Sunday 27 June 2021

Vaksin sinovac Dos 1

Alhamdulillah selesai dos 1 dengan tidak semena-mena. PPV UniSZA call dalam jam 4pm masa tu tengah menggoreng jemput2. Kelam kabut bersiap dan suami seperti biasa gigih drive menemani bersama anak2. Saya dah lama tak drive bila kelam kabut macam ni lagilah rasa tak sonok nak drive. Kui2. Drive keta perkara paling saya tak suka haha. Walaupun dulu masa bujang hari-hari drive pegi keja dari Marang ke Gong Badak. Sekarang boleh kira dengan jari berapa kali drive.

Ok, ini gambar dalam dewan. Ada dalam 6 kaunter/checkpoint semua sekali. Kena isi borang berkenaan. Jenuh menulis tangan dah lama tak menulis. 


Tak ambil gambar photo booth lepas vaksin rasa segan. Nanti dos 2 amik gambar semula. kuang2. 

Lepas vaksin ada kaunter untuk update mysejahtera. Kemudian ke kaunter terakhir serah borang dan tunggu untuk dapatkan tarikh baru dos 2. 

Durian ioi RM50 3 biji... 


Dua hari berturut khidmat komuniti secara google meet. Sabtu bersama pelajar tingkatan lima untuk teknik penulisan b. Arab dan Ahad kelas tilawah dan tajwid bersama warga kg Butut khususnya. Alhamdulillah berjalan lancar. 

Jarang sy update pasal kerja. Rasa tak bes nak citer walaupun ok je bekerja. kihkoh. Untuk urusan kerja yang pasti cv harus sentiasa cantik dan ada benda baru. 






No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...