Friday 31 October 2014

العرض الشفهي لمساق طرائق التعليم والتعلم

Baru lepas bagi sentuhan terakhir untuk kertas pembentangan Ahad ini.

Rasa xberdebar pun. Ini tandanya pada hari kejadian nanti saya akan berdebar melampau-lampau.

Dah biasa keadaan macam ni. Kalau sebelum tu dah berdebar jadi semasa berlaku tidak berdebar sangat. Kalau sebelum tu tak berdebar maka sebaliknya pula ketika semasa kejadian. Saya try untuk berdebar sekarang tapi tak menjadi. Rasa relax je. Tengoklah ahad nanti berdentam-dentum bunyi jantung, harap tak tergeliat lidah sudahlah.

Kebiasaan kelas master dan PhD presentation adalah salah satu mutatollabat bagi subjek. Jarang kelas yg xde presentation daripada pelajar. Memang berdebar2la kalau kelas yg ada presentation tu. Rasa nk cepat habis je time present. 

Style saya lebih banyak membaca bahan yg dipresent dr bercakap spontan. Rasa xyakin lagi nk cakap spontan. Ingatkan sy je mcm tu rupanya hampir kebanyakan pelajar Arab pun melakukan perkara yg sama sedangkan presentation adalah dlm bahasa ibunda mereka bahasa Arab. Tapi sbnrnya itu lebih baik daripada merapu sana sinun. Macam ada sorang dua student Arab bila present suka sangat cakap keluar dari topik pembentangan. Doktor pun geleng kepala, rakan2 picit kepala sendiri. Tersengih2 sy tengok gelagat masing2,

oklah, lubna dh dtg kacau!

Sambung sikit donut frozen pemberian k.su smlm. Sedap sgt! Sy ni xtaulah bila nk pandai buat kuih. Klu buat kuih atau kek sll xjadi...


Balik dr solat jumaat tadi, suami buat kejutan belikan perfume...


Waah dh lama xpakai perfume kt umah. Kihkoh. Murah je suami beli jod1 bersamaan RM4.60 arganya. Hi2. Mungkin yg jenis rejected tapi xpe yg penting masih ada bau wangi.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...