Wednesday 2 March 2016

في غاية التعب

Penat sejak beberapa hari ni. Mood ting tong ting tong. Dalam kepala tidak berhenti berfikir. Fikir pasal memasak, pasal tesis, pasal duit, pasal anak, pasal keluarga, pasal rumah, kereta, bla bla bla. Penat. Tapi penat seperti ini menjadikan kita lebih produktif sebenarnya. Keluar dari zon selesa. Berfikir untuk persediaan masa hadapan.

Hari ini sepatutnya period, tapi belum kunjung tiba, sakit juga satu badan. Mungkin kesan dari makan pil tahan period ketika umrah bulan lepas. Period jadi tidak menentu.

Hari ni juga saya isi e-filling (Borang BE). Isi sana sinun kena bayar tambahan cukai lagi RM59 untuk gaji sepanjang tahun lepas. PCB tahun lepas sedia potong berjumlah RM 1500++. Maknanya untuk tahun lepas cukai pendapatan saya berjumlah RM 1600. Tahun ni berhajat nak bayar zakat sendiri, wajib tuntut resit untuk rujukan e-filling tahun hadapan pula. Kalau tidak habis dipotongnya gaji jadi cukai.

Potongan cukai bulanan, cukai GST, cukai road tax kereta lagi, cukai tanah, cukai pintu. Berapa banyak cukai kena bayar. Semakin besar periuk semakin besar keraknya. Semakin besar gaji semakin banyak pula cukainya, semakin banyak pulak kehendak nafsu. Belum masuk bayaran pinjaman bulanan bayar rumah, kereta, tanah.

Mengantuk.

Lusa kami membuka jualan makanan kecil-kecilan di sini. Esok perlu keluar mencari barang yang belum ada. Sambil berdebar menunggu panggilan dari musyrif esok. Itu pun kalau semua komen telah dipulangkan kepada dr.kilani. Semalam pergi ke jamiah, rupanya dr.taha belum siap menyemak. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Perlu sabar dan bersyukur kerna telah pun sampai di tahap ini. Bukan semua manusia mampu memenuhi kehendak kita, seperti mana kita juga tidak mampu memenuhi kemahuan orang lain.

Terima kasih pada yang telah membantu dalam menyiapkan draf fasol 1-3 secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih atas kerjasama dan maklum balas serta maklumat yang diberi. 

Tetapi masih tidak dapat mengelakkan diri dari kecil hati dengan yang tidak membantu apabila diminta. Manusia banyak ragamnya. Husno zon sahajalah. Hari ini hari kita meminta, hari esok hari mereka pula mengharap dari kita. Dunia berputar. Masing-masing akan merasa naik dan jatuh, gembira dan tangis. Bantulah selagi mampu.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah