Saturday 16 January 2016

ورشة بسيطة للعمرة

Semalam bertempat di kediaman u.ghazali & keluarga, berlangsung sesi taklimat umrah secara ringkas. InshaAllah sekiranya tiada aral melintang, minggu depan kamiakan bertolak ke sana menaiki bas.  Sekitar pertemuan semalam...





Salute dgn k.shila yang bersilat masakkan sarapan yang berat lagi bermacam-macam. Nasi lemak, ayam berempah, laksa, karipap. Kalau saya masak banyak macam tu mau pengsan kat dapur. Saya hanya bawakan kue teow goreng. Kebetulan teringin nak makan, buat satu adunan.

Rasa tak sabar mau sampai di madinah & mekah. Kali pertama mengerjakan umrah harapnya diterima Allah dan dipermudahkan segala urusan kami. 

Sarapan merangkap makan tenghari haru ini...


Rendang ayam, pulut kuning.

Sudah seminggu kami asyik bangun lewat. Lepas subuh tidur semula. Nikmatnya terasa. Bila mula kerja nanti, lubna ke sekolah sume di sini akan menjadi kenangan yang indah. Rindu bermalas-malasan  & santai memasak.

Hari ni juga ada jemputan makan di rumah k.shima lepas maghrib. Hairan jg sebab ikutkan diorg dah buat jamuan beberapa minggu lepas tp kami xdijemput. Mgkn rasa serba salah kot. Kui3.

Ok, fasol 3 dah masuk 7 halaman. Mahu siapkan banyak sebelum menunaikan umrah. Hajat nak balik bulan enam ini untuk kumpul data. Ya Allah permudahkanlah.

Hajat juga nak pergi turki tahun ni, nak pergi pesta buku di morocco. Waaaah banyak nk guna duit tahun ni. Piki piki balik malaysia nanti dah tak berpeluang bercuti panjang pegi jauh-jauh dengan kos berkali ribu gandanya. Umrah kami nipun dengan menaiki bas untuk tiga orang hanya RM4000. Murah. Tapi penatlah sikit naik bas hampir 24jam utk sampai ke madinah. Huhu. Xpelah, bila lagi nak merasa. Mujur pergi dgn rakan-rakan malaysia juga. Semoga dimudahkan urusan.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah