Sunday 26 October 2014

Apa yg menjengkelkan tentang orang Arab?

Pengalaman selama setahun sebulan berada di Jordan telah sedikit sebanyak memberi sy pengetahuan tentang masyarakat Arab di sini.

Apa yg sy boleh simpulkan orang Arab ni kalau dia baik memang baik sngt, tp kalau waktu dia teruk memang sgt menjengkelkan.

Peratusan baik dan buruk sikap arab ni boleh sy nisbahkan dgn kadar 40:60. Yg buruk tu lebih sedikit dr baik. Nak buat mcm mana, sikap arab sendiri yg menjadikan mereka selalu dianggap sebagai masalah walau di mana mereka berada.

Hatta di Malaysia sekali pun, kalau di UIAM contohnya pelajar2 arab selalu dianggap menjengkelkan kerana terlalu bnyk meminta itu dan ini ditambah pula sikap mereka yg suka berlagak lebih pandai dan bagus. Tidak mahu ikut peraturan dan selalu nak orang lain yg ikut cara mereka.

Sy pernah bekerja sbgi penterjemah bahasa Arab di sebuah resort 5 bintang selama sebulan di Langkawi. Sy dapati rata2 staff hotel menolak sekiranya terpaksa berurusan dgn pelancong arab. Salah faham dan pertelingkahanseringberlaku di antara staff hotel dan pelancong Arab. Awalnya rs pelik tapi bila sudah mula bermuamalah dgn pelancong arab di sana barulah sy tahu! Rama-rama berterbangan dalam bilik hotel riuh satu resort! Belum lg pelancong arab yg lewat check out dan marah2 di depan kaunter krn takut ketinggalan flight. Rasa malu dgn pealncong bangsa lain yg hanya melihat sikap pak arab yg agak biadab.

Sy juga pernah terbaca di  UK, komuniti arab di sana dicemuh kerana tidak mahu mematuhi undang2 jalan raya! Contohnya parking kereta sesuka hati. Oh, sebenarnya sikap ini sangat tepat dgn sikap arab di jordan juga.

Sy berhajat nk tulis dlm bentuk point sikap2 arab yg kurang disenangi spanjang berada di sini. Tapi rs penat belum reda. Nantilah sambung semula.

Sambung sedikit komentar. Tulisan ini bukan untuk memburukkan orang Arab tapi untuk memberi sedikit pendedahan pada mereka di luar sana tentang sikap dan budaya Arab yg sebenar.

Setiap kali sy bertemu dengan orang Arab yg baru dikenali, mereka pasti akan bertanya adakah kamu sukakan Jordan?? Oh! sy sangat alahan dgn soalan ini. Adakah sy perlu memuji Arab setiap kali ditanya soalan ini?! Untuk megelakkan jawapan yg negatif maka sy akan menjawab sy sukakan cuaca Jordan yg segar dan sejuk! Tapi di dalam hati sy akan menyambung: tetapi sy x sukakan sikap kamu yg kasar dan kadang2menyinggungkan. kih2.

Ada beberapa sebab kenapa sy banyak bertanggapan negatif pada Arab khususnya di Jordan:

1) Suka membuang sampah merata-rata dan langsung tidak menjaga kebersihan. Kalau sy tunjukkan gambar di salah sebuah tandas wanita di World Islamic and Science & Education uni di sini pasti sume akan termuntah. Sedih. Drpd tahun pertama begitu sehinggalah skrg tiada perubahan. Tisu merata2. Dalam jamban jgn cakaplah, najis ditinggalkan sana sinun. Kalau di jalan berlonggok2 sampah berterbangan dgn habuk. Kalau jalan xpijak sampah tu mustahil sekali. Gejala kotor sudah menjadi satu krisis di Jordan. Tapi mereka langsung tidak menyedari.

2) Budaya merokok di tempat awam dan di kawasan larangan merokok berleluasa. Merata2 bau asap rokok. Dalam teksi, bilik berhawa dingin, dalam universiti, di pejabat2 kerajaan, semua tempat xde yg terkecuali dr perokok2 tegar Jordan. Sedih. Mereka adalah orang Islam juga tapi hanya pd nama tidak pada sikap dan perbuatan. Puntung rokok xpayah cakaplah ada di mana2.

3) Suka melanggar peraturan lalu lintas. Suka behenti di tengah jalan secara tiba2 demi untuk menurunkan penumpang atau mengambil orang atau bercakap dgn org di luar kereta. Sangat tidak bertamadun. Suka masuk jalan orang tanpa signal. Melawan arus jalan. Parking senget. Banyak lagi xtertulis di sini. Kalau di Malaysialah buat macam ni dah lama kereta kita kn hempuk. Tapi kt ini satu pemandangan biasa melanggar peraturan lalu lintas. Yg bagusnya satu mereka bertolak ansur dgn pejalan kaki.

4) Memaksa kita mengikut cara mereka. Sgt menjengkelkan. Cakap kat kita pandai ,suh kita biasakan makan makanan arab padahal diorg sendiri xpernah nak cuba makanan atau memahami budaya dan adat kita. Kalau diminta cuba diorg akan menolak kononnya xkena dgn selera atau rasa. Kononnya makanan Arab punya lebih sedap yg kita punya ada je xkena. Ada sorang jiran Arab bgtau klu nk fasih bahasa Amiyy sy kn kerap menziarahi jiran2 bercakap sesama jiran. Amboi dia ingat sy ni dtg sini nak gi jalan2 umah orang ke? 

5) Suka bermuka-muka dan puji-memuji. Padahal kalau di belakang dikutuknya kawan tu @ pensyarah tu. kih3.

6) Ada Arab sangat tidak mesra ketika berurusan dgn mereka. Bila kita buat muka bekeng atau nak marah atau nak melawan semula barulah diorg tersengih2. Ada beberapa kali bertemu dgn orang macam ni ketika melakukan urusan rasmi di pejabat kerajaan dan universiti. Kadang2 makan dalam jelah. Kalau mood xbaik baru buat samseng. keh3. Rupa2nya Arab ni nampak cam garang je pdhl klu kita lawan balik diorg baik je atau ikut je kehendak kita melainkan klu dia tgh sibuk sgt.

7) Suka berubah-ubah sistem dan peraturan. Pening kepala dgn sistem mereka. Kali pertama berurusan gn peraturan A, kali kedua berurusan guna peraturan B pula. Urusan dgn pegawai ni macam ni,urusan dgn pegawai tu macam tu pula. Ish mana satu ni?? Menyusahkan orang luar seperti kami.

8) Kanak-kanak Arab yg nakal. Waktu mula2 duduk di rumah sewa rumah kami beberapa kali dibaling batu pada pintu. Geram sangat. Sampai ada satu kali tu suami tekad mengejar budak2 yg membaling batu. Budak2 yg xsempat lari sume macam takut. Masing2 cakap bukan mereka yg baling tapi ada 2 kanak2 pelarian syria dan palestin yg baling. Sempatlah bg amaran pd budak2 ni. Tapi lepas tu berlaku jg beberapa kali cuma tidak kerap. Belum lagi budak2 main tekan2 loceng rumah dan melarikan diri. Rasa kalau di Malaysia macam ni konpem dh kena saman mak ayahnya. Alhamdulillah, skrg dah xkerap berlaku. Kalau ada pun budak2 main tekan loceng sekali dua.

Oklah,setakat ini yg terfikir. Nanti sambung lagi bahagian yg menjengkelkan klu ada. Kalau xde sy sambung tulis bahagian bagus pada Arab ni. hi2.





No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...