Wednesday 28 April 2021

Iftor di Raia Hotel (TH)

Plan adhoc dengan syikin untuk iftor sama2 di hotel. Belek menu dan harga sana sinun maka sepakatlah kami ke Raia hotel iaitu bekas hotel TH dulu di jalan airport Terengganu.
Dewasa RM55, kanak-kanak RM27. 50 (6 - 12 tahun). Puas hati dan seronok sebab tempat lapang anak2 berlari sana sini lepas makan.

Penuh meja makan haha. 4 dewasa dan 5 kanak-kanak. Kambing bakar, mee kari, nasi tomato, nasi putih, sambal ayam, gulai kambing, udang dan sotong bakar, bubur lambuk, aneka sup, kuih kek, salad, cucur, kuetoew goreng, murtabak, buah2an, bubur kacang hijau, aiskrim, air. Fuh bab makanan mudah betul nak ingat. 😂




Gambar kenangan dua keluarga. Sejak dari anak satu sehingga dah beranak-anak. Haha. 


Anak2 kami sebaya dan hampir sebaya. Jadi tiap tahun kalau berpeluang kami akan iftor sama2. Kecuali sejak 2 tahun lepas saya stop sekejap iftoe di luar. Tapi kali ini tahun ini rasa teringin pula. Alhamdulillah puas hati. 



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...