Monday 14 March 2016

Jangan berasa cukup dengan ilmu yang ada

Baru-baru ini dapat untung dari jualan buku Al-Muin berjumlah RM 254 seorang setelah dibahagikan kepada 5 orang penulis, alhamdulillah. 356 buah buku dijual kepada pelajar ijazah yang mengambil bahasa Arab di UniSZA. Sedikit untuk jualan diberi kepada jabatan, dan sebahgian masuk kepada akaun penerbit.

Menunggu hasil jualan buku Al-Mursyid pula walau pun jualan dijangka tak banyak setelah FKI bertindak mengeluarkan buku sendiri untuk pelajar mereka. 

Semalam juga telah menerima surat kebenaran dari UniSZA untuk menjalankan kajian PhD di Malaysia, alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan di kelas nanti. 

Urusan dengan musyrif sedikit mencabar dan terganggu. Bila dicall kadang tidak diangkat. Menulis di bawah isyrofnya tidak banyak desakan. Tidak stress dan tidak terburu-buru. Rasa gembira sebenarnya tapi sedikit gelisah bila melihat musyrif orang lain sedia menetapkan date line untuk draf fasol masing-masing, tetapi tidak berlaku pada saya. Malah, saya sendiri yang menetapkan tarikh bila akan bertemu dengannya kembali dan bila saya akan siapkan. Kelakar juga. Pengalaman yang sama ketika master dulu. Bezanya kali ini rasa lebih lapang dan tenang walau pun kerap dikacau lubna.

Rakan-rakan PhD yang datang pada tahun 2013 bersama, ramai yg akan pulang tahun ini memandangkan masing-masing hanya mendapat tempoh 3 tahun pengajian. Hanya saya dan seorang lagi pensyarah Usim mendapat tempoh 3 tahun setengah yang tamatnya pada bulan 3 tahun depan. Rezeki kami alhamdulillah. Semoga baki masa yang ada ini dapat dimanfaatkan sebaiknya inshaAllah. Bumi Jordan pasti akan dirindui. Kalau ada paper yang boleh dibentang, jomlah kita pegi jordan semula 10 tahun dari sekarang, dapat lepaskan rindu pada bumi ini kata suami. Keh3. Dalam hati, banyak lagi tanah yang belum dijejak. Ada peluang mahu pergi ke negara lain pula inshaAllah.

Dasar penuntut ilmu sepatutnya tidak pernah ada rasa puas belajar. Walau sudah belajar masih terasa belum cukup dan kerdil. Aib bagi sesiapa yang merasa cukup dengan apa yang telah dipelajari dan merasa tidak perlu lagi belajar. Lebih aib jika menyatakan dia lebih tahu dari orang lain, sedang orang lain melihat kekurangannya. Malah merasa megah dengan ilmu yang ada walhal belajarnya baru 4-9 tahun cuma. Imam terdahulu dan para ulama kibar tempoh belajarnya berpuluh tahun masih merasa tidak cukup dan jauh sekali ingin mendabik dada. Malulah.

Nasi kabsa kambing dan ayam



Dua kali masak nasi kabsa. Suami tak puas makan. Tomato puri takde jadi tak berapa gelap nasi. 

Buat gulai kambing sikit...



1 comment:

  1. buku murshid sokmo untung

    buku kami tak ada pembeli sangat hehe

    ReplyDelete

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah