Sunday 12 January 2014

Pertunangan Mac 2011

Cari-cari bahan untuk bahas dalam folder di komputer. Terjumpalah gambar waktu bertunang dulu. Hi2...










Tak sangka sekarang dah jadi isteri kepada Ahmad Yusran Abdullah. Dulu saya jual mahal langsung xnak kenal dengan suami. Puaslah mak pujuk, awak tu dah tua, bla bla pot pet. Padahal waktu tu baru 26 tahun. Tapi mak risau kalau saya tak kawin-kawin. Ini xkena itu xkena. Akhirnya, abis sume kisah pahit maung sedara mara yg xkawin lagi mak citer. Tujuannya nak suh saya takut sekiranya melewatkan perkahwinan. Nangis-nangis saya waktu tu dengar mak citer. Nangis sebab sedih & sebab rasa terpaksa. 

Ibu mana yg xrisau tambah lagi bila ada anak dara yang berkerjaya, berjaya, solehah, taat pada ibu ayah, jelita sikit. Sedap puji diri sendiri. Jadi umur 26 tu kira sangat lewat pada mak, Ye, saya pun sbnrnya dah target nak kawin umur 25 tapi apa kan daya belum bertemu jodoh.

Dipendekkan cerita, mak pun jemputlah keluarga suami untuk datang berkenal-kenalan. Sy memberontak suruh mak cancel jemputan tu. Satu hari saya mogok xkeluar bilik. Ha3, buruk perangai ustazah. Tapi perancangan Allah, ia masih berlaku. Petang Jumaat keluarga dia pun sampai.

Ok, xpe saya tekad xnak keluar bilik. Dalam bilik rasa gundah gulana. Sy mula ditimpa serba salah, xsopan sungguh orang datang umah nak kenal kita tp duk menyombong dalam bilik. Cepat2 rembat tudung yang ada, intai2 ke luar dari pintu bilik. Pakai stokin siap, kot2 mak panggil keluar sy bersedia utk keluar wlpun masih bermogok. Bukan apa, saya kan sopan santun, jd perasaan bersalah tu tetap ada. Tambah lagi rasa kesian sgt pd emak yg bertungkus lumus masak nasi ayam sejak dari pagi utk tetamu. Bila teringat skrg rasa sedih bt camtu.

Memang mak panggil pun. Mak ketuk pintu bgtahu diorg nk tengok sy. Waktu tu masih masam muka ngn mak. Ceh konon nak mogok tapi akur juga. Anak solehah. Maka keluarlah saya dgn bertudung putih kuning, ber-tshirt lengan pnjg, berseluar hitam & berstokin. Simple je. Tanda protes konon. Gitu gini, sengih senguh berakhirlah pertemuan yg sungguh mdebarkan. 

Lepas sebulan. Saya pun mula terima mesej suami... 

"Assalamualaikum, ini siti salwa kan?" 

"Waalaikumsalam , ya saya. Ini siapa?" Balas saya.

"Ini yusran, yang datang umah enti bulan lepas..." balas si jejaka.

 Lepas tu langsung saya xbalas. Teruk betul bila diingat kembali. Betapa sabarnya suami saya bila skrg saya tanya dia xmarah ke, dia jawab terkilan sikit tp xmarah pun. waaah.

Hampir sebulan lepas tu baru kami berkomunikasi semula. Itu pun lepas mak tahu saya langsung xbalas mesej suami. Mak paksa saya utk taaruf tanya apa yg patut. Jadi bermulalah taaruf kami scara atas talian. Gitu gini, last sekali dgn hati xmalu, sy mesej suami bgtau yg saya xsuka berkawan dgn lelaki sesaje. Kalau dia berkawan dgn sy atas dasar ingin berkahwin, jd sy nak tunang & kawin tahun tu jugak. Saya solat istikharah minta petunjuk tapi xde sbrg tanda. Akhirnya saya akur, sekiranya segalanya lancar maka ini adalah jodoh saya. Saya harus redha.

Akhirnya, lepas beberapa mesej kami pun mengikat tali pertunangan selepas 4 bulan dia datang ke rumah saya makan nasi ayam yg sedap. Bulan Mac 2011 kami bertunang, bulan Julai 2011 tarikh majlisnya. Rasa macam mimpi je. hi2. Sepanjang bertunang tu saya macam belum bertunang. Saya buat hal sendiri. Kawan2 saya syikin & k.nisak tmpt saya mengadu nasib. Bermesej dgn suami pun atas sebab urusan majlis. Hati masih belum sepenuhnya terbuka. 

Tapi kuasa Allah, bukan cinta sebelum nikah itu yang harus kita kejar. Subhanallah, sewaktu majlis perkahwinan lagi hati saya mula berbunga2. Rasa sgt gembira walau pun saya xkenal siapa lelaki di sebelah saya. Hati rasa jernih seperti baru dilahirkan! Subhanallah hebatnya ikatan perkahwinan yg sah. Bodohlah manusia yg berfikir untuk berkahwin wajib ada rasa cinta melalui pertemuan demi pertemuan. Saya sudah membuktikannya. Tidak semestinya begitu. Cinta saya pada suami hadir tepat pada masanya seusai kami menikah. Walau pun spnjg kawin ni ada gaduh2 dingin, merajuk, sakit hati, geram, cemburu tapi bila bbaik jd manisnya mcm susu pekat manis. Klu berjauhan skjp rasa rindu mbuak2. Sunyi je rs klu salah sorang xde.

Alhmdulillah.. Ya Allah, kekalkan lah rasa bahagia kami ini sehingga ke syurga. Bahagiakanlah rumahtangga emak dan ayah juga sehingga ke syurga.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah