Friday 27 May 2022

Picnic pulau Warisan

Picnic adhoc kebetulan asyik baring petanga jumaat. Goreng nasi dan bawa bekal ke sana...

Hajat nak beli di stall yang banyak dibuka tapi sebab ramai sangat orang tak jadi pergi. Mujur dah siap bawa nasi goreng. Saya ni bab beratur dan berebut memang lemah. 

Hujung minggu sekarang saya dah tak buka laptop dan komputer. Saya nak bebas dari fikir pasal kerja atau kenaikan pangkat. Rasa cukuplah apa yang ada. Ada rezeki InshaAllah saya akan mula semula lepas habis jawatan. Sekarang ni slow sahaja. Lambat pun tak mengapalah. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada sekarang. Bila diimbas semula, dapat selesai PhD awal dan on time pun satu kesyukuran yang tidak terhingga.

Impian saya sekarang nak berjalan ke luar negara, nak belajar di luar negara, dan buat rumah baru, nak didik anak sehingga berjaya. Amiin ya Rabb..

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...