Monday 16 May 2022

Jamu raya kawan suami

Suami sebut nak jamu kawan usrahnya nasi arab. Kalau diikut muak juga nak masak nasi arab tapi terpaksa jugalah demi suami tercinta ciiwah. Tak jemput ramai sebab takut penat nak masak banyak. Kawan2 saya sendiri memang saya xjemput sebab rasa penatnya nak melayan. Kuang2. Kecuali rakan syikin yang kebetulan sebut nak jalan rumah tengok bahagian yang saya reno tahun2 sudah. Kihkoh.

Oklah jomlah tengok apa ada. Jemput mak abah dan adik2 juga, jiran yang ada, yang xde kita bungkuskan... 




Ahli keluarga makan dalam rumah...

Persiapan di luar rumah... 

Memang tujuan utama reno luar ni sebab nak menjamu di luar rumah. Senang tak perlu kemas dalam rumah dan x bersepah. Alhamdulillah. 

Menu utama nasi mandy di samping makaroni goreng, kek coklat karamel, kek coklat pisang, samosa kentang dan air teh. Kuih muih tempah sahaja. Simple tapi penatlah jugak sebab dah lama tak masak banyak. Cakap dengan suami tadi sakit badan open house kali ni. Tahun depan mmg xbuat dah kehkoh. Mungkin faktor umur dan anak2 masih kecil. 

Beras 3kg
Ayam 3 ekor
Makaroni 1 pek
Kambing sikit
Kek coklat pisang RM35
Kek karamel coklat RM17x2




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...