Tuesday 7 January 2014

Kelas berakhir minggu depan

Seronoknya sem ni akan berakhir minggu depan. Sepatutnya lepas berlaku anjakan tambahan seminggu berikutan cuti kecemasan ribut salji di Jordan baru ni, kelas berakhir lagi 2 minggu dr sekarang. Tapi semalam baru keluar i'lan baru pertukaran minggu akhir semester adlh sehingga 16hb shj iaitu minggu depan. Sebabnya pelajar asing dh siap beli tiket flight nak balik negara masing2 lepas imtihan nahaie.

Seronoknya. Yg xseronoknya abis je kelas sabtu depan terus exam rabu berikutnya. Xde study week. Ni jadual exam saya:

1) 22/1/2014: istiratijiyyat tanfiz minhaj 3-6 malam
2) 22/1/2014: al-minhaj wa al-makrifah 6-9 malam
3) 25/1/2014: halaqatul bahas 3-6 malam
4) 26/1/2014: tarbiyatul muallimin 3-6 malam

Musim sejuk sini jam 6 petang dah masuk waktu isyak.

Baki buhus (assignments):

1) halaqatul bahas
2) tarbiyatul muallimin

Hai, berpinar dah mata mengadap laptop. Tapi seronok bila dah siap:)

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah