Friday 18 June 2021

Saya tidak berada dalam kasut mereka...

Bila PKP banyak orang terkesan terutama pekerja swasta dan orang bisnes kecil atau besar. Suami saya tidak terkecuali kerana dia adalah seorang freelancer membaik pulih komputer dan menjual.
Saya tidak merasa apa yang mereka rasa kerana saya menerima gaji bulanan tetap. Tapi saya sudah membiasakan diri untuk menyimpan lebih walaupun gaji naik tiap tahun dan boleh membeli dengan berhutang samada kad kredit atau pinjaman peribadi. 

Awal kahwin saya sudah berfikir kerana kewangan suami tidak bersifat tetap maka saya perlu lebih bijak mengurus ekonomi keluarga. Saya tidak mahu bersusah hati kerana duit sedangkan kami berpeluang untuk bahagia dan gembira. 

Antara perkara pertama perlu buat ialah membina kesedaran dengan pasangan tentang situasi kewangan dan apa akan jadi kalau boros dan suka meminjam kredit. 

Saya tidak suka membuat pembelian secara hutang kredit menggunakan kaedah 0 installment iaitu membayar hutang ansuran secara bulanan dgn kadar minimum tanpa sebarang caj tambahan. Saya tak suka beli barang menggunakan duit simpanan dari tabung haji sebagai contoh walaupun mudah keluar masuk duit hanya di hujung jari. Duit simpanan adalah untuk perkara besar seperti renovate rumah. Untuk pembelian bawah 2k saya akan guna dari gaji bulanan dan menangguh kehendak dan berbelanja mengikut baki gaji yang ada setelah ditolak perbelanjaan lain.

Sekiranya menggunakan kad kredit untuk pembelian 4k ke atas (cth beli peti ais tahun lepas) saya akan pastikan transaksi dan pembayaran semula berlaku dalam masa 20 hari. Saya akan beli di tengah bulan gaji dan dekat dengan tarikh gaji baru akan masuk supaya saya boleh bayar menggunakan gaji lama dan baru. Settle walaupun perit kerana perbelanjaan 2 bulan akan jadi sedikit ketat. Tapi ini lebih baik dari mengeluarkan duit simpanan atau membuat 0 installment. 

Sebab utama saya tak gunakan duit simpanan kerana tak nak biasakan diri ambil sesuka hati untuk beli barang kehendak, nanti akan terbiasa dan sukar nk konsisten menyimpan. Manakala 0 installment saya rasa seperti menipu diri sendiri kerana kita rasa beli sikit je dan peluang untuk berhutang lagi adalah sangat tinggi. Tak mahu sedap berhutang dalam keadaan hutang rumah, tanah masih ada tiap bulan. Kalau tak cukup duit bulan tu saya akan tangguh kehendak dan bersabar dan tidak akan sentuh simpanan. 

Wabak covid mengajar manusia untuk sentiasa beringat. Lihat bagaimana manusia yang tidak mahu beringat akhirnya lelah saat pandemik seperti ini. Saya sentiasa mengingatkan suami, kita tak tahu masa akan datang ujian kewangan bagaimana. Jadi bila membeli kena berwaspada bukan ikut orang atau suka. Pasang misi simpanan sebelum umur 40 dan jangan tunggu hari tua. 













No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...