Sunday 21 February 2016

Pepatah-pepatah Melayu

Biasa dengar tak pepatah-pepatah ini:

"Umpama tin kosong, bila diketuk bingit sekali"
"Cakap tak serupa bikin"

Pernah juga kita membaca potongan dari ayat quran ini:
 (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ (3
( سورة الصف )

Sebab itu Islam bagitahu:

"Kepimpinan melalui tauladan" (perilaku)
"Rasulullah adalah model bergerak yang paling terbaik"

Sebab Islam nak ajar, bila ingin memberitahu, menegur dan menasihati sesuatu perkara, yang terbaik adalah melalui tingkahlaku kita. Kita buat dulu yang baik, orang lain akan turut ikut buat baik.

Dan pepatah Inggeris pun ada sebut:

"Actions speak louder than words"

Ini tidak, bagi nasihat sana sini, pung pang pung pang, tapi bila lihat tingkah laku dan perbuatannya tak selari malah tak sama dengan apa yang diucapkan atau ditulis. Malu.

Sepertimana orang bukan Islam yang tertarik dengan Islam adalah kerana perbuatan muslim yang baik Kalau yang masuk Islam kerana nasihat dan ucapan berapa kerat je agaknya yang tertarik dengan Islam.

Dah lama duk perati orang-orang macam ni. Senyum kambing jelah dalam hati. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah