Sunday 6 January 2019

Beli kerusi chaise lounge & hias meja belajar anak

Ini antara kerusi idaman saya. Kalau boleh nak satu set tapi apakan daya kerana saiz kewangan yang terhad ditambah pula saiz ruang tamu yang terhad. Maka terpaksa berpada-pada bila membeli perkakas rumah.

Pilih warna hijau lumut supaya dapat digandingkan dengan sofa lain. Cantik warna ni. Suka sangat. Harga RM1030 plus kos pos RM250. Beli dari syt furniture yang saya jumpa melalui facebook. Puas hati. Dalam masa seminggu sampai...


Bunga hujung dinding habis dinoda anak teruna. Benci betul agaknya tengok bunga tu kat situ habis ditariknya satu-satu 😂. Itu bunga masa saya kawin dulu-dulu. Bunga untuk hiasan pelamin. 

Bekalan ke ofis hari ini...

Malam ni kemas meja belajar lubna. Petang tadi singgah dengan suami kedai diy. Saya beli wall paper self adhesive yang murah untuk ditampal pada meja. RM8.40 satu gulung. Hasilnya...

Corak yang dipilih oleh anak. Oklah seragam dengan cat dinding. Pasu bunga tu lepas beberapa minit terbang atas katil mengenai dinding masa saya sedang solat tadi. Mujurlah tak pecah. Hasil perbuatan si adik yang pantang betul tengok bunga 😂. Habis ditarik-tarik dicampak-campak.

Ok li ilmikum, meja belajar ni duduk dalam bilik tidur utama. Lubna masih berkepit tidur bawah ketiak saya. Huaa. Ada sudut bilik yang saya berhajat nak buat sudut kerja untuk saya terpaksa dikorbankan. Nampak gaya tunggu anak besar duduk bilik sendiri baru dapat buat.

Dan seperti biasa bila ada sebahagian rumah kemas, ada sebahagian rumah pulak yang bersepah. Jangan ingat rumah saya kemas sepanjang masa. Malu nak tunjuk sisi balik tabir kawasan bersepah. Belum lihat rumput kat luar yang panjang. 😭😭.

Bilalah nisfu qalbi nak habiskan memotong isk3. Padahal dah beli mesin rumput elektrik. Tapi saya masih takut nak pegang 😂. Kalau berani memang takde nak tunggu suami. Licin saya kerjakan. Esok kena pujuk lagi habiskan potong bahagian hadapan rumah. Harap berjaya.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...