Friday 8 April 2022

Kurniakan ketabahan...

Saban hari berdoa agar diberikan ketabahan untuk tidak merenovate rumah lagi. Mahu simpan duit untuk keperluan rumah kedua di Besut andai ada rezeki. Sekarang rasa meronta2 pula nak buat stor di belakang rumah. Huhu. 

Susahkan bila dalam dilema. Nak bersenang dalam rumah tapi rumah tak sempurna. Nak beli barang, buat kabinet dan mendeko pun takut dan risau menghabiskan duit untuk sesuatu yang akan ditinggalkan. Susah nak angkut naik lori kalau banyak sangat perabot dan barang. 

Rasa sedih belum dapat rumah idaman gara2 berita perpindahan fakulti ke Besut. Tahun demi tahun sehingga hari ni hanya dimaklumkan tunggu sahaja arahan dan pindah itu sudah pasti.

Ruang penyimpanan rumah sangat terhad. Nak buat built in cabinet makan ribu. Kalau kekal duduk di sini tak pening memikir perlu buat atau tidak. Tapi kerana besut banyak keinginan tertangguh dan terpadam. Duit ada pun tak boleh buat apa. Kelakar dan kesian. 

Teringin nak beli meja makan 8 orang yg besar. Nak tukar sofa ruang tv.  Suami kata tunggu pindah besut dululah. Kesian. Bila keluarga datang bersesak makan dgn meja 6 orang. Rasa tak seronok nak ajak orang datang. 

Entahlah. Pergi kerja sekarang pun x seronok. Tandas ofis berkongsi dengan ramai staf hospital. Tandas dan ofis pula jauhnya. Perlu lalui 4 pintu untuk sampai ke tandas. Rasa tak seronok dan tak sama seperti di blok lama dulu. Parking pulak jauh. Bila ada event di dewan sebelah terpaksa suami drop saya dr tempat yang jauh. Kalau parking pun jauh. 

Entahlah. Rasa mahu berhenti kerja... 




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...