Thursday 23 January 2014

Pembaharuan resepi NASI MANDY

Yang kami perasan, nasi2 arab kt sini walau pun nama sama tapi lain2 rasanya. Contohnya rasa nasi mandy di kedai A berbeza dgn rasa nasi mandy di kedai B, C dll. Xtahulah cmne boleh berbeza. 

Dan pagi tadi saya telah cuba memperbaharui resepi nasi mandy saya! Wow hasil memberangsangkan sebiji spt di kedai mat'am dar darak! Suami puji mlambung2 sedapnye.




Wajib tulis resepinya takut terlupa.

Rebus ayam & daging dalam air rebusan mgandungi halia tumbuk, bwg putih tumbuk, serbuk jintan putih, biji pelaga, bunga cengkih, safflower, garam, kiub ayam, daun ketumbar/ daun parsley. Guna air rebusan yg panas mdidih tu utk masak nasi mnggunakan basmathi, jgn dikacau beras tu nanti hancur. Masak nasi dlm rice cooker. Ayam tadi boleh dilumur apa2 rempah & bakar spt biasa. Sgt mudah!

Cuma nanti sy akn cuba tambah pewarna kuning, lemon kering dalam nasi tu. Nk try guna serbuk biji pelaga & serbuk bunga cengkih juga.

Budak xsabar nk makan...


Daging tu baki nasi ouzi semalam. Sgtlah zaaaki makan dgn nasi mandy tu. Lepas ni saya akan terus mencuba perbaiki cara masakan nasi mansaf & maqlubah jg. Sbb saya sgt menyukai kedua-dua nasi tu selain dari mandy. 

Cek internet banking, gaji dah masuk. Seronoknya alhamdulillah tengok ada kenaikan gaji tahunan dlm RM250. Baru ni ada hamba Allah (duk jordan jgk) katanya pegawai yg cuti belajar xdpt kenaikan gaji tahunan. Berdebar jugak dengar. Xpernah pulak dengar @ baca pekeliling unisza pasal ni. Macam mana dia blh salah info sdgkan dah lm jugak dia duk jordan, pensyarah universiti, dapat slai jgk baru je abiskan phd di sini. Musykil saya. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Servis expander

Servis expander utk 30000km. Harga lebih dari est cost. Patut orang cakap harga makin naik. Kos servis kali ni RM489.