Wednesday 1 October 2014

Selepas beberapa hari membaca...

Semalam ketika hampir berputus asa pada tajuk yg bakal sy tulis, sy mula berkira2 untuk melihat semula tajuk yg dicadangkan oleh dr.hamdan ketika kelas halaqatul bahas pd sem I yg lepas. Doc telah mengubah hampir 85% cadangan tajuk yg pernah sy usulkan pada UniSZA dulu. 

Nampak gaya bentuk kajian sy lebih cenderung kepada cadangan dr. hamdan. Proposal pun hanya sedikit yg perlu diolah. Semoga Allah memudahkan langkah ini.

Bila difikir2, ketakutan utama sy dalam pemilihan tajuk proposal ini adalah disebabkan kebimbangan sy pada sampel kajian. Bukan mudah untuk mencari dan mengumpul pelajar sbgi populasi kajian di sini. 

Saya xboleh masuk sebarang institusi atau sekolah kerana bahasa Arab di sini dipelajari sbgi bahasa ibunda mereka. Sedangkan kajian sy hanya memerlukan pelajar yg mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua atau asing sahaja.

Ini  adalah sebab utama knpa sy bersusah payah membaca iaitu semata2 untuk menukar bentuk kajian drpd quantitative kepada qualitative! walhal sebenarnya sekiranya sy melakukan kajian qualitative sy masih perlu melakukan observation, interview dan testing the model! Hmm nampak gaya research dlm bidang pendidikan xboleh lari dr kajian lapangan. Nak x nak mesti kena turun padang juga. 

Saya ada cuba cari thesis dan kajian dalam P&P yg tidak memerlukan sampel kajian tp langsung xbanyak malahan hampir xde. Kalau ada pun skadar evaluate kurikulum dan perlu jugak interview orang atas utk mengukuhkan penilaian kita. Rasanya itu lebih sukar. Tajuk sy dulu untuk develop sistem penilaian kemahiran bertutur pun perlukan sampel kajian untuk diuji reliability dan validity mode; cadangan. Bukan boleh sesuka hati mencadang dan membina.

Ini hasil pemahaman sy berdasarkan pembacaan kasar selama 2 minggu ni. Sy akan teruskan membaca hingga sampai satu tahap sy yakin dgn apa yg bakal sy tulis nanti.

** Saya perasan semangat belajar sy semakin baik dan kuat semenjak pulang dr bercuti di Malaysia baru ni. Mungkin sebab sudah melihat wajah2 kesayangan, sudah menyelesaikan beberapa perkara penting di msia, hati jadi lebih tenang utk  fokus dlm pelajaran inshaAllah. 

DOAKAN KEJAYAAN SAYA DAN KELUARGA DI SINI!

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...