Thursday 16 October 2014

Kenduri kawin orang Arab Jordan

Kebetulan umah sewa kami di Tabarbour berdekatan dgn padang yg lapang. Ingatkan padang lapang tu untuk budak2 main bola sepak je, rupanya kalau kt sini org Arab buat tempat majlis perkahwinan sekali!

Hari ni kami tengok sendiri khemah2 didirikan dan dipasang kain rentang antara tiang sebagai dinding.Belum masuk lampu gantung dipasang menggunakan kren apa ntah. Tinggi nun di atas sana. Dalam  hati terfikir macam grand jugak kenduri kali ni. Alamat bisinglah malam nanti.

Dan sekarang dh pun jam 11.41 malam, bunyi org menyanyi dan alat muzik dimainkan dgn sgt kuat sejak dari lepas solat isyak tadi masih kedengaran. Hmm, kalau sedap muzik  tu xpelah juga. Tapi lil asaf memang xsedap didengar bahkan menambah gundah-gulana.

Suami sempat amik gambar dari luar umah tapi malas pulak nk amik dr enpon suami. Nnt bila rajin boleh upload.

Skrg  Lubna dh tidur, jadi sy amik peluang bacaapa yg  boleh. Tapi masalahnya mood membaca pun dh berkurangan bila menjelang lewat malam. Badan dah penat, otak rs nak santai je. Mengantuk apatah lagi. Tapi bila terfikirkan banyak yg perlu dibaca spnjg kelas sem ni rs gelisah xboleh tidur pula.

Subhanallah..Ni maksudnya kurang berzikir, hati cepat rs gelisah. Tambah lg bila uzur lagilah terasa jauh dgn ketenangan. Allahuakbar.

**Hari ni bila tertengok gambar bersama ahli keluarga di Malaysia cuti baru ni hati diruntun rs sedih dan rindu. Nampak gaya sy kena elakkan diri dr menatap lama gmbr kenangan bersama keluarga tersayang. Kalau tidak hati akn rs sedih je memanjang.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...