Saturday 3 July 2021

Blog ini sarat dengan kenangan...

Blog ini penuh dengan kenangan ketika di Jordan dulu. Sesekali rindu saya akan buka, baca dan tatap gambar yang ada. Emosi bercampur baur, sedih kerana semuanya sudah menjadi kenangan.

Pejam mata sambil membayangkan rasa dingin musim salji mencucuk hingga ke tulang, air mata jatuh berderai. Saya tidak kuat untuk kehilangan kenangan di sana. Saya jadi panik dan sesak nafas tiba-tiba. Pelik kan.

Tidak pernah membayangkan untuk kembali semula ke negara Arab ketika di Jordan. Sekarang rindu sangat membuak tidak tertahan bila teringat. Jauh di sudut hati berdoa agar berpeluang hidup di mana-mana negara Arab satu hari nanti. Rasa aman, tenang, damai. Pagi-pagi memasak bersama suami, tengahari keluar berjalan beli barang di pekan berdekatan. 

Di Malaysia sekali lagi merasai pengalaman yang hampir sama ketika cuti belajar dulu iaitu semenjak PKP. Bangun pagi tidak perlu bergegas ke tempat kerja atau siapkan anak ke sekolah. Bezanya cuaca di sini panas dan cepat penat bila membuat kerja rumah.

Alhamdulillah kenangan PKP duduk di rumah akan menjadi kenangan paling indah yang boleh diabadikan untuk tatapan akan datang. Mungkin sebaliknya pada orang lain. Saya bersimpati andai kalian merasa sebaliknya atas alasan yang pelbagai.

Jordan, deru angin dingin Queen Alia International Airport menyambut kedatangan kami...Kenangan yang tidak pernah terpadam dan akan berulang jika umur panjang dan rezeki yang cukup..Tunggu kami datang lagi...




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...