Wednesday 15 October 2014

Kelas sudah pun bermula!

Minggu ni merupakan minggu pertama sem I bagi sesi 2014/2015 bagi WISE uni. Saya sudah pun menghadiri 2 kelas bagi subjek طرائق التعلم والتعليم dan تعليم ذوي الاحتياجات الخاصة في المدرسة العادية yg berlangsung pada hari ahad dan selasa semalam.

Hmmmm...banyaknye kerja. Lebih menakutkan doktor memberi masing2 tajuk unutk dibentangkan pada stiap kali kelas. whoaaaaa....rasa nak balik msia sekarang jugak! Dalam kelas berasap je kepala mencatat itu ini kehendak para doktor. Kena mendengar dgn laju dan respon dgn laju. Kalau lambat confirm ke lautlah jawabnya. 

Hasilnya setiap kali balik kelas sy akan rasa monyok dan tidak bermaya. Rasa sedih dan murung tiba2. Memang dr sem lepas macam tu. Ingatkan bila dah masuk sem 3 semakin ok rupanya perasaan yg sama. Takut, berdebar-debar, gelisah setiap kali nk masuk kelas dan selesai kelas. Mungkin sebab suasana kelas dgn arab ni rasa mcm stress je. Masing2 dah berumur dan datang ke kelas dgn masalah masing2. Rasa xseronok dgn suasana kelas begini. xpelah mungkin minggu pertama. 

Petang ini ada kelas lagi jam 3.30 petang. Harapnya ok2 saje. Kalau tidak monyok lagilah nampaknya. kihkoh. Ya Allah kurniakanlah kami hati yg waja dan cekal atas jalan yg kami pilih ini.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...