Wednesday 11 May 2022

Selesai urusan tertunda...

Alhamdulillah puas hati dan lega banyak urusan tertunda berjaya diselesaikan semalam. Kelas pun takde semalam jadi decide untuk buat urusan di luar sekejap.

Ke bank islam di giant untuk tukar kad debit yang dh 9 bulan expired. Huhu. Berapa kali gi bank islam macam2 masalah. Kad habis, bank dah nak tutup dan tutup sebab Covid. Suami pun tukar kad baru juga. Lega semua. Baru tahu akaun awfar suami dan dibekukan dan jumlah yg ada sebanyak 400 masuk ke bank utk duit simpanan yang tidak dituntut. Satu urusan lain pula lepas ni. 

Ke yayasan Terengganu bayar keseluruah pinjaman pelajaranmasa master dulu. Sempena jubli emas negeri Terengganu dapat diskaun 50% potongan hingga 31 Mei ini. Perlu bayar RM1465 selepas potongan dari baki. Alhamdulillah. Selesai hutang berjumlah RM16k sejak 2008 lagi.

Ke etiqa bandar untuk urusan tunggakan bayaran gst berjumlah RM19.80. Dari tahun terima mesej dari etiqa dan surat minta bayar tunggakan ini. Kelakar betul. Macam2 urusan. 

Last skli singgah makan jamuan terbuka dun ladang.. 


Amik makan dalam kereta sbb ramai sgt orang. Kelaparan sangat masa ni sebab dah ke sana ke mari dari pagi. Macam2 menu ada kami tapau makan dalam kereta. Kihkoh. 



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...