Friday 2 July 2021

Komputer baru dan besday ke 37 tahun...

Tanpa berfikir lebih panjang terus minta suami order perkakas komputer baru kerana mata sudah capek dengan skrin laptop yang kecil. Anak pula menggunakan notebook 11 inci yang kecil tak sesui untuk kelas online. Dah lama berhasrat tapi kali ini tidak dapat bersabar lagi dengan musim menanda kertas sumenya online.

Alhamdulillah.. hasil pancingan suami dari kedai berbeza dan pasang sendiri. Love you abang. Kos semua sekali dalam RM2500. Lebih murah dari beli siap satu set yang lebih rendah specnya, kata suami. Saya redha sahaja sebab bab perkakas komputer saya memang buta. Bab perisian komputer pun saya hanya mampu taklid sahaja. 


Laptop lama bagi ke anak untuk pdpr. Notebook simpan guna bila perlu. Kalau perasan workplace saya berubah lagi haha. Kali ni pindah masuk ke bilik anak perempuan saya sebab dia tak guna lagi bilik ni sepenuhnya. Masih tidur dengan ummi walid walaupun sudah 9 tahun. Nak tunggu adik perempuannya besar aduilah sekarang baru 1 tahun. 

Ini pula hadiah besday dari suami 28hb baru ni hehe. Kejutan sungguh ye abang. Sambut sederhana sesama anak beranak...



Beli lauk pauk kampung menu utama. 




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...