Tuesday 16 October 2018

Berkumpul di Raub

Raub tempat mak dilahirkan. Di situ kebanyakan ahli keluarga cina mak tinggal.
Baru ni kami adik-beradik bersama ahli keluarga masing-masing berpakat untuk bercuti dan berkumpul bersama. Saya, mak dan kakak bertolak dari Terengganu, adik lelaki sorang dari Melaka dan seorang lagi dari Johor bersama keluarga masing-masing.
Kami booking empat buah roomstay di pekan Raub. Sangat menarik boleh pancing ikan lagi dan free. Dapat 4 ekor ikan patin kami masak tempoyak pada hari terakhir di sana. Alhamdulillah.
Malam pertama keluarga cina mak datang ke roomstay kami. Kebetulan ada lebihan lauk pauk rendang ayam, sambal ikan ayer, ayam tumis tomyam, sambal tumis tempoyak petai jadi santapan tetamu. Semua kami masak dari rumah masing-masing sebelum bertolak ke raub.
Hari kedua kami ke lata jarum mandi-manda dan makan berkelah. Malamnya abang mak belanja makan di restoran azmi steam tempoyak. Memang sedap steam patin kt sini. Sgt lazat dan lain dari yg lain. 
Gembira bila dapat bersama ahli keluarga tersayang. Hati rasa penuh. Sekarang saya kena letakkan keluarga adalah no 1 dalam hidup saya, & kerjaya masih keutamaan tapi cukup sekadar membuat tugasan hakiki. 32 tahun mengejar cita dan harapan sehingga selesai PhD, sekarang masa untuk menuai dan menambah hasil sekadar mampu.
Saya ingin kehidupan yang tenang. Rasa yang damai. Ingin bekerja dengan bahagia. Bersaing dengan diri sendiri bukan orang lain. Bila masuk kelas rasa gembira. Pelajar rasa bahagia. Rasa berjaya walau biasa saje.
Sekitar cuti-cuti Raub...

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...