali rakan syikin yang kebetulan sebut nak jalan rumah tengok bahagian yang saya reno tahun2 sudah. Kihkoh.

Oklah jomlah tengok apa ada. Jemput mak abah dan adik2 juga, jiran yang ada, yang xde kita bungkuskan... 




Ahli keluarga makan dalam rumah...

Persiapan di luar rumah... 

Memang tujuan utama reno luar ni sebab nak menjamu di luar rumah. Senang tak perlu kemas dalam rumah dan x bersepah. Alhamdulillah. 

Menu utama nasi mandy di samping makaroni goreng, kek coklat karamel, kek coklat pisang, samosa kentang dan air teh. Kuih muih tempah sahaja. Simple tapi penatlah jugak sebab dah lama tak masak banyak. Cakap dengan suami tadi sakit badan open house kali ni. Tahun depan mmg xbuat dah kehkoh. Mungkin faktor umur dan anak2 masih kecil. 

Beras 3kg
Ayam 3 ekor
Makaroni 1 pek
Kambing sikit
Kek coklat pisang RM35
Kek karamel coklat RM17x2




Saturday 14 May 2022

Vaksin Covid anak 5 dan 10 tahun

Baru lepas jerit halilintar tadi. Anak tiga ni memang harimau bintang bulan semua boleh jadi.

Siang tadi cucuk anak vaksin Covid di klinik Mujahid, Buluh Gading. Walk in sahaja antara jam 9-1pm. Masih percuma sehingga akhir Mei ini.


Mula2 anak2 macam takut2 je. Tapi lepas kena brainwash, pujuk dan bagi kata semangat jadi berani pula masing2. Alhamdulillah. Turun dengan walid sahaja, ummi susukan halaa. Perlu pujian baru jalan kihkoh. 

Jamuan akikah jiran mak semalam. Segan nak pergi tapi mak kata dah minta izin tuan rumah. Majlis di chalet berdekatan rumah... 

Thursday 12 May 2022

Jamuan raya jabatan ala kadar sahaja..

Bersekali bengkel semakan BAS semalam buat sekali jamuan raya potluck PPBA. Sekadarnya sahaja. Walau pun diminta setiap ahli bawa potluck tetapi seperti biasa bukan semua taat dan patuh. Huhu. Takpe hari ni hari kita jadi ketua, hari orang lain jadi ketua kita balas๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Tak sabarrr tunggu orang lain jadi ketua. Ramai lagi yang belum jadi ketua jabatan. Kehkoh. Apa pun alhamdulillah dapat juga jamu staf pentadbiran serba sedikit apa yang ada...

Gambar yang ada... 






Atas semua sumbangan makanan semoga Allah membalas mereka dengan yang lebih baik. 





Wednesday 11 May 2022

Selesai urusan tertunda...

Alhamdulillah puas hati dan lega banyak urusan tertunda berjaya diselesaikan semalam. Kelas pun takde semalam jadi decide untuk buat urusan di luar sekejap.

Ke bank islam di giant untuk tukar kad debit yang dh 9 bulan expired. Huhu. Berapa kali gi bank islam macam2 masalah. Kad habis, bank dah nak tutup dan tutup sebab Covid. Suami pun tukar kad baru juga. Lega semua. Baru tahu akaun awfar suami dan dibekukan dan jumlah yg ada sebanyak 400 masuk ke bank utk duit simpanan yang tidak dituntut. Satu urusan lain pula lepas ni. 

Ke yayasan Terengganu bayar keseluruah pinjaman pelajaranmasa master dulu. Sempena jubli emas negeri Terengganu dapat diskaun 50% potongan hingga 31 Mei ini. Perlu bayar RM1465 selepas potongan dari baki. Alhamdulillah. Selesai hutang berjumlah RM16k sejak 2008 lagi.

Ke etiqa bandar untuk urusan tunggakan bayaran gst berjumlah RM19.80. Dari tahun terima mesej dari etiqa dan surat minta bayar tunggakan ini. Kelakar betul. Macam2 urusan. 

Last skli singgah makan jamuan terbuka dun ladang.. 


Amik makan dalam kereta sbb ramai sgt orang. Kelaparan sangat masa ni sebab dah ke sana ke mari dari pagi. Macam2 menu ada kami tapau makan dalam kereta. Kihkoh. 



Saturday 7 May 2022

Raya 2022

Raya mengejut. Hampir seminggu semua adik beradik berkampung di rumah mak abah...


Macam2 kami masak. Macam kemaruk masak termasuklah adik ipar... 




Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...